Monday, June 25, 2012

:: Mount Huashan. Ada Berani??

Sehari dua ni tetiba aku excited duk tilik-tilik pasal gunung. Selepas kisah Gunung kinabalu tetiba ada satu gunung ni lagi yang menarik perhatian iaitu Mount Huashan yang terletak lebih kurang 120 km from Xian, China.

Sesaja je study, ambik feel dan develop keberanian. Ye sekali lagi gunung ini adalah terletak di negara Apek. Dan kesimpulannya Apek pun apek lah, aku memang suka negara Apek ni. Walaupun tandas nya tidak mempunyai paip dan juga sukar untuk mendapatkan makanan halal, bagi aku negara Apek mempunyai banyak keistimewaannya.

Anyway, negara Apek atau nama sebenarnya, China diketahui adalah antara negara yang mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai dan juga negara ke 3 terbesar di dunia. So, no wonder lah Facebook diharamkan di China. Cuba bayangkan kalau China benarkan rakyatnya ber'FB'. Of coz jammed facebook satu dunia. So disebabkan keluasan negara China ini lah bagi aku China mempunyai banyak tempat-tempat yang sangat menarik dan juga breathtaking scenery untuk dikunjungi. Tak akan boleh habis tawaf satu tahun! Sangat luas!

View Mt Huashan
Mt. Huashan yang terletak di daerah Shanxi, China ini dikelilingi oleh 5 puncak dan berada di kedudukan 2160 meter di atas paras laut. Ia dianggap antara 5 buah gunung yang suci di terdapat di China dan dinamakan sempena bunga teratai yang mempunyai 5 kelopak. Dan yang paling membuatkan Mount Huashan glamer adalah breath taking cliffsnya yang boleh bikin sakit jantung kalau aku cakap kat Pn.Fatimah nak pergi sini.

Mt. Huashan ni dikelaskan sebagai track hiking awam yang paling merbahaya di dunia. Tebingnya mempunyai kedalaman sehingga 4000 kaki yang mana cenuramnya mencecah 90 darjah. Kiranya kalau kalau slide down tu macam jatuh dari bangunan 40 tingkat lah lebih kurang. Tinggal habuk je.  

Tapi gunung ni memang lawa weh. Tapi cara nak pergi tu laa tak berapa nak lawa. Kena naik cable car, then panjat ratusan anak tangga yang dinamakan 'Heavenly Stairs'. Ini adalah starting point untuk ke West Peak. Mungkin maksud nama tangga ni..sekiranya seseorang itu jatuh daripada tangga ni, akan selamat masuk syurga. Haha..tu diorang laa cakap..

Cable car from starting point. Gunung ganang di sebelah kiri dan kanan. Amazing view!
Tangga 'Heavenly Star'. Curam giler!
Kemudian kena sambung trails yang paling adventure dalam banyak-banyak trails. Kalaulah aku pergi ke sini pun mungkin takat tangga tu je kot. Dan untuk next trails kat bawah ni, aku akan photoshop gambar aku konon-konon aku panjat. Aci tak.. Hehe..

Tengok gambar ni je pun dah rasa geli kaki, camner nak pergi!
Hanya bergantung dengan tali dan cangkuk. Kau mampu?? Aku belum lagi...untuk hari ini.....
Dah sampai, boleh lah minum teh secawan dua!
Setakat ni bangunan paling bahaya di dunia dikatakan adalah kuil terjuntai yang dibina malampaui hukum fizik yang terletak di lereng Mt Huashan ni lah. Agaknya sami-sami kat sini, panjat untuk ke kuil pastu dah takder turun-turun kot. So, sesiapa yang nak merasa minum teh paling merbahaya di dunia boleh lah kalau nak cuba.Peace!

Untuk lebih jelas, tengok sini : http://www.youtube.com/watch?v=NsGC0lZ-5g8&feature=related

***Riki-riki tiket ke Xian

30 comments:

  1. macam best jer...betul-betul advanture!tp tula,panjat gunung nuang pn dah semput tahap gaban, hm~..

    ReplyDelete
  2. kitaorg pun dok discuss benda yang sama...tapi rasanya tah bilalah nak sampai.cuti nak elekkk huhuhu

    ReplyDelete
  3. Not in a million years @_@

    ReplyDelete
  4. Orga: Gunung Nuang tu sepanjang jalan kena manjat..yg ni manjat nya takder lah full..tapi tang trails tu...adehhh..tak tercapai akal lagi camner rupanya live!

    ReplyDelete
  5. Zilla: Jom Zilla...apa kata..sekali sekala kita buat kerja half giler nih! Tapi......Half ke??

    Azra: pergi try naik cable car pun dah ok..sebab view dr cable car tu cun giler..giler..giler...cuba tgk kt youtube...hehe

    ReplyDelete
  6. hahaha..half?rasanya dpt capai 100% giler..giler tau bukan gila, ada beza tu hehehe..

    *kalau ada plan mahu ke sana roger2lah org kat sini ye hehehe

    ReplyDelete
  7. wah..bestnya... kalau pergi bawak akak dalam beg ok..kira seludup akak lah..boleh? hahahha

    ReplyDelete
  8. Zilla: Haha..kite pergi sampai cable car dah laa, naik 4-5 kali ulang alik..pastu balik haha.....cantik wooooo....gunung kiri kanan depan belakang..mana nak dapat tengok view macam tu seumur hidup!

    ReplyDelete
  9. Mama Raisa: Berani ke nak ikut walaupun hanya duduk dalam beg? Kang kalau rasa sempit sangat laluan...saya buangkan aje beg tu...Hehe

    ReplyDelete
  10. hihihi ayat jahat tau..baru nak manja manja..kekkekekek

    ReplyDelete
  11. Mama: boleh je nak manja2..saya ckp tadi KALAU je..heheh

    ReplyDelete
  12. pergh.... gila ahhh...

    *speachless

    ReplyDelete
  13. klu dpt naik atas tu pun lum tentu aku nak minum air teh secawan dua ngan santainya.. mau ketar2 tangan dan lutut aku pun tak reda-reda.. fikir nak balik lalu lagi situ.. uwaaaaaaa.. nangis mak kat papan kayu tu..

    ReplyDelete
  14. Jom PM..bile lagi nk buat GILER bukan GILA??? Haha

    ReplyDelete
  15. Bila nak buat entry pasal Mount Bromo.. Jom aaaa..

    ReplyDelete
  16. ckucin : Haaaii..kata nak naik bromo...bromo tu pun sama bakal terketar2 gak lepas sampai nnt weh!

    Anyway, saya belum sampai bromo lagi..blum study lg..so xleh buat ulasan. Tapi yg ni..walupun sama blum smpai gak...tp saya dah licin study! Tunggu nak prektis je..Howw!

    ReplyDelete
  17. byk tempat kat china ni aku rasa aku nak pergi.

    cuti tanpa gaji setahun utk travel ke china pun tak cukup wehhh

    ReplyDelete
  18. Ala.. Nill ko sajer banyak alasan. sedangkan Mt. Huashan boleh study licin dengan tengok youtube, takkan mt. Bromo tak leh study guna youtube gaks..

    Mt. Huashan tu aku ingat nak gi gaks tapi takat tangga tu aje.. pastu duduk kat tangga sambil minum teh cameron highland perisa anggur boleh?? Bestnya perasaan aku waktu itu..

    ReplyDelete
  19. Cait! Mt Huashan ni tetiba lepas tertengok trails yg menggelikan kaki tu terus je rasa xcited. Tu yg duk gugle masa weekend smpai habis limit P1..

    Mount Bromo pun cun gak..tp xtergerak nk study bersungguh2 lg...hehe

    Next!!

    ReplyDelete
  20. Huyooo... Kompom x berani. tp santek giler la. Macam best tp x dayo la...

    ReplyDelete
  21. wahh..menarik..tertarik..

    tapi tang curam tu gayat yg amat..

    kettor palle lutut tgk..

    ReplyDelete
  22. yah: Ni namanya tempat nk uji keberanianggg!!

    ReplyDelete
  23. best2..jom riki2 tix uolss..

    **larikk..

    ReplyDelete
  24. Dah riki..tiket tunggu sale je lah.. Tapi journey dr Beijing ke xian naik train adalah 13 jam plus dr xian ke Huashan sejam lebih....ada bran??

    ReplyDelete
  25. tarak route lain lagi dekat ker Huanshan tu..?? agak-agak GPS cik watie kita boleh guna pakai di China tak??? hehehehehe

    ReplyDelete
  26. Haha..tak kot..Nak jalan dekat ada...naik helikopter! Wohoooooo!

    ReplyDelete
  27. alamak.. gayat betul tengok gambar tu.haha. memang takkan buat aktiviti tu sampai bila-bila la gamaknya.

    tapi nampak sungguh adventure.phew!

    ReplyDelete
  28. Dani, ada 2 laluan sebenarnya..boleh je tak pergi sampai puncak...kite feeling2 naik cable car dah laa...hehe

    ReplyDelete