Wednesday, June 20, 2012

:: White Water Rafting - Kampar

Susulan daripada kronologi lepas, sekali lagi geng jilbab labuh rohani kontang telah ber wild-wild wet di Sg Kampar, Perak pada weekend lepas. Tengok promo kat Groupon kasik murah, so rembat bersama-sama dengan 9 orang lagi ahli jemaah. Tak plan pun, just tanya je sesiapa yang berminat nak join. Tak sangka banyak gak sambutan hangat. So, Rafting + Caving Gua Tempurung = RM133. Not Bad kot. Tapi no makan-makan lah.

** Benci Groupon, MilkADeal, DealMates & Adik-beradiknya!

Viva tengah merempit sedaya upaya
So, plan asal 10 orang untuk pergi dengan 2 buah kereta. Tapi last minute tinggal 8 je yang berkelapangan. So proceed je lah. Bukan main sebelum tu booking homestay, sebab cadang nak Le Tour de Taiping. Tetapi disebabkan banyak masalah dan ragam, booking terpaksa dilupuskan. Rugi $$$.

Kami gerak pukul 6.45. Isi minyak, sempat singgah makan kat TTDI. Sekali masa on the way dapat call daripada Riverbug tanya ada kat mana. Janji jumpa di Tol Gopeng jam 9.30 pagi sepatutnya. Kemudian tengok jam...alamak...8.45. Baru 15 minit lepas rawang. So, pecut jangan cakaplah. Bayangkan naik Viva pecut 160km. Bergegar stereng!

Isi form lu!
Jajan wajib
Selepas selamat sampai, kami perlu menunggu beberapa lagi team lain yang dalam perjalanan. Selepas semuanya ada, memula masuk Gua Tempurung dulu. Nasib baik lah sempat breakfast pagi tadi, kalau tak memang semput naik 900 anak tangga! Tu pun tak masuk yang wet. Just dry je. Nak wet hapanya, petang ni bukan takat wet je bakal dapat, tapi lencun terus!

Kat Gua ni tak ambik gambar sangat. Kalau ada pun, tak berapa nak menjadi. Dalam sejam lebih je pun caving, tak sempat nak feeling-feeling menghayati. Kena datang lagi lain kali dan cuba yang part wet terus!.

Gua ni..kalau diletak lampu kaler2 wa rasa lagi cun dari Gua kt Guilin..seriyes!
Cuci mata tepi sungai sementara nak tunggu rafting mula
Layan Blues
Banduan terlepas
Selesai xpdc Gua Tempurung, rehat jap. Pukul 1.30 gerak ke Sg Kampar melalui jalan tanah merah berhabuk. Kemudian transfer naik lori untuk ke starting point. Merasalah feeling-feeling naik lori beramai-ramai macam anak kamb*g.. Tapi syok dowh!

Bukti betapa kotornya laluan kena lalu
Muka xcited boleh naik lori
Selesai sesi briefing, kami dibahagikan kepada beberapa group, dengan seorang guide untuk 1 raft. Masa tu agak kechewa bila diberitahu yang tiada jurugambar disebabkan official kamera rosak waktu digunakan ketika sesi rafting pagi tu. F.R.U.S.T.!

** Penat gosok gigi kasik putih berseri nak bagi nampak dalam gambar..

Then start rafting dalam pukul 3 lebih gak. Sebelum tu kena mengangkut beramai-ramai raft yang berat giler tu kat atas kepala menuju hingga ke sungai. Pening-pening lalat jap rasa. Dah laa ahli team semua perempuan. Nasib semuanya rohani kontang. Plus guide kitorang sweet (matilaa takder kaitan).

Berat dowh raft nih
Penat!
Nak mula dah!
Tengah-tengah berafting, ketika melalui beberapa port yang tenang, adalah dalam 2 kali kitorg dicampakkan ke dalam air. Disuruh terjun sendiri tanak. Last-last kena tolak without warning. Tanjat boboi! Air habis masuk ke hidung, telinga. Terkapai-kapai mintak tolong tapi takder saper nak tolong. Semua sengih je.. Hampeh. Tapi sangat fun!

DONE!
Kanak-kanak rebina baru jumpa air
Semua tak sedar diri
Guide Jerry yang interprame
Sambung lagi xcited
Buat transformasi dalam air. Ada gaya Ian Thorpe tak? Ahaks..
Guide yang sporting habis
Kesimpulannya..... selain rafting ni a little bit pricey, aku sangat suka rafting.. Peace!



** Eh, ada sesiapa yang berminat nak beli kupon rafting? Ada lagi 2 keping. Wa jual murs-murs je.. (tetiba ber'Groupon' disini)

19 comments:

  1. part choki2 tu mmg tk blh tahan hahaha...

    ReplyDelete
  2. Itu jajan paling wajib... Masa tengah gonggong kat mulut memang tak sedar orang duk pandang2 mcm kanak2 rebina...hehe

    ReplyDelete
  3. choki2 tu la buat Raisa dia masa dia mengamuk kat Hong Kong kakakakak

    ReplyDelete
  4. See! jgn diperlekehkan jajan murahan nih. Tapi choki2 xleh bawak masuk australia...how!

    **tiket perth dah naik...sedey!

    ReplyDelete
  5. apasal tak boleh? declare la, semua food ke apa ke kalau kita declare boleh je lepas (tapi ikut nasib la jugak)

    ReplyDelete
  6. Memang laa declare...tp dh terang2 dah ckp barangan tenusu tak bleh...

    Eh, choki2 tenusu kah? tak pernah tgk ingredient nih...haha

    ReplyDelete
  7. moh repeat kat kuala selangor pulak!!!!

    ReplyDelete
  8. Moh bulan puasa!
    ..
    ..
    ..
    ..
    ..
    Ko mampooo????
    Hak hak!

    ReplyDelete
  9. aku penah bawak sekotak choki2 masuk oz. lepas je, yg penting ko declare. bila p?

    ReplyDelete
  10. salam ziarah..

    semua orang sama jer, bila jumpa air, terus jadik macam budak-budak. termasuklah aku sendiri, uhuks..

    ReplyDelete
  11. Fatt: Aku xtau laa pergi ke tak..dah nk beli br ni..tetiba harga naik mencanak.
    So, aku tengah riki2 tempat lain kot dapat harga best..kalo tak aku raya depan Sogo je taun nih.
    Ramai pulak yg nk beraya obersee eh!

    ReplyDelete
  12. Orga: Salam Orga (pelik nama)
    Jumpa air memang best. Tapi kalau tau berenang lagi best..
    Kena blajar berenang lah camnih!

    ReplyDelete
  13. not bad blog... terjumpa (padahal sbb org tuh comment dulu). nak baca entry lain sat...

    chup... decsription best!!!!! diet & belanjawan! hiihihii

    ReplyDelete
  14. Hehe..Tq Lily..

    Tapi kan...gambar Greece tu serious cun giler2! Jelous sangat lah!!

    ReplyDelete
  15. wei,
    gua tempurung tu kalau masuk wet plus sampai air terjun dia best uolss
    tu zaman mak masa umo 18 tahun dahulu pernah masuk sekali.

    ReplyDelete
  16. Acik: aku saje tanak masuk 'wet' baru ni sebab aku plan nk buat skali ngan ko....howw?

    ReplyDelete
  17. errmm, ada kupon lagi? minat nak beli :) dua_enigma@yahoo.com

    ReplyDelete
  18. seronoknya! dulu ada buat aktiviti ekpedisi berakit dekat manong. tapi sayang, tak snap apa-apa pun. kenangan dalam otak je. hehe

    ReplyDelete
  19. Cuba aa try rafting ni...sangat best!!

    ReplyDelete