Thursday, May 3, 2012

:: Mission To China Part 2 - Disneyland

-- Sambungan dari sini --

Hari ni bangun lambat. Motip sangat, itinerary full tapi terhegeh-hegeh bangun pukul 10. Lepas siap breakfast makan nasik goreng segera yang sedap giler, kami terus gerak menuju ke 1st destinasi.

- Disneyland!! -
Dari Station Mong Kok kami transfer ke line Oren di Station Lai King (Adik kepada Leon Lai tapi lain mak) sebelum stop di station Sunny Bay. Dari sini akan ada hanya satu train yang memang dikhaskan untuk ke Disneyland sahaja. Comfirm takkan silap punya!

- Route to Disneyland -
- The one and only station -
Actually kami tak tahu langsung hari ni adalah Easter Day, means penduduk HK bercuti termasuklah para pembantu rumah di serata HK ni juga bercuti! Memandangkan HK ni  dikenali dengan gelaran tempat-tempat orang kaya, so majoriti diorang kebanyakannya mempunyai pembantu rumah yang mostly terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina. Masa on the way kami ke Disneyland ni memang merata terserempak dengan group-group diorang ni. Kadang aku rasa macam bercuti di Indonesia pulak.

- Info penutupan sementara Cable Car ke Ngong Ping -

Sampai di Disneyland, kena menapak jalan kaki untuk ke main gate yang mana terletaknya kaunter tiket masuk. Cuaca waktu ni jangan cakap lah, rasa menyesal giler tak bawak spek itam ngan topi besar kembang semangkuk. Tapi walaupun panas yang mengalahkan Malaysia sampai nak bukak mata pun sakit, tapi posing adalah harus!

- Sweet..tengok kanak-kanak pakai baju ala-ala fairytale utk masuk ke Disneyland -
- Berpusu-pusuan diterjah manusia -
Tiket masuk ke Disney adalah HK170 yang mana kalau rasa nak lagi murah, beli lah melalui hostel tempat anda menginap. Kebiasaannya setiap hostel & hotel ada menjual tiket masuk ke Disneyland, Ocean Park, Ngong Ping, The Peak dan juga lain-lain tempat popular pengunjung dengan diskaun lebih kurang sebanyak 10%. Murah lah sikit dan at least takder lah perlu beratur panjang-panjang tengahari buta.

- Micky Mouse Negro yang terer surfing -
- Kaunter tiket & Directory -
- Mickey mouse yang jadi penyambut tetamu -
Selepas penat merayap kawasan sekeliling dan rasa dah tak tahan panas, kami pun beransur daripada Disneyland dan menuju ke target ke 2 iaitu CityGate Outlets : The first outlets mall di HK. Kami tak masuk pun Disney disebabkan kekangan masa dan kami takder planning nak masuk pun, sesaja memeriahkan suasana.

Kami keluar dan ambil MTR dari Disneyland station menuju ke Station Sunny Bay dan tukar ke Line Oren untuk ke Station Tung Chung. CityGate Outlet terletak betul-betul bersebelahan sahaja dengan Station Tung Chung, exit C.

- CityGate Outlets : Scary muka patung pegang aiskrim tuh -
- Coach bag. Menangis tengok beg kat atas ni. Cun Habis! -
Actually kalau sesiapa yang dah berniat nak datang ke Citygate ni haruslah sediakan duit berkarung sebab sini adalah tempat shopping barang branded tapi murah. Kami macam biasa, ‘beli tingkap’ je lah. Itu je yang termampu. Lepas habis pusing dalam Citygate, kami keluar ke arah pintu utama untuk ke next destinantion iaitu Ngong Ping 360. 


Ngong Ping adalah antara salah satu destinasi yang patut dikunjungi lah kalau datang ke Hong Kong nih. At least sekurang-kurangnya ini adalah tempat di mana kita boleh la nak merasai udara bersih kat HK ni.

Bagi aku sendiri, Ngong Ping ni antara target utama aku datang ke HK ni. Lepas tengok variety show glemer Korea ‘RUNNING MAN’ yang episod diorang shooting kat HK tu, terus je aku rasa teruja. Diorang kena naik Crystal Cable Car nih untuk selesaikan mission! Giler best!

- Ngong Ping cable Car Map -
Jarak cable car ni dari Tung Chung ke Ngong Ping adalah sejauh 5.7km dan mengambil masa selama 25 minit. Harga adalah berbeza untuk cabin yang berlainan. Biasanya ramai yang pilih untuk Round Trip (on Crystal Cabin from Tung Chung and Standard Cabin from Ngong Ping). Dapatlah murah sikit harganya.

Info Harga : http://www.np360.com.hk/html/eng/booking/prices.html

Lantai cable car tu adalah kaca dan aku teruja sangat nak test tahap adrenalin dalam badan aku ni bila naik cable car tu. Hanan cakap kat Langkawi punya cable car pun crystal macam tu gak. Betul eh!

- Agak-agak kalau ketuk dgn tukul pecah tak? (Idea tak brp nak cerdik). Gambar ihsan SINI
Walaubagaimanapun, aku rasa sangat kecewa sebenarnya masa ni. Ngong Ping ni sebenarnya telah ditutup selama 2 bulan start dari bulan Feb lepas untuk construction. Ada beberapa kali aku email diorang untuk tanya tarikh pembukaan balik, tapi yang direply adalah not sure. So terpaksalah cancel impian Cristal Cable Car walaupun kami still pergi gak ke sana.

Ngong Ping ni sebenarnya terletak di western part Lantau Island dan adalah sebuah kawasan yang cantik yang dipenuhi bukit dan merupakan antara tempat yang patut dilawatilah sekiranya anda berkunjung ke HK ni. Kat sinilah terdapatnya patut besar Buddha untuk para pengunjung bukan Islam sembahyang. Besar woo!!  Bayangkan lah tetiba kalau patung besar tu bangun berjalan, memang sah kena panggil team ‘Avengers’ untuk lawan. Koya!

- Punyalah panjang kena beratur -
Memandangkan Cable Car still tutup, kitorang menapak lah untuk naik bas. Ramai giler orang tengah beratur nak beli tiket bas masa tu. Kitorang yang still blur nak naik bas mana satu main redah je turut beratur. Yang pasti memang majoriti yang tengah beratur tu nak pergi ke Ngong Ping. Nasib lah betul. Sambil beratur sambil makan roti bekal yang dah dikapit ngan serunding siap-siap. Lapo ler.

Disebabkan hari ini adalah cuti umum, harga tiket bas nya sedikit mahal lah daripada biasa iaitu HK27. Kalau hari biasa just HK17 je. So sesiapa yang nak berjalan di HK ni sila lah buat survey dan jangan datang pada hari cuti. Memang banyak tempat berbayar yang harga tiketnya adalah mahal pada hari cuti umum termasuk tiket MTR!  

Naik bas selama lebih kurang 1 jam melalui kawasan berbukit bukau, akhirnya sampai. Tak tahulah camner laluan tadi sebab naik bas je terus aku zzzz..Ngantuk giler! Tau-tau je dah sampai Ngong Ping.
- Bukit kat belakang tu berkabus, memang cun! -
- Kabus tebal -
- Tian Tan Buddha. Bapak besar! -
Masa mula-mula sampai, memang akan terus nampak patut Buddha yang sangat besar itu. Kawasan ni memang lawa. Udara pun sejuk nyaman. Toiletnya pun besar tapi tetap takder paip. Teringat satu scene salah seorang kami yang pakai toilet OKU di sini. Dah laa sinkinya kecik, tak muat langsung nak tadah botol air mineral, memang kena bertungkus lumuslah kemekkan botol. Takkan nak tadah pakai tangan! Cukup merana kalau mendengarkan dan membayangkan ceritanya!

Kami kemudian ikut arah orang ramai yang menghala ke main entrance sambil-sambil snap gambar sekeliling. Masuk sini adalah free kecuali untuk masuk ke tempat patung Buddha tadi. Kitorang tak masuk ler, sebab tengok dari jauh pun dah scary, inikan nak tengok dekat. Teringat kat Cik Mie bila masa disuruh tinggalkannya untuk rest kat tepi pintu masuk ke arah patung Buddha tu. Dia tak larat nak ikut kami pusing-pusing keliling. Katanya.. "Takpe, korang pergi dulu. Aku tunggu azan dulu nak solat kat atas nih" Hampeh!

- Warga-warga yang datang nak solat..ehh..sembahyang -
Kami pusing-pusing keliling dan boleh lihat ramai pengunjung yang membakar lidi (betul ke?) untuk sembahyang. Kuat juga lah penangan bau asap terbakar tu. Then, kami beransur menuju ke Ngong Ping Village yang terletak bersebelahan. Memang lawa lah kawasan ni. Tetiba je terpandangkan station cable car kat depan mata. Arghh, kecewa sungguh rasanya, dah datang jejauh tak dapat nak naik!

sambung....

7 comments:

  1. Ngong Ping satu2nya pengubat kechewa di HK. tp tetap kechewa sbb x dpt naik cable car. huhu

    ReplyDelete
  2. Nak tanye sket... kedai2 coach tu, how murah is murah sebenarnye? bleh dapat RM300 ke sebijik? or less?? huhuh... tengah dok wat kire2 berape karung guni duit pokok pisang aku kene bawak nih... hahahahah

    ReplyDelete
  3. Perdana Menteri : Moh kita naik cable car langkawi. Nak ubat kekechewaan nih!

    ReplyDelete
  4. Azra : Motip ko! Pisang berbuah lebat kah?(Mode org dengki nih).

    Aku ingat-ingat lupa sbnrnya. Tapi kalau tak silap purse coach yg kitorang tengok dalam kedai tu dlm range RM400 jugak laa. Sling bag tu haruslah lagi mahal. Tp sumpah aku terbayang2 lagi. Cun habis!

    ReplyDelete
  5. lantai cable car langkawi adalah kaca??aku rasa tak kot..lantai besi ja aku tgk.ker ada Langkawi lain selain kat Mesia?wakaka

    ReplyDelete
  6. Haha..aku xtau.. ada org cakap. Belum di research lagi..
    Maybe pintu tingkap nya ajer yang kaca crystal kot..haha

    Tapi kalau bukan harus kena pergi ke Ngong Ping lagi!

    ReplyDelete
  7. jom la nil, kita naik cable car kat Langkawi.

    walaupun lantai dia tak fully cermin, (cermin sikit) je tapi boleh tahan GAYAT wooo....

    uihhh... lamanya tak g Langkawi.

    ReplyDelete