Monday, May 7, 2012

:: Mission To China Part 3 - Ngong Ping Village

-- Sambung dari sini --

Ngong Ping Village ni sebenarnya adalah cultural theme village yang dibina bersebelahan dengan Tian Tan Buddha Statue. Kawasannya agak luas dan di sini lah terletaknya station cable car yang ditutup tu. Di sini terdapat 2 major attraction iaitu 'Walking with Buddha' iaitu multimedia attraction dan 'Monkey's Tale Theatre' iaitu comical show yang mana masa kami pergi adalah ditutup. Takder rezeki untuk kami tengok.

- Make you wish & your wish will come true.. (Munafik semuanya nih!)  -
- Ngong Ping Village Directory & Walking with Buddha entrance -
Kami tawaf di Ngong Ping Village sehinggalah sampai petang, sebelum berangkat balik. Sempat lagi tukar duit kat money Changer tadi dalam Ngong Ping Village nih sebab baru hari ke-2 dah merasa duit susut dengan banyaknya walaupun takder lah shopping mana. Dasyat betul penangan HK nih.  

Note : Tukar duit di HK lagi murah daripada tukar duit di Malaysia!
- Ngong Ping 360 Cable Car Station -
- Jumpa Doraemon dan Family Chibi Maruko Chan -
Masa dalam bas nak balik, kami murah rezeki. Tetiba ada seorang ajumma offer tiket MTR single trip untuk diguna hari ini sahaja. Uish, kalau dari Station Tung Chung nak balik ke HK mau dalam HK28 gak. Rezeki jangan ditolak ok!

On the way balik barulah aku dapat tengok permandangan sepanjang jalan. Tinggi rupanya Ngong Ping nih. Sayup dari jauh nampak Cable Car yang tutup tu. Frust lagik!. Fuhh, aku boleh bayangkan mesti extreme naik cable car tu dengan cuaca yang nyaman sejuk nih? Ruginya tak leh merasa!!

- View sepanjang jalan dari Ngong Ping ke Tung Chung town -
Dari Station Tung Chung tadi kami terus menuju ke Station HK Central iaitu sebelah Hong Kong Island. Target untuk ke The Peak hari ni harus diteruskan juga walaupun hari dah malam. Tapi sampai di Station HK masing-masing blur. Tak sure arah mana nak dicari station tram untuk ke The Peak. Gelap Gambo bak kater orang Ganu!

- Kanan : Apple Store. Bapak besar! -
Kami terus jalan sambil cari sign board untuk ke Central Pier. Masa on the way, disebabkan tak tahu arah akhirnya kami buat keputusan naik bas je. Bila ada bas berhenti kami terus redah naik. Nasib kami baik jugak lah masa tu sebab sebenarnya kami dah tersilap bas. Tapi mujurlah driver bas tu tegur kami dalam bahasa Indonesia dengan ramahnya sebab ingatkan kami orang Indonesia. Terus je lah kami tanya arah untuk ke The Peak. 

- Bas No 15 untuk ke The Peak -
Seriyes nasib baik pakcik ni baik hati tunjukkan kami tempat menunggu bas bernombor 15 yang sepatutnya dinaiki untuk ke The peak. Pakcik tu tak kenakan apa-apa caj untuk kitorg. Rezeki! Dia cuma menyarankan supaya kami naik bas je rather than naik Tram sebab bila makin malam, Tram makin mahal harganya. Huh, serba-serbi mahal!

Then, kami naik bas untuk ke The Peak dengan perasaan confius. Sebab sebenarnya kalau aku laa.. The Peak yang dibayangkan dalam kepala ni macam Bukit Puteri kat Terengganu je, kat atas bukit akan nampak semua permandangan. Tapi kami silap! Half silap. The Peak memang kat atas bukit, tapi dalam The Peak Tower, dalam Shopping Mall kat atas bukit. Memang ingat kami tersilap naik bas daa masa tu bila bas stop depan Mall nih.

- The Peak Tower -
- Muka-muka sesat OR konfius? -
Gigih kitorang turun naik escalator untuk ke The Peak ni. Actually ada tiket combo The Peak + Madam Tussauds + Tram dengan harga HK180. Dalam GroupON pun ada dijual kuponnya. Tapi kami mesken, so bajet naik The Peak sahaja. Lagi pun bila tengok Madam Tussauds tu macam kecik, macam tak berbaloi je. Takper, simpan Madam Tussauds tu..kita pergi tengok kat LONDON time visit IRA aka mantan GBS je nanti. Matilaa tak tau biler!

- Madam Tussauds -
So kami masuk The Peak dengan tiket berharga HK30. Masuk je, fuhh..ramai giler orang. Pelbagai jenis saiz dan panjang muncung kamera boleh dilihat. Semuanya sibuk menyetting nak ambik gambar view of HK. Sebagai seorang yang memang tak gheti mengambil gambo malam, aku adalah sangat cuak. Hasilnya, aku snap bodo main taram je lantaklah nampak ke tak. Kalau saper nak tengok view of HK tengah malam gugle je eh. Nanti bertubi-tubi keluar gambar cantik-cantik.

- Mengabadikan nama kekasih masing-masing kat The Peak -
- Permandangan HK dari The Peak -
Kami pun tak lepas peluang ambil beberapa gambar. Lepas pose dalam keadaan membabi buta sebab snap hentam keromo, kami gerak untuk balik. Level bawah daripada The Peak tadi ada Peak Market. Dapatlah beli FM cun yang mahal yang kami jumpa kat Ngong Ping tadi. Beli banyak-banyak terus, murah! 

On the way nak baik bas, sempat gak polis HK jadi mangsa pose dengan kami. Muka macam seriyes je, tapi hati kuntum. Nampak sangat diorang dah bosan berdiri tegak je depan The Peak seharian, so bila ada orang offer nak ambik gambar terus senyum sampai ke telinga.

- Tetiba ternampak kereta ni kat showroom sana. Ghost?? -
Kami kemudian balik ke Mong Kok dengan menaiki bas No 15 tadi ke Central Pier sebelum mengambil ferry dengan tiket berharga HK2.20 sahaja. Kejap je sampai. Ferry nya pulak rasa macam ferry kat Penang je.

Sampai di HK, terus buat idea tak berapa nak bijak. Naik bas! Konon, nak merasa plus nak tengok permandangan HK through bus. Gigih tilik route bas di signboard tempat menunggu untuk check bas mana nak balik Mong Kok. At the end, merasa makan buah langsat! Sebenarnya bukan sesat sangat pun, tapi disebabkan tak familiar dengan keadaan sekeliling, kami jadi tak tahu nak stop mana. Nasib ada satu couple ni membantu, suruh kami berhenti dekat satu stop yang berdekatan dengan MTR! Kami kemudian jumpa MTR Sham Shui Po, dan carik balik arah untuk ke Station Mong Kok. 

Actually bagi aku MTR kat HK ni senang je. Tak susah pun kalau kita pernah naik LRT kat KL ni. Malahan lagi mudah sebab direction yang disediakan di setiap station sangat membantu. Anak panah mengikut colour line diletakkan disetiap station. Kita hanya perlu tahu station mana yang nak pergi, exit mana dan follow the line. Comfirm takkan sesat.

Bila sampai di Mong Kok, kami sempat lagi redah Ladies Market dulu untuk kali ke 2. Maklumlah sekangkang kera je dengan hostel. Anytime je boleh pergi.

- Mong Kok -
Tengah sibuk shopping, hujan lah pulak. Berlari memasing carik tempat teduh. Aku dah terkedepan dengan Kupha, duk menunggu Hanan & Cik Mie ntah mana diorang menghilang tengah orang ramai nih. Nak balik dulu, memang sia-sia lah dah kalau kunci bilik ada dengan diorang. Last-last nampak dari jauh 2 orang tu jalan terkedek-kedek dengan Hanan di tangan sebelah kanan duk mengheret beg roda kaler biru bapak besar sambil duk sengih-sengih dari jauh. Hamboi, besar tangkapan nampak. Untunglaaa..

Sampai ke bilik malam tu, mandi, makan bekalan yang ada dan sempat lagi surfing. Tengah check email tetiba aku terbaca satu email baru :

Dear guest,

Thank you for your email.

Following the completion of all engineering and maintenance works and annual servicing undertaken on the Ngong Ping cable car system, the cable car service will reopen to the public on 5 April (Thursday). A series of promotion activities will be launched to welcome back our guests to enjoy the breathtaking views of the cable car journey, including “Pogo Jumpathon showcased at Ngong Ping Village” and “Ngong Ping Village Cash Coupon Promotions”. For more information, may we invite you to visit our website at http://www.np360.com.hk/html/eng/front/index.asp.

Should you have any inquires, please do not hesitate to contact us again.

Best regards,
Ngong Ping 360 Limited


--------------------------

Kitorang baru balik dari Ngong Ping HARI INI. Email tu bertarikh HARI INI 4 April; 3.24PM masa kitorang tengah berdukalara melayan perasaan pandang Cable Car tu dari jauh. Tau apa perasaan aku masa tu? Well, aku pun tak tahu apa sebenarnya apa perasaan aku waktu tu. Adakah aku harus membakar Dragon Hostel ini yang tak salah pape pun atau aku harus pergi ke Ngong Ping esok pagi, pergi potong kabel biar Cable car tu rosak balik.

Tapi tu laa.. Orang kata kalau dah memang bukan rezeki kita, kalau dah berada dalam mulut pun boleh keluar balik. Tetapi kalau dah rezeki kita, bagaimana halangan dan ujian melanda, yang jauh dan susah pun masih boleh dapat. Am I rite?

** Tidur dalam kekechewaan **

8 comments:

  1. Ghost tu kete cap Rolls Royce tak silap aku... ko tak jenguk ke tengok rega brape juta HKD ? :D

    ReplyDelete
  2. Jenguk?? Boleh tengok live pun dh bersyukur nih..Haha. Lagipun dah kena gari masuk kandang tu..

    Eh ko agak2 brp HKD agaknya aa?

    ReplyDelete
  3. hahaha... beg biru tu x padan lagi kalu nak isi air zam-zam tu... kena cari beg besor lagi. hehe

    ReplyDelete
  4. Luper nak ambik gambo beg biru. Ada org berminat nak tengok besar mane beg biru Perdana Menteri kita...

    **jeling2 mama Raisa

    ReplyDelete
  5. Hihihihi yeszaaa sy nak tgk beg beso itu hahahah

    ReplyDelete
  6. seronoknya tengok semua gambar tu. memang cantik dan menarik.teringin nak ke sana.hehe

    ReplyDelete
  7. Mama Kauthar (eh tukar nama) : Nak tengok beg besar kena pergi makan ketam kat SK beramai2!

    ReplyDelete
  8. Nurdani : Usaha kumpul duit, Insyaallah sampai lah..
    Hasil kartun yoUnique pun mungkin boleh melaksanakan impian :-)
    Btw, semua kartun awk sgt gojes!!

    ReplyDelete