Tuesday, June 12, 2012

:: Wild Wild Wet Chronological

Tetiba terasa dah lama tak bergurau-gurau senda dengan air a.k.a 'berwater rafting'. Last masa kat Padas pada tahun lepas. Itu yang paling extreme.. setakat ni lah. Bila tengok balik gambar-gambar tengah pegang paddle tu memang tak sangka lah dah pernah merasa arus Padas. Kalaulah Pn Fatimah tengok gambar-gambar rafting ni, sure lah, dia akan paksa balik kerja kat kampung, duk diam-diam kat rumah. Oh My English!

SG SLIM, PERAK


Aku start cuba-cuba ber'Rafting' pada Mei 2007. Masa tu Kupha yang ajak, join member diorang yang mana total hanyalah 6 orang dengan 1 raft je. 1st time masa tu buat kat Sungai Slim, Perak dengan Khersone Expedition. Level Sungai Slim ni adalah dari 1 hingga level 3. Mula-mula buat tu, cuak jangan cakap laa.. Aku ni dah la tak pandai berenang. Selam kepala dalam air 10 saat pun tercungap-cungap macam dunia nak berakhir. Kalau aku pandai lain laa. Masa tu keberanian aku hanyalah atas semangat rasa nak mencuba tu berkobar-kobar sangat.

- ber-enam dengan 2 raft -
At the end, selepas tamat rafting selama lebih kurang 2-3 jam, semua manusia berenam ni bersuara... "Takat ni je??" Harap maklum walaupun statement itu kedengaran sedikit riak tapi itulah kenyataannya. Setelah selesai, keseronokan dan kepuasan berafting itu sangat mengujakan. Memang rasa nak buat lagi berkali-kali!

SG SELANGOR

Kali ke 2 aku berafting di Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu pada Feb 2009 juga dengan Khersone Expedition. Sungai Selangor ni kedudukannya berada pada level 1-4, lagi extreme daripada Sungai Slim. Masa rafting pun lagi panjang iaitu start pukul 10 pagi dan complete pada pukul 2.30 petang untuk sejauh 7 km. Kami combine dengan beberapa grup lain (tak kenal pun) dan total ada 3 raft. Satu raft 4 orang beserta dengan 2 guide depan belakang.

- bergabung dengan team lain -
- bertenang-tenang, berkenal-kenalan dulu dengan Sungai -
- Sesi Briefing -
Verdict rafting? Kalau MyVi baru tu dikatakan lagi best, rafting Sungai Selangor ni GILER BEST! Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Keadaan jeram di sungai Selangor ni lagi besar dan berbatu. Raft terpaksa diangkut secara manual dalam 5-6 kali gak laa. Masa ni ader 2 orang yang terjatuh dari raft, tapi nasib baik sempat di 'kait'. Kalau tak.... "See you kat bawah je laa jawabnya".

- acara menunda raft sangkut -
- terjun tiruk -
 
- Tetiba sorang terlepas..nasib baik sempattt..pufffff -
- Sangkut lagi -
- Kena tolak -
- Nasib lepasss -
- sambung!! -
- Terjun! -
- Lompat lagi!! -
- Whoaaaa! -
- Tarikkkk! -
- On the right!! -
- muka maintain senyum je -
- Selesai...moh kite terapung! -
- Floating time! -
PADAS

Last but not least, Padas White Water Rafting pada April 2011 for level 3-4 dengan Borneo Ultimate Sport Advanture (BUSAT). Masa ni dapat harga RM170 untuk 8 orang. Kalau tengok kat website diorang, seorang RM200. Maybe kami sebab ramai dapat murah. Price termasuk   transportation iaitu tiket train (Last Train of Borneo) dan van pickup, lunch dan juga certificate.

Maksud level ni macam yang kat atas tadi ada level 1-3 dan 1-4, itu menunjukkan level arus atau level extreme sesebuah sungai tu. So untuk Padas ni level 3-4 bermaksud, takder level 1 & 2. Sebab arusnya starting pun dah bermula dengan 3! Imagine that!

- Merasa naik last Train of Borneo - Jaihooooo! -
Sungai Padas ni kalau ditanya, adalah cita-cita aku lama dulu, sejak dengar kisah riak daripada Kupha tentang kebest-an mencabar arus di Padas. Extreme Padas lain daripada extreme Sungai Selangor, sebab keadaan sungai dan jeramnya sangat lain kedua-duanya. Sungai Selangor penuh berbatu, tapi Padas..sebijik batu pun aku tak jumpa. Pandang kiri kanan semuanya air coklat pekat like teh tarik yang tak tahu apa isi dalamnya. Ntah-ntah ada bujang senang kat tepi pun tak sempat nak perati. Masa tu redha dan tawakal je. 

Pada hari kejadian, dari bandar KK, ada bas pelancong yang ambil kami untuk ke Tenom. Janji jumpa depan hotel je. Untuk sampai ke Tenom ambil masa 3 jam jugak la, siap tido berdengkur semua. Sedar-sedar bas tengah duk terhegeh-hegeh panjat bukit. Rupa-rupanya bas tengah melalui banjaran Crocker. Cantik sangat pemandangan sekeliling Banjaran tu.

Then, on the way ke starting point, kitorang naik keretapi lama 'Last Train of Borneo' sambil feeling-feeling nyanyi lagu Shah Rukh Khan. masa tu sempat bersembang-sembang dengan ahli team BUSAT.

Aku tanya : "Pernah buat level 6 tak?"
Jawabnya : "Tak. Level 6 tu untuk orang yang putus cinta je.."

Korang paham kah? Aku amik masa dalam 30 saat untuk faham ayat di atas. Ye aku memang seloww! Kalau korang pun tak paham takper, pergi dulu ke Padas tengok level air untuk level 3-5 camner.

Aceli asalnya aku sembang kosong je ngan Hanan nak try Padas. Tapi, bila je dapat tau Air Asia tu bermurah hati buat sale, so tangan pon gatal riki martin mana tiket yang menarik perhatian..tetiba.. 30 hengget tiket pergi balik. Terus je rembat.

Okeh..kat bawah ni adalah gambar BUKTI kitorang berjaya menawan Sungai Padas. Walaupun gambarnya tak berapa melecun, tapi bukti tetap bukti. Kalau dioffer lagi untuk pergi, rasanya aku nak join lagi selagi Pn.Fatimah tak tengok gambar-gambar di bawah.

- Rapid dengan pelbagai nama -
- Air yang tenang wa tak tau ada buaya ke tak -
- Sempat lagi pose!! -
Mula-mula tengok air ni jangan cakap laa takutnya tapi pendamkan ajer. Masa on the way naik train sambil menghadap Sungai Padas, aku duk bermeditasi sendiri-sendiri tenangkan hati yang dup dap dup dap tengok arus sungai coklat. Member kitorang siap ada yang nak patah balik nak tunggu settle berakit kat end stop je nanti.

Masa ni aku sebenarnya rasa bangga sangat ngan diorang ni; team 'jilbab labuh rohani kontang' terutama Yong, Cik Mie dan Yah. Ada yang tak pernah pegang paddle pun seumur hidup tetiba 1st time rafting terus buat Padas yang kadangkala boleh cecah ke level 5 arusnya. Wallaaa... korang memang kontang laa beb!

Masa tengah sibuk kayuh ni sebenarnya ada salah seorang dari kitorang ni terjatuh dalam sungai. Kitorang tak sedar langsung sehinggalah guide kat belakang lompat ke depan dan hulurkan paddle. Cuak jangan cakap laa masa tu. Dengan arus duk menggila, dengan hujan lagi, arus sungai memang sangat deras laa masa tu. Kalau ikutkan memang bahaya laa rafting masa hujan. Tapi dah alang-alang sampai dari jauh, proceed je. Teringat ada sorang pakcik yang kitorang jumpa masa otw balik, dia cakap yg kitorang ni saje je tempah masuk mulut buaya. Erkkkk.. 

- We are rafters! -
Amacam? Mahu cuba? Jom kita!

Aku tengok Sg Singor (Level 5) ngan Taman Negara Endau Rompin macam menarik je. Sungai Singor ni kiranya the Ultimate Rafting River lah. Both kena bermalam 3D2N dengan price rate dalam 1K++. Tapi sejak gheti membeli tiket AA ni berat sikit nak allocate budget untuk ke arah rafting. Haha..

- Cuba bilang ada berapa rapidnya...whoaaaa! -

Trip ni memerlukan kita 3 hari berafting sambil bercamping..straight! Tapi aku tak berapa nak yakin dengan perut ramping aku ni sebab bila kena masuk hutan 3 hari, sah-sah takkan ada tandas duduk apatah lagi yang Gred A kan. Uish..aku kena mengatasi problem tu dulu sebelum boleh bermimpi rafting sampai ke bintang kalau macam nih!

Tak pun..berafting kat Korea pun macam best gak... :-)

11 comments:

  1. Soklan inesen dari aku .. mase korang tengah berhempas pulas dlm air tu, sape yg tukang jadik cameranye yer?? nicely shot plak tu...

    ReplyDelete
  2. aku terbayang2 lagi air sungai padas tu. hayyooo.... moh kite try kat sg kiulu plak nil!!!

    azra... betul inesen soalan ko. hahaha. senyum simpul aku baca. kehkehkeh.

    ReplyDelete
  3. Azra: Aku sblm cuba pun inesen mcm ko gak. Bila dh cuba br tau.
    Rupanya ada trick. Masa kt Sg Slim & Sg.Selangor ada 2 raft kecik yakni photographer team Khersone. Tugas diorang utk ambik gmbar je. Diorg akan gerak dulu, tggu kitorg smpai kat batu. Tu dapat shot dekat2 & cantik.
    Tapi kat Padas tak bleh buat camtu. Diorang kena tunggu dari tebing & kat tepi2 je, sbb Padas takder batu. Tu yg dapat shot jauh giler tak nmpak muka.. :-)

    ReplyDelete
  4. PM : Aku rasa nk buat lagi laa Padas... Tak pun 1hr wat Padas, esoknya buat Kiulu...howw???

    ~Matilaa kalo PnFatimah tau...

    ReplyDelete
  5. bak sini nombor telephone puan fatimah...hhahahaha

    akak tengok gambar je dah serem..mintak maaf la..takuttt..hahahah tumpang seronok aje la yek..

    ReplyDelete
  6. Mama: Nak no PnFatimah? Owh no..no..dia xsuka bg no phone sesuka hati kt org tak kenal tau....cas2 retis gituh!

    ReplyDelete
  7. ape lagi nil, cargas lah tengok tiket mana yang mursss... murss...

    agak2 kalu aku ajak mu g diving mu nak ikut x??? ehehehe

    ReplyDelete
  8. syabas bette! aku mmg lama dah mengidam nak rafting tapi ahli jemaah tak cukup. apapun gambar mmg cantik2 belaka, bleh la buat stok mengecas...hehe

    ReplyDelete
  9. Fatt: Gambar bergantung kpd kebijaksanaan & keterreran penganjur..diorg yg ambikkan. Nk harapkan kite mmg tak laa sbb sibuk mengayuh!!

    Anyway..kalau tak cukup ahli jemaah ajak aku! Anytime...

    ReplyDelete
  10. i dah penah buat kat KKBtuh, dgr cite superman dak? kegend kat situ. masa gi dulu, L4. so kat chute tak sangkut but ada area air cam spin... giler seram. hemm... KK cam leh di cuba!

    ok, nak challenge sket, bila nak try BLACK water rafting? yes! wujud!

    jgn tak tau, i nampak jek ngada, tapi dlm hati ada batu! extreme semua na buat!

    ReplyDelete
  11. Citer superman? tak pernah t'dengar lah pulak..KKB ni mmg rapid dier tak boleh dijangka kan! kadang mcm biasa2 je kadang mcm seram yang amat!

    Black Water Rafting? Pernah laa baca..tp ikut pemahaman sendiri, ia buat kat gua kan? Ada satu terjumpa xtvt yg mcm lbh kurang kt yogja. Tapi namanya bkn Black Water rafting laa...tapi 'CAVE TUBING GUA PINDUL'. Rasa macam best je nak dicuba je...as a trial error laa...hehe

    ReplyDelete