Friday, May 4, 2012

:: Nasgera : Life Is Simple Right?

Nak cerita sikit pasal Nasgera aka Nasi Segera ni. Seperti yang kita sedia maklum, kalau pergi travel di negara yang lagi banyak haram dari halalnya, makanan akan menjadi antara isu utama buat kita kan. Even makanan yang kita mintak tu 'kogi eobsoyo' pun, kekadang keraguan tu tetap ada.


Masa pergi HK baru ni, memang kalut lah buat preparation last minit. TIme tu laa nak  cari baju, kasut, makanan, pendek kata semualah. So, masa singgah di Mydin Mall Subang Jaya nak cari Meggie dan 3 In 1 serta adik beradiknya, aku ternampak lah satu Instant Rice ni kat satu rak. Belek punya belek, macam interesting je. Aku pun beli lah 4 mangkuk. Ingat nak cuba dulu.

Nasi ni mudah je nak makan. Caranya sebijik macam kita buat Maggie. Rendam dalam air panas selama 2 minit dan gaulkan dengan rempah/kuahnya. Siap! 

Tapi satu je lah aku nak bagtau. Bila makan nasi ni kat China baru ni.. mak aii..heaven giler rasa! Memang sangat sedap. Ini mengikut deria sendiri dan member-member seperjuangan lah. Masa tu aku beli Nasi Goreng je. Memang sangat senang. Lagi senang daripada Maggie sebenarnya. 


Setakat ni aku jumpa nasi ni kat Mydin Subang je sebab nasi ni agak baru dalam pasaran. Harganya lebih kurang RM2.90 sebekas. Ada jugak dalam bentuk paket seperti kat atas. Ada 4 pilihan nasi. Nasi Goreng, Nasi Lemak, Nasi Ayam dan Nasi Asam Pedas yang menurut kupha pedas yang amat pedas.Hanan comfirm tak boleh makan.

So in case lepas ni kalau tak travel pun, tapi korang rasa lapar nasi tapi malas nak masak, boleh lah beli banyak-banyak Nasgera ni untuk dijadikan stok. Makan kat office pun boleh, asalkan ada air panas je. Setakat yang aku tahu, Nasgera ni adalah produk makanan segera pertama berasaskan nasi di Malaysia dan SERATUS PERATUS dimiliki oleh usahawan Melayu.

** Well, hidup ni mudah kan!

6 comments:

  1. Info bergune utk org2 bujang malas nak masak2 mcm aku... *tetiba tingat nasik instant korea* ...

    ReplyDelete
  2. Tulaa..Nasik tu mmg terbaek laa especially kalau kelaparan tengah2 malam sblm tido

    Aku pun teringat nasik instant Korea. Hari tu masa pergi kitorg siap tapau bawak blk Malaysia..

    ReplyDelete
  3. makan nasi ni dengan sambal ikan bilis memang terbaik lah!!!

    tapi nak try asam pedas, aku dok berani dengan kepedasannya... huhu

    ReplyDelete
  4. Perdana Menteri : Aku pun blum cuba. Nnt next week aku nk borong! Ngan nasik ayam skali...
    Bayangkan kalo betul2 ada ayam diletaknya dlm tuh...huh!

    ReplyDelete
  5. thank utk info ni....tak sabar lak nak mcuba...:-)

    ReplyDelete
  6. Sila cuba! Kalau add-on dengan sambil bilis..lagi best!

    ReplyDelete