Saturday, June 2, 2012

:: Mission To China Part 5 - HK - Guangzhou

-- Sambung dari sini --

Bangun awal hari ni untuk sambung packing. Waktu check out adalah pukul 12. Tapi memandangkan train kami untuk ke Guangzhou hari ni adalah pada pukul 4.30 petang, kami plan nak mengulor tawaf HK untuk kali terakhir. Selepas ni mungkin aku dah tak datang sini melainkan ada Office Trip @ ada orang bermurah hati nak belanja atau pun JYJ buat konsert murah kat HK ni.

Plan asal kami nak ke Avenue of Stars dan sebelum tu nak try naik The Longest Outdoor Escalator in The World. Alang-alang dah sampai sini kan. Escalator ni ada 2 time. Daripada pukul 6-10 pagi untuk turun dan pukul 10.30 pagi-12 malam untuk naik. So memandangkan kami ada masa, agak teruja laa untuk test-test cuba perkara yang ada dalam Guinness Book ni.

Tapi kesudahannya hampa. Macam kata Hanan. ‘Communication Breakdown’. Tak tahu mana silap, impian tinggal harapan je. Frust tu memang frust  jugaklah sebab dah datang dari jauh dan patutnya memang berkesempatan, free takder bayar pape lak tu, tapi tak dapat. Tak tahu nak salah kan siapa. Yang pasti ‘bukan salah ibu mengandung’ (**jelling-jeling mama raisa).

Mission Not accomplished
Dan yang pasti jugak, bila travel ni, macam-macam asam garam yang kita akan lalui. Dengan pelbagai karenah ahli team, bajet terlebih, terkurang dan perubahan plan yang tiba-tiba, yang dirancang lain yang jadinya pun lain. Itu lumrah. Cakap pasal travel partners ni, tak semuanya sekepala dan tak semuanya kita tahu hati budi dan perangai memasing.  Banyak orang, banyak ragam kan. Kita dah buat keputusan, dan kita juga harus terima pro & cons nya.

Kadang ada gak aku pasang niat nak cuba berbackpacker sorang-sorang macam sesetengah traveller pempuan yang memang aku salute lah. Tapi malangnya even aku sendiri yakin yang aku berani untuk buat since sebelum ni pun aku memang terlibat gak secara langsung dalam iterinery process. Takderlah aku ikut nonong je. Tapi sebelum aku suarakan lagi pada Pn Fatimah pun aku dah boleh jamin, even potong jari Tok Ti pun dia tak akan izinkan dan silap-silap mungkin jugak aku bakal tak cium bau shorgaa nanti kalau aku teruskan jugak..  Nauzubillah.

Berbalik pada ke-frust-an tadi, bila tengok jam dah hampir pukul 10 pagi, kami terus plan ke Avenue of Stars je. Ambil masa jugak untuk tukar-tukar train kalau nak ke escalator sedangkan kami tengah kejar masa. So kami siap packing bag, check out dan simpan di kaunter Dragon Hostel dan terus ambik train untuk ke Station Tsim Tsa Tsui. Direction untuk ke Avenue of Star memang dah ada ditunjukkan apabila exit daripada station.

Model Dinding
Selepas beberapa minit jalan kaki, kami sampai dan masa tu kelihatan dah ramai pengunjung tengah pose-pose ngan patung tak berbaju.

Rasa nak naik je kapal tuh
Best jugaklah tengok permandangan kat sini. Avenue of Stars ni adalah antara tempat wajibla kiranya kalau berkunjung ke HK ni. Masa ni ada kabus dan angin sepoi-sepoi. Syok jugak la melayan permandangan HK Island dengan bangunan yang bapak tinggi tak berapa nak rendah ni.

Antara karya yang dipaparkan di sekitar Avenue of Stars. Cantik & Kreatif!

Kat sini ada patung-patung dan tugu peringatan dan juga info berkenaan perfileman HK. Ada jugak tapak tangan dan signature artis-artis HK dulu dan sekarang. Aku just carik nama-nama glemer je untuk snap gambar sebab takderlah aku kenal semua pun.
Macam-macam gelagat manusia
Star Cruise Genting. Jom balik Malaysia!
Kami berjalan sepanjang Avenue of Star ni sebelum patah balik ke Station Tsim Tsa Tsui tadi. Sempat gak masuk jengah dalam Sogo nak tengok sama tak dengan Malaysia. Eh, sama je laa design dalamnya. Lebih kurang je. Dalam bahagian pasar basahnya aku ada jumpa Roti Nan brands ‘Kawan’. Made In Malaysia maaa! Roti tu banyak jual kat Mydin.

Sogo! Harga je tak sama
Habis tawaf lebih kurang, kami gerak ke Station Nathan Road, untuk pusing-pusing. Kat sini lah ada hostel yang agak popular, iaitu Chungkin Mansion. Bila aku baca review, ramai gak yang suggest kalau boleh jangan duk sini, sebab ramai Negr* terutama kalau yang backpackers tu perempuan semua. Takut kurang selesa dan juga faktor keselamatan. Tapi bila kami lalu, survey-survey, macam okay je keadaannya. Bangunannya pun nampak baru, dan kedai pun banyak dalamnya. Station Nathan Road hanya seberang jalan sahaja dengan Mansion ni.

Chungkin Mansions
Kami sambung jalan untuk ke Masjid Kowloon untuk terus solat Zohor. Bilik dan check out, nanti takder tempat lak nak solat. So alang-alang dan lalu area sini kami terus singgah.

Senarai Kedai Muslim yang diletakkan di ruang pameran/iklan Masjid
Masjid ni adalah antara masjid yang terdapat di HK ni. Masa mula-mula kitorang masuk je ke dalam ruang solat wanita, rasa macam seolah-olah berada di Indonesia. Mana taknya hampir majoriti memang orang Indonesia yang tengah baca Quran, tengah belajar kitab. Ada jugaklaa beberapa % macam orang India Muslim. Penuh! Sampai kami pun takder tempat nak duduk, terpaksa duduk kat tepi pintu. Aku lupa, yang hari ni hari Jumaat. Patutlaa… 

Masjid ni siap ada lif untuk angkat kerusi roda kurang upaya. Kagum tengok!
Rupanya wanita Islam di sini turut mengamalkan solat Jumaat di Masjid. Eh kat Mekah pun perempuan sana solat Jumaat gak la. Biasanya Kat Malaysia ni je, tak diamalkan. Kalau agaknya kita pergi solat Jumaat, jadi satu kepelikkan pulak bagi masyarakat tengok. Padahal bukan buat jahat, pakai seksi meksi pun. Malaysia ni kan memang pelik! 

Berpusu-pusuan umat manusia dalam perjalanan utk 'Haiyyaalassolahh'
Aku ingat lagi, ada satu hari Jumaat tu masa aku kat Mekah 2 tahun lepas dalam minggu terakhir sebelum balik Malaysia, kakak aku dan jugak sepupu, dari selepas Subuh sampai petang tak balik-balik ke bilik. Pening family kitorang duk pikir manalah dia pergi. Orang dah la tengah ramai bila minggu terakhir Ramadhan ni. Masa ni mutawif kitorang dah stop untuk buat Umrah, sebab pengunjung memang terlalu ramai. Bukanlah stop terus, tapi untuk pergi beramai-ramai dengan group dah tak buat. Sebab tu untuk 20 hari terawal, dia dah bawak group untuk buat umrah setiap hari dengan dia non-stop. Tu pun aku culas, tak cukup 20!

So, untuk 10 terakhir dia sarankan untuk sesiapa yang nak buat jugak boleh pergi sendiri. Since memang dah tahu cara camner nak pergi ke Miqat, tawaf dan umrah, kitorang just pergi sendiri-sendiri je laa. Bayar duit kat van sendiri dan balik sendiri, umrah sendiri dan pergi mana-mana pun sendiri. Tu untuk yang berani je lah.

Masa tu aku nasib baik sebab pergi satu family, ada adik-adik jantan yang gagah perkasa temankan untuk ke mana-mana. So kitorg kadang buat Mekah tu macam kampong sendiri. Dan bayangkanlah lebih kurang 40 hari aku duk sana. Tokei kedai jubah dah kenal muka kitorg sorang-sorang. Matilah, keje gi carik jubah je, bukan pergi beramal ibadat. Dasar rohani kontang, macam ni laa..Astaga..

Then masa hari Jumaat tu tetiba kecoh, kakak ngan sepupu aku tak balik-balik. Haru! Orang dah laa ramai. Tak tahu nak cari camner. Pn.Fatimah pun dah tak senang duduk. Gelisah dari pagi. Sekali lepas tengahari, balik laa 2 orang pempuan ni sambil muka senyum-senyum berseri-seri. Bila ditanya rupa-rupanya dari selepas Subuh tadi, diorang dah bertekad, apa nak jadi pun jadi lah, nak pergi gak cium Hajarul Aswad. Selepas dengar citer kesemua adik beradik lain kecuali aku (sedeh!) dah berpeluang dia tetiba jadi keinginan nak buat tu berkobar-kobar.

Tahu lah kan, kat Mekah ni lagi lah peluang doa kita diperkenankan Allah besar. So dia tekad, dari pagi dia tunggu sampailah tengahari, solat Jumaat sekali dan akhirnya peluang itu sampai disebabkan azam dia. Patutlah bila balik muka berseri-seri jek! Aku gak yang kusam…Huhu…**sambung sedih!

**************************

Tetiba kan daripada China dah terbang sampai ke Mekah. Oke, sambung cerita. So kat Masjid Kowloon tadi, kami solat jamak dan terus keluar. Sempat gak la dengar khutbah Jumaat dalam bahasa Urdhu. Langsung tak paham. Aku tak tahu lah warga Indonesia dalam ni paham ke tak.

Kami kemudian ambik train ke Station Hum Hom untuk ambil train ke Guangzhou. Sebelum masuk ke tempat berlepas, sempat lagi masuk Seven 11 untuk habiskan duit HK yang dah tinggal bersisa, terutama syiling. Buat berat beg je!

Hum Hom Station
Then dah masuk waktu berlepas teruslah terkedek-kedek naik train di koc No 1 yang rupa-rupanya adalah koc paling hujung. Jenuh gak laa menapak. Konon ambik yang kelas 1 sangat. Harga tiket adalah HK190 sehala. Sebelum tu memang ingat ni adalah speed train. Kononnya lah. Tapi bila naik, macam Komuter Subang Jaya nak ke KL Sentral je. Wa redhooo..

Pengalas perut kami
Perjalanan ke Guangzhou ambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai di Station Guangzhou East..kami lost! Station ni sangat besar. Jenuh cari kaunter untuk beli tiket ke Shenzhen untuk esok hari. Memandangkan iterinery kami hari ni berubah, kami hanya ada masa sehari je di Guangzhou. So tiket untuk esok harus dibeli hari ini.
 
Tapi cari punya cari, kami pening. Dah la badan penat. Mostly signboard bahasa Cina. Haram tak paham. Tanya 2-3 orang, sekali diorang suruh masuk ke tempat berlepas. "Apa aku nak pergi berlepas pulak, nak beli tiket ler!" Dalam hati je laa..

Tapi disebabkan memang dah clueless, kami masuk je. Disebabkan siap kena scan beg dan tubuh bagai, aku masuk ngan Hanan je, beg tinggalkan dengan Kupha & Cik Mie kat luar. Dalam tu nampak ada machine ticket. Tekan-tekan main hentam, tetiba dia mintak Nombor ID. Sah! Ni la machine yang macam Syah_rule citer kat Shenzhen tu. Hanya untuk kegunaan rakyat China sahaja.

Kami ke kaunter sebelah kanan. 'English Speaking' ada satu note ditampal di dinding kaunter. Bila ditanya, memang betul. Kaunter untuk foreigner. Patut la. Sampai macam tu punya diskriminasi. Padahal berjalan dalam negara sama je. Bukan masuk negara lain. Tapi nak buat macam mana, dah law diorang macam tu.

Speak English Please!
Then satu lagi masalah. 'English Speaking' laa sangat. Patut kena tambah ‘a few’ kat depan ayat tadi tu. Ataupun tambah, ‘just YES & NO ONLY'. Apa taknya, sama je, memang ayam ngan itik je. Dia memang tahu Yes & No je. Terpaksalah cakap pakai tangan tergawang-gawang, pakai kertas, pen, bulatkan date dan time..itu ini, settle satu hal. Tu pun nasib baik kami dah print schedule train. Bercakap berpandukan schedule tu je. Then minah yang jaga tu mintak passport. Berlari pulak aku pergi kat pintu masuk tadi mintak passport 2 orang lagi. Selamba mintak tolong kastam yang jaga pintu keluar tu tolong ambil kan. Korang adoo?? Lepas dah settle, barulah rasa boleh bernafas. Semput weh!

Masalah bahasa ni memang betul-betul boleh mencabar jiwa raga lah! Kami baru tersedar masa tu yang kami dah berada ni Guangzhou! Bukan HK lagi. HK memang tak heran bila tengok kita terutama yang bertudung ni, sebab warga Indonesia memang ramai kerja kat sana. Tapi bila kat Guangzhou ni, mak aiii…ke mana-mana mata tak lepas pandang. Kalo pandang sipi-sipi je tak pe..ni tengok macam nak telan! Bila kita lawan tengok, bukan nak dikalih, tapi terus ditengok gak, macam tak pernah tengok orang. Tak pernah lak rasa seglamer camnih!

Tiket ke Shenzhen berharga 80 yuan seorang (RM40). Selesai beli tiket, kami keluar ke arah pintu masuk tadi. Kat tepi tu ada satu lorong untuk keluar. Tak perlu scan. Masuk tadi je yang kena. Musykil aku.

Kami kemudian gerak untuk cari MTR. Sekali lagi kami kebiolan. Ikut arah signboard,  tapi salah. Rupanya laluan ke MTR tengah direnovate. Nak ikut jalan lain tak paham ditulisnya. Tanya beberapa orang. Nasib baik ada seorang lelaki baik hati tunjukkan. Rupanya naik tangga kat sebelah pintu masuk scan tadi je. Adoii!

Kami kemudian naik MTR untuk ke Station Haizu Square. Sampai di station ini sekali lagi kami clueless. Masa tu dah pukul 8 malam. Plan nak tunjukkan alamat pada driver teksi je untuk ke hotel Sotel Inn. Skali lepas tujuk printed address dalam bahasa Cina, tangan driver tu terawang-awang sambil buat macam pangkah macam Ultraman nak serang last bullet tu then dia letak satu kertas kat dashboard.. 'Out of Service'

Motipppp! Ingat teksi kau Cash Deposit Machine kah? Adoi, dalam geram rasa kelakar gak. Aku tak tahu lah samada dia memang tak pergi ke tempat kami tunjuk tu ke, atau dia dah habis waktu kerja. Sungguh aku tak paham. Yang aku tahu berbeza betul sikap orang di sini dengan orang di Korea. Aku bukan nak memuji, tapi aku memang puji pun, di Korea, even diorang tak paham pun, dia akan cuba tolong samada call kawan-kawan atau pun tanya orang lain yang ada berdekatan diorang. Diaorang usaha nak tolong sampai kita lak kesian. Huh.. ‘Lain Padang Lain Belalang!’ Aku menyedapkan dalam hati.

Kemudian kami ambil keputusan untuk jalan kaki je redah. Sebab aku ingat map kedudukan hotel ni. Cuma jarak dan details bangunan tu takder lah tahu. Tengah jalan nasib ada seorang wanita yang baik hati tolong tunjukkan. Walaupun cakap ayam itik gak, tapi kebetulan dia menuju kearah yang sama, dia pun suruh kitorg ikut. Syukur, ada gak insan yang berhati mulia ni.

Selepas dia sampai di tempat dia nak pergi, dia pun suruh kami sambung jalan ke depan. Tak berapa jauh dari sini katanya. Itu lah kot ikut pemahaman aku. Kami sambung redah sebelum sekali lagi lost. Dah laa masa tu lalu tepi kedai hapa ntah dengan dah malam nya. Cuak giler. Tanya kat seven 11 & beberapa orang yang jumpa tengah jalan, kejap tunjuk depan, kejap tunjuk suruh patah balik. Aku dah tunjuk dalam tulisan diorang, pun tak paham-paham gak. Adeii

Last-last redah je jalan ke depan. Tak lama kemudian nampak lah hotel yang kami cari. Lega jangan cakap laa.. Kaki rasa macam dah nak patah.  Selesai urusan di kaunter kami check in.

Bukak bilik..perghhhh…. nasib laa berbaloi-baloi. Best weh bilik nya. Murah daripada Dragon Inn yang hampir berlaga bont*t tu. Bilik ni harga RM90 semalam. Sangat luas. Ada tv LCD, komputer semua. Toilet pun best! Lengkap. Macam baru je nampak hotel ni. Dari luar nampak kecik, macam lot kedai cikai je, sekali bila masuk, naik atas.. besar sangat. Bilik pun banyak. Magic!

sudah dikerjakan
Kami siap segala mandi. Cadang nak pergi tengok Canton Tower waktu malam, tapi tak jadik. Tengok dalam mimpi lah. Kudrat aku dah zero dah untuk hari ni. Lepas makan malam bekal yang ada, kami terus Zzz. Buruk lantak betul!

6 comments:

  1. nil, aku cam ada baca entry ni semalam, rasanya dr blog kwnmu la kot. perenggan cari geng travel sekepala yg susah tu aku setuju, sbb kdg2 org tu sesuai jadi kwn aje tapi tak sesuai jadi travel partner. aku pun penah lalui benda yg sama. aku ada try jgk jln dgn org2 berlainan tapi masih belum jumpa yg sesuai. cuba la jalan sendiri, pegi tempat yg dah penah pegi sbg latihan pertama, pastu pegi la ke tempat yg belum penah sampai..who knows pastu ko suka travel solo

    ReplyDelete
  2. cer nanti ajak mama raisa ni jadi travel partner...kita tengok kita ni serasi ataupun basi..keh keh keh oh my english!

    ReplyDelete
  3. huhuhu... x boleh ingat aksi drebar teksi yang tunjuk isyarat pangkah tu. masa tu rasa nak sekeh je kepada pakcik drebar tu. haha

    ReplyDelete
  4. Fatt:Tq sudi bg cadangan best! Aku sebenarnya suka je pergi ramai2..tp tu laa..mmg xnafikan lah akan ada bnyak masalah terutama dengan sesama manusia. Mcm aku ckp laa..xsemestinya kita dh bestfriend berpuluh thn, boleh 1 kepala time travel.. Kalau fikirkan masalah2 terutama yg remeh ni buat kita rasa rugi sgt. Dah laa dtg jauh2, nk dtg perlukan pengorbanan yg bkn sikit, alih2 lain dirancang, lain yg jadi..Mmg frust laa..
    Niat nk buat solo tu mmg ada..lebih2 lg bila baca cerita ko..Tapi tu lah..aku tunggu rezeki, dan masa.Insyaallah..

    ReplyDelete
  5. Mama:Kalau Raisa buat problem...saya bungkus je dlm bagpack...aci! Hehe...

    PM: Aku rasa nk fire blk je pakcik driver tu...hampeh...
    Tapi aku rasa sbb dia takut kite tnya bnyk2 dlm English laa...haha...speku!

    ReplyDelete
  6. saya ada 4 keping duit syelling china dragon year of kuang hsu....kalau ada yang minat call saya 019-3507790

    ReplyDelete