Tuesday, August 28, 2012

:: Perth : Teaser jek..

Aku ada terbaca dalam satu blog..yang Perth digelar sebagai boring atau dullsville di Australia. Kenapa agaknya ya? Aku jadi curious kejap. So How dullsville is Perth?

Bila dah selamat menjejakkan kaki kembali di Malaysia, aku menyetujui 80% dengan statement tu. Tapi bagi aku statement tu sesuai ditujukan untuk waktu malam di Perth sahaja.

Sebabnya? Sekiranya anda mahu pick something up untuk dinner apa sahaja terutama selepas habis waktu kerja, better usahakan sebelum pukul 6 petang at least. Atau anda terpaksa makan maggi dan roti sahaja yang hanya boleh didapati di independents mall macam IGA, Coles yakni sama dengan Carrefour, Giant dan Tesco di Malaysia. Atau dengan cara lain.. anda terpaksa berlapar.

Pukul 5.30 most of bisnes dah tutup! Suasana dah gelap gulita. Tak happening langsung! Aku tak suka, sebab aku ni stock yang pemalas nak beli awal-awal, tunggu kedai nak tutup & bila perut rasa lapar barulah terkocoh-kocoh sibuk cari nak makan apa. So disini, terpaksalah aku salahkan Perth untuk menyelamatkan diri sendiri. Haha!

- Langit lazuardi Perth -
- Wa feeling-feeling berada atas Titanic di daratan...ehh..ke Holland?? - 
Tu adalah contoh mudah. Tapi aku tak berapa setujulah dengan terms dullsville tu untuk diguna pada waktu siang hari. Ada gak certain-certain perkara tetappp dullsville. Tapi overall, Perth banyak dikaburi oleh keindahan dan kelawaan dan juga ketertarikkan permandangan alam semulajadi yang sangat mengagumkan ciptaan Yang Maha Esa yang menyebabkan aku rasa argghhh...hadap roti pun roti lahh!!

Selepas kenyang melantak makan free di rumah PM di Putrajaya dan beraya di Jalan Tar pada hari raya pertama, terus kami balik berkemas sebelum berkejar ke LCCT. Boleh dikira tidak sampai 10 manusia berketurunan Melayu di dalam flight yang sama. Mungkin mereka senasib dengan kami, tiada keluarga di kampong untuk beraya ataupun mereka mengamalkan konsep raya moden orang zaman sekarang.. ‘Beraya di Over the See’.. Cehhh! Eksen!

Eh, aku bukan kategori ke 2 itu okeh. Aku ni adalah disebabkan PnFatimah yang masih di Mekah beraya dengan bahagianya. So alang-alang PnFatimah dah bagi green light walaupun dalam keterpaksaan untuk kami.. kami… dan kami yang belum ada rezeki untuk ke sana tahun ni, so apa lagi. Pucuk dicita, ulam mendatang lah. Harus tiket diriki-riki setiap hari sehingga akhirnya AirAsia tak sanggup lagi mendapat gangguan soalan tiket murah, akhirnya harga tiket terpaksa diturunkan untuk kami berlima beserta dengan seorang traveler cilik merasa beraya dengan kangaroo yang suka berak merata itu..

Semua persiapan adalah di bawah title ‘Last Minute’. Segala itinerary, process booking kereta, hostel, hotel, ferry dan juga persiapan pakaian, makanan semua disettlekan dalam keadaan kelam kabut yang tersusun….gitu namanya. Visa dah dibuat dalam 3 minggu sebelum tarikh kejadian dengan ejen yang bernama Intan yang tidak pernah bersua muka, thru online dengan rege RM20 per person.

Dan dibawah ini adalah hasilnya yang tak seberapa. Dah nama pun teaser! Padahal kamera ada kat orang lain, so gambo tak dapat nak cilok..

- Aksi Wojib !! -

- Budak kecik ni still terpinga2 mana tempat ntah manusia2 dewasa ni bawak dia -


-niL-

19 comments:

  1. wahh bestnya terutama part munge2 cinta tu hehehe..

    ReplyDelete
  2. Feeling kan! Padahal tu bunga kobis, ladang orang..main rembat je posing..haha!

    ReplyDelete
  3. wahh!!! best je sebenarnya perth ni. depends org tu mcm mana. actually, kalo pegi perth, kalo pegi setakat 4hari mmg tak cukup sbbnya most of their attractions kat kawasan outskirts. even perth city sendiri boleh pusing abes dalam masa 1 hari.

    overall, aku suka perth, ade rezeki nak singgah lg nak cover tempat yg tak sempat dlu. hehehe.

    btw, yg bunga2 tu kat mana ye?

    teruskan! nk baca!

    ReplyDelete
  4. oh perrgghh.... teaser..cepat sambung...cepat....

    ReplyDelete
  5. pangkah!!! pangkah!! terusan pangkah!!!

    ReplyDelete
  6. Motipp ckucin mengundi kat sini??

    Mama Raisa: Gambo takder...howw! haha

    ReplyDelete
  7. John: Perth mmg best! Superb View!!
    Dan bunga-bungaan itu adalah permandangan sepanjang jalan utk ke Wave Rock..walaupun terpaksa berejam2 dalam kereta, tapi bila nampak ladang kekuningan berselang-seli ngan hijau...MasyaAllah, sangat lawa!!

    Nak pergi lagi..tunggu kaya sket..

    ReplyDelete
  8. mengundi tanda right larr.. oooppss itu untuk undi rosak..

    Anyway.. entry ni dah dipangkah termasuk tukang tulis entry ni.. hiaarggghhhh...

    **mode nangis lagi apabila banding rege tiket AA ngan acct bank.

    ReplyDelete
  9. owh yeke kat otw ke wave rock. dlu tak pi sbb terlampau jauh. mybe next time mmg aku akan gigih pi sana gak. yela, skang ni kan musim bunga. byk wild flowers. hehehe

    ReplyDelete
  10. ckucin : Sabar itu separuh drpd iman..ntah2 dpt tiket murah 6 kali ganda dr gua....

    John: Mmg terlampau jauh,buatkan kami kekadang tension..naperlah gatal nak pergi...tp sesungguhnya hasilnya amat best...
    Aku bajet autumn (sept) mmg lg superb...wild flower perth mmg Wild!

    ReplyDelete
  11. saper yang cakap tak best tu? teaser jer pun dah giler best nih...

    ReplyDelete
  12. Comelnya pengembara cilik tu...

    Ok, saya masih jeles sbnrnya...huahua

    ReplyDelete
  13. Amin...!!! ko tu mulut masin.. jgn daku dpt ko laks yang meroyan.. muahahahahhaha (gelaks jahat..)

    ReplyDelete
  14. Siti R, pengembara cilik tu bakal saingan Akila anak Chawanna.. hahahhahahaha

    ReplyDelete
  15. masih dalam mood jeles tak berkesudahan........*termenung jeeeee

    ReplyDelete
  16. Siti R : Masih juga jeles dgn Huashan & NZ andaa!!!!

    ckucin: As usual..mulut sy biasanya mmg slalu masin..sbb mkn garam mcm mkn cokolat..

    PM: Mampu teaser je...gambo xdok!

    Mek Lela:Dah2..g keje sungguh2.. kumpul duet!!

    ReplyDelete
  17. klu aku, aku akan cakap Perth is the best sbb aku tak suke bandar. aku suka suburb, kwsn koboi..kampung...yg tu sume aku suka...so mmg sape2 yg suka tgk bangunan moden mmg kata Perth or Western Australia tu bosan...

    tapi klu ko sampai ke tempat2 lain dlm Oz pasni ko bleh compare...setiap state mmg berbeza sgt...jauh beza dgn Nz sbb klu Nz, ko pegi mana2 pun sama je (pada aku le)...sana sini gunung..tasik sebesar lautan...bosan

    eh ko buat visa dgn intan jgk eh...sama la. lol! murah kan?

    ReplyDelete
  18. best dpt beraya diperantauan. lain suasana dan pengalaman.. siapa nak cube boleh s hubungi mahira holiday homes and car rental pty ltd (AUSTRALIA). mereka ada 6 buah bungalow holiday yang disewakan kpd org islam seluruh dunia. subhanaAllah facility yg disediakan amat lah baik dan puas hati. rate mereka memang competatitve. owner memang sgt baik dan helpful. servis memang yg terbaik. saya juga pernah baca ramai org comment tentang mahira holiday homes and semuanya pujian dan komen positive. mereka sgt menitikberatkan service yg baik. memang thumb up. rumah2 mereka semua sgt selesa dan dilengakapi dengan segala2 termasuk mesin basuh dan dapur. thn lepas saya ada cuba mengikut trip yg dianjurkan mereka ke NZ. wahh memang terbaikkkk.. tak rushing dan tempat penginapan , mknan semua berbaloi dengan harga yg dicaj. saya memang rekomen mereka kpd sesiapa yg mahu ke perth dan NZ. anak owner ada disini +60123360098 boleh call dan tanya. try lahhh.. memang best beraya di perth. mereka siapkan pakej ikut sembahyang terawih, sambut raya dan mcm mcm lg :)

    even UK and most of the western countries tutup awal darlink.. diorg after 5 is pub and club time.. dah adat dan tradisi diaorg :)

    ReplyDelete