Friday, June 22, 2012

:: Dejavu di Kinabalu

Aku mengaku yang aku ni bukan lah peminat tegar cerita Melayu. Lagi-lagi lah FILEM Melayu. No, bukanlah aku ni berlagak tak nak menyokong Industri Filem Malaysia. Bukan! Aku dah pernah cuba beri sokongan beberapa kali. Aku pernah masuk panggung nak tengok movie Melayu sampaikan tersilap panggung masuk hall yang tengah tayang cerita Tamil sampai satu panggung tengok kehairanan. 

Aku pernah half day sebab bosan duk opis dan sesaja pergi tengok movie '3 Temujanji' sorang-sorang yang buatkan aku rasa menyesal tengok sampai ler sekarang. Aku rasa IQ aku rendah giler bila tengok citer tu ntah naper. Aku pernah tengok 'Pontianak Harum Sundal Malam' kat panggung untuk kedua-dua siri. Tapi kesimpulannya walaupun aku dah beri peluang, tetapi cerita melayu tetap failed bila aku tengok.

Drama 'Seindah Sakura' yang Pasa Sanda berlakon tu aku tengok pun sementara duk tunggu masuk Maghrib. Tapi masa tu aku rasa nakkk je masuk dalam skrin TV bukan LCD tu, nak pergi tolong 2 orang tu yang ntah hapa susah sangat nya nak bagitau diorang dah sama-sama suka. Sibuk duk tayang scene hero & heroin berjalan ulang-alik depan eiffel tower pat ploh kali je. Pastu bila cerita dah foward 10 tahun pun nenek dia yang sebelum tu sakit macam dah tak berapa nak lama hidup tu still sama je macam tu. Logik ke?

Belum lagi part citer Melayu yang tak kira time samada tengah bersawah ke, tengah angkut air dari sungai ke, tengah tunggu ajal nak mati ke atau pun tengah goreng ikan dalam kuali; walaupun baju buruk koyak rabak, tapi maskara dan bulu mata pelesu dan eyeshadow kaler pink tetap menten atas mata. Perlukah?

Agak-agak cerita Melayu berani ke zoom camera sampai nampak liang roma macam cerita Korea? Aku rasa nan ado, sebab nanti akan nampak mekap tebal seinchi dan hujung bulu mata tercabut sebelah. So jangan salahkan aku kalau aku lagi taksub tengok drama Korea daripada drama Melayu. Sekurang-kurangnya skrip diorang best. Pelbagai! Takder lah sibuk cedok idea orang!


Okeh, stop. Intro adalah terlebih panjang disitu. Sebenarnya aku just nak cakap pasal citer terbaru 'Dejavu di Kinabalu' yang ditayangkan pukul 7.00 hingga 8.00 malam setiap Isnin-Khamis di TV3. Heronya Aqasha & heroinnya Tiz Zaqyah. Frankly, aku takder lah minat sangat si Tiz ni tapi bagi aku dia berlakon best. Takde control-control. Tapi yang paling best, aku tengok citer ni dan bakal stay tengok sampai habis adalah disebabkan hero yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan iaitu Aqasha. Ye, aku puji melebih sebab memang aku suka. Lumrah manusia lah kan.


Aku sangat suka style Aqasha berlakon tak kira lah dia jadi jahat ataupun baik. Takdelah macam sesetengah hero yang 24 jam kena nampak macho walaupun tengah gosok gigi. Pikir laa kan, time nganga sambil berus ditonyoh ke atas ke bawah, buat cemana pun tak akan nampak cantiknya. Pusing cemana pun buruk gak rupa dalam keadaan camtu.

Tu pasal aku rasa Aqasha the very selamba dan sempoi bila berlakon walaupun dia belum ada lagi buat scene tengah gosok gigi. Tapi bila baca blog dia macam tak sangka pulak Aqasha yang tulis. Very the different. But aku suka. Ye lah, kalau dah suka apa-apa pun suka! Lagi satu cerita ni diarahkan oleh Erma Fatima. So takder lah duk tunjuk scene yang tak perlu like scene hero dan heroin berselisih bahu sepuluh kali tapi tetap tak perasan!

Anyway, the most important thing bila tengok cerita ni yang membuatkan aku rasa sangat jeles sampai tahap tak tahu tahap apa adalah bila tengok Tiz Zaqyah especially, mampu dan sudah sampai ke Kinabalu. Aku mampukah? Tanya diri sendiri depan cermin.


So kesimpulannya, walaupun untuk sampai ke puncak Gunung Nuang pun aku dah menyumpah dalam hati lebih 200 kali dan aku dah berikrar taknak panjat mana-mana gunung lagi, tapi disebabkan aku jeles dengan Tiz Zaqyah dan juga Aqasha siap pose-pose manja kat puncak Kinabalu yang marvelles dan juga aku rasa untuk sampai ke Everest tersangatlah mustahilnya, apa kata kita test power ke Kinabalu yang memang sah-sah berada dalam kategori Wonderful Malaysia. Mampukah? (Sekali lagi bertanya kepada diri sendiri depan cermin Ikea)

13 comments:

  1. intro saje sudaaaa howt!
    seb bek isi hokeeehhh...haha
    best kan dorang blakon..tiz siap wat memek muka sgala bagai...sempoi!
    aqasha ok la..slumber ya ya!
    arahan Erma Fatima...i loikeeee!

    *cukupla Bukit Puteri...huhu

    ReplyDelete
  2. Diorang memang selamber!
    Bukit Puteri?
    Keji hokeh! Prektis Bukit Puchong jom!

    ReplyDelete
  3. haha...silap!
    Bukit Puteri panjat tangga je..
    Bukit Puchong yg ase cm serik da..huhu
    Tengok x Gemersik Kalbu dlu?
    Rase nak blasah je wtak aqasha mase tu...ish, geram!

    ReplyDelete
  4. Belasah boleh..tapi slow2 dah laa eh..Kang xleh berlakon lepas ni karang.

    Bukit Puchong dah lama tak naik nih..kena warm up lebih ni!

    ReplyDelete
  5. aqasha tu bila dia nyanyi lagu 'ku gigit-gigit cuping telingamu' tu yg suweiii sket.

    oh ya... dia shot kat padang UPM hokeh! sangat lawa. moh kite!

    ReplyDelete
  6. Hak hak...dasat PM kite.
    Walaupun aku minat Aqasha & Aqasha pun minat aku, aku cuma tau lagu Embun je..keji kan!

    ReplyDelete
  7. Eh, aku tak perasan..Padang UPM? citer ni??

    ReplyDelete
  8. ni bukan kategori peminat Aqasha lagi mu ni... hahahaha

    citer yg aqasha berlakon tu citer Gemersik Kalbu, tapi aku x suka la heroin dia... ayu raudhah tu. tp serius aqasha nmpk 'gatal' okeh dlm cerita tu

    ape mu ni... Aqasha siap buat video klip sampil petik gitar kat padang UPM tu which is aku rasa view sangat samtekkkk!!!

    cuma lagu kugigit-gigit cuping telinga tu yg tak sedap nak dengar. huhu

    ReplyDelete
  9. Aku mmg minat Aqasha, tapi kategori bwh sikit dr fanatik. Kalao ikut starbuck, aku level Grande - 16Oz..Haha
    Citer Gemersik Kalbu aku tengok 1st episode je. Tapi aku rasa xbest..sbb aku pun xsuka heroin dan citer tu mula2 start xmenarik minat aku mana disebabkan aku mmg alergic tgk heroin. So aku stop layan..gittew

    ReplyDelete
  10. citer-citer cintan melayu ni aku kurang sikit. tapi kalau citer lawak, macam 'spontan' ker, memang boleh bergaduh berebut tv, haha..

    ReplyDelete
  11. Citer ni mmg okies sgt2 sbb ada aqasha.. Tp yg sgt2 tak ok knp mesti cilok citer korea summer scent... Tu yg aku still xpaham..

    ReplyDelete
  12. Orga: Suka cerita2 tertentu je..
    Anon: Aqasha mmg sempoi! Tapi mmg tiru lebih dr half gak laa dr summer scent...Filem Malaysia ni mmg dh xde idea kot

    ReplyDelete
  13. Drama ni ok gak la..layan!!!!

    ReplyDelete