Thursday, June 28, 2012

:: JJCM June 2012

Aku dah cakap, aku memang nak kurus. Tapi dalam masa yang sama makanan dengan aku memang tak dapat dipisahkan jauh. Aku ni dengan makanan adalah seperti isi dengan kuku. Dan makanan dengan aku adalah seperti aur dengan tebing. Kami ni ala-ala carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. Tak pernah sesekali menjadi kacang lupakan kulit. Kadang-kadang kalau cubit paha kanan, paha kiri ni akan terasa. Kesimpulannya, aku dengan makanan ni Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran. So, kalau aku skip makanan jauh-jauh nanti dia akan datang carik balik. So howw aku nak slim macam Hanan? Tepuk dada tanya ayam KFC lah jawabnya.

So sempena June dah nak berakhir, dan bulan puasa pun dah tak lama, ni adalah summary makanan yang dah selamat bergabung dengan lemak dalam perut untuk bulan ini sahaja. Kalaulah setiap jenisnya seberat 1kg, so makanya kg lemak aku pun mungkin dah bertambah sebanyak 6kg. Erkk?  Andwae!! Nehi!!

Wadi Hadramawt, Ampang..bukan Hadrawillin..ngeh ngeh
Kek cekelat Nando's, IOI
Not my feveret tetapi memandangkan Big Big Bos belanja, ianya jadi sedap!

Restoran As Salam, Danau Kota. Pizzanya sgt sedap!

Frapuccino Green Tea, Starbuck USJ 10. Best!
Dubu Dubu Seoul, Mid Valley. Bulgoginya..heaven!
Mocha Glacier Black Canyon Coffee, Summit. Akibat terpengaruh dengan seorang blogger. But it's yummy!

So, cuba cakap camner lah aku nak berpisah lama-lama dengan semua ni? Camner aku nak fit biar aku boleh cecah puncak Kinabalu & Huashan? Camner aku nak realisasikan 'Kalau bermimpi biar sampai ke bintang?' How? Owh Ramadhan...cepatlah datang!

** Tak sabar nak makan Red Velvet best!

13 comments:

  1. gilaaaa... camne nak kurus????

    aku stress berat aku 42.9kg je. penat aku bela body tu je hasilnya... aduhhh

    ReplyDelete
  2. Gileaaaa...
    Perli aku kah??????

    Stress tu sbb pikirkan masalah orang tak abis2..

    Dah..dah...Seoul Garden jom!!

    ReplyDelete
  3. SUBHANALLAH food tempting betull

    Anyways thanks sebab mai blog akak. suka jalan suka makan suka lepak. heee..

    ReplyDelete
  4. hukhukhuk...samalah aku pong...makin lari dari nak makan makin banyak makan...how?

    weh...akak hantar email tak berjawab..red velvet jadi tak utk 7 july ni?

    ReplyDelete
  5. K.Yan: Sama lah kita..Makan tu sangat heaven!

    K.Intan: Saya dah jawab ler mama email tu...check blk!! Yachhh!

    ReplyDelete
  6. seddaapppnyer!!ala, jgn fikir sangat pasal diet, lagi fikir, lagi tak boleh pakai idea tu...

    ReplyDelete
  7. Apsal aku cam tak berapa nak BELIEVE ngan entry ko pasal makanan ni??? emmmmmm.. Ko naik kg?!! emmmm..

    Seyes ni..

    ReplyDelete
  8. ckucin: Tak believe aper nya...weekend kan ada 2hari darab 4..okey laa..sehari satu menu...hidup ni simple je

    orga: diet tu time makan mmg tak pk...tapi lepas kenyang....fuhhh..stresss!

    ReplyDelete
  9. green tea the best kan kan kan..... dah try sweetree korea halal resto?

    ReplyDelete
  10. Yess..Green Tea tu sangat sedap kan Lily..
    Sweetree pernah pergi time berbuka puasa taun lepas je..tp masa time buka tu xdes lah banyak mane korean food diorg buat...

    ReplyDelete
  11. Saya doakan awak kurus !!!

    ReplyDelete
  12. Owh...Tqvm Zilla...hanya awak je yg memahami... :-)

    ReplyDelete
  13. Fuh! Food entry! :D Good luck untuk kurus.

    ReplyDelete