Wednesday, May 9, 2012

:: Mission To China Part 4 - Macau

-- Sambung dari sini --

Hari ke 3. Hari ni kami nak melabur! Tapi bangun paginya tetap tak berapa nak awal. Ntah kenapa kat HK ni rasa sangat susah untuk bangun pagi. Maybe sebab sangat letih kot. Letih badan bawak beg, letik otak nak fikir pasal sesat, juga letih sebab tak dapat cukup zat nasi! Sehinggakan tilam yang tak berapa nak sedap tu pun terasa macam tido atas tilam vono, walaupun tilam vono pun tak pernah merasa! Dah tak peduli masa tu bunyi bising kereta, bas dan juga suara manusia HK mengamuk kat luar, memang lena tak hengat!

Asalnya dolu-dolu punya plan kitorang ni dari HK nak terus ke Macau untuk bermalam kat sana. Tapi bila difikirkan beban berbelas kg kat belakang, terus tak jadi. So pergi ke Macau dan balik semula ke HK untuk menyelamatkan bahu dari sakit belakang.

- Update berita dulu -
- Cuci-cuci mata -
Selepas breakfast menu sama tiap hari, kami siap-siap turun. Naik MTR dari Station Mong Kong ke Tsim Tsa Tsui Exit A dan terus jalan kaki melalui Haiphong Road sebelum ke kanan melalui Canton Road yang mengambil masa lebih kurang dalam 10 minit untuk sampai ke China Ferry Terminal. 

- Dari Tsim Tsa Tsui Station ke China Ferry Terminal -
Sebenarnya kami tak nampak pun mana terminal tu. Tapi bila dah berada kat negara orang ni, mulut kena ringan bertanya. Hasilnya barulah tau yang Terminal ni rupanya terletak dalam China Hong Kong City Mall di level 2. Tak terjangkau langsung kedudukan terminal tu macam nih.

Kami decide untuk naik First Ferry untuk ke Macau dengan tiket berharga HK151 pergi dan HKD139 balik sebab itu lebih murah berbanding yang lain. Kami terus beli tiket balik siap-siap in case kot tiket kehabisan kang, matilaa duit ciput nak tido kat Macau. Ada je karang yang kena buat part time jaga meja judi. Simpang 44!

- Kaunter Tiket ke Macau -
- Beratur untuk ke ruang menunggu -
- Our ticket -
Actually Ferry untuk ke Macau ni pun biasa je. Macam ferry untuk ke Langkawi. Ramai gak warga emas yang nak pergi ke Macau ni eh. Eh tua-tua pun nak berjudi gak kah? Hutang dengan along banyak kot. Tapi kami sempat merasa guna toilet yang bergoyang-goyang di lambung ombak. Ngeri! Terpaksa nak buat camne. Kan aku dah cakap, perut aku ni excited bila melibatkan perkara berkaitan transportation. Tapi nasib baik ler takder rasa untuk berhadas besar! Naya!

Kami sampai ke Macau selepas 1 jam perjalanan. Di sini lah kisah ngeri bermula. Sebelum ni dah study, bila sampai di Macau naik je bas hotel yang melambak depan terminal. Dengan ulat yang sibuk duk offer pakej diorang, kami ni konon nak naik bas biasa je. Pusing dua tiga pat puloh kali turun naik tangga dari bas ke seberang, dari seberang ke bas...last-last tanya orang. Rupanya Fisherman’s warf terletak berdekatan je dengan terminal. Patut laa pakcik bas pun tanak hantar. Dekat sangat katanya.


Then, kami jalan kaki je, redah. Kalau nak dikutkan, keluar dari terminal, terus je ke kiri, jalan dalam 5 minit daripada terminal tadi akan nampak lah Fisherman’s Warf tu. Lawa! Fisherman's Warf ni adalah 1st theme park yang dibina di Macau. Senibina bangunannya macam ala-ala Greece. Matilaa Greece pun tak pernah sampai.

- Atas, kanan : The Volcano House
- Dibina bercirikan senibina Greece -
- Empty Arena -
- Salve Pago Piscatorum -
Lepas jalan tengok persekitaran, ada lah yang duk cakap perut dia dah buat hal. Tapi nak buat camner kan, lumrah panggilan alam..mana boleh di set time nya. Then kami masuk ke salah satu bangunan Convention Centre di sini. Dan hasilnya...toiletnya adalah marvellous giler! Kalah hotel 6 bintang. Dah lah takder orang. Memang kitorg bermaharajalela je laa dalam toilet nih!

Tiket masuk ke taman tema ni adalah percuma sebenarnya. Tapi kami tak masuk pun, just jalan di luar. Banyak lagi yang perlu dikejar untuk hari ini.

- Atas, Kiri : Entrance. Bwh : Convention Centre -
Habis part tak senonoh ni, kami terus jalan kaki. Tak tahu nak ke mana..tetiba tahan bas berpandukan map yang kami dapat dari ulat di terminal tadi. Bas yang kami naik ni adalah public bas, bukan bas hotel. So, konon laa nak pergi ke ‘Ruins of Saint Paul’. Tapi malang. Ntah ke mana-mana bas ni bawak kami masuk ceruk kampung macam Kampung Cina je rupanya.  

Masa tu hilang segala Casino ke hapa yang nampak depan mata tadi. Dah la waktu tu hujan renyai-renyai. Kami nak redah turun je pun tak boleh. Yang paling sakit hati, kena marah dengan driver yang bercakap dengan kami macam anjing dengan kucing. Kitorg dah cakap nak ke mana, dia tu yang tak paham. Ish, salahkan diorang pulak. Rupanya masa tu dah last station dan diorang suruh bayar lagi untuk sambung jalan sebab kami tak turun-turun.

Adoi, cakap laa suruh bayar, tak payah laa cakap sambil jerit-jerit! Duit aku banyak lagi laaa!! Aku pun jerit gak, tapi dalam hati je. Hampeh! Masa tu memasing stress jangan cakap laa. Dengan cuak ingatkan tiket ferry petang ni dah beli lagi. Matilaa kalau lambat sampai ke terminal.

Then, bas gerak lagi. Masa tu mata memang bukak luas habis laa, tilik mana-mana tempat kol kenal sebab nak turun. Sekali aku ternampak satu bangunan tinggi.

“Situ! Kita turun situ! Aku pernah tengok gambar bangunan tu. Grand Lisboa. Casino tu glamer gak!” Aku cakap laa gitu. Tapi seriyes aku ingat rupa casino tu dan aku comfirm casino tu pun ada bas dia sendiri. Target masa tu nak cari bas casino mana-mana je. Skali bila bas stop, kami pun turun. Panas je rasa hati masa tu walaupun tengah hujan.

Then kami tanya beberapa orang camne nak pergi ke Venetian. Sebab tempat tu lah yang wajib pergi kalau ke Macau ni. Mana boleh tak pergi, jauh datang. Aku nak tengok gak lah camner gahnya tempat tu. Masa tu dalam hati aku (tapi dalam hati aku je laa, orang lain tak tau), aku sanggup je burn tiket ferry 70 hengget tu kalau terpaksa lambat. Eh, belum tentu akan sampai lagi sini lepas ni tau!

Kami kemudian redah carik bas ke Venetian, hasil ringan mulut bertanya. Akhirnya jumpa! Sebak rasa dalam hati bila difikirkan kami bakal sesat terus kat negara orang. Nasib tak kena jual je! Kalau sesat di korea boleh gak feeling-feeling nak buat WWOOF je. Ini tempat mafia-mafia serata dunia! Tak sanggup den nak bayangkan!

Kami beratur untuk naik bas ke Venetian. Masa tu ada jumpa satu pasangan suami isteri dari Indonesia. Mulanya ingatkan dari Malaysia. Cik Mie lah yang mula-mula konfident. “Kompem tu dari Malaysia, tengok tudung dia pakai. Tu kan style tudung baru orang Malaysia pakai sekarang” gituh, ayat Cik Mie. Last-last couple tadi tegur Hanan dalam bas baru laa tau diorang dari Indonesia, datang berjalan kat Macau ni dengan anak diorang sekali. Sempat gak Hanan di interview pasal Malaysia sebab diorang cadang nak datang Malaysia lepas balik dari Macau. 

Tak lama dalam setengah jam, kami pun sampai betul-betul depan bangunan City of Dream yang terletak bersebelahan dengan the Venetian. Wah, giler lawa bangunan ni. Buntang mata sensorang tengok interior dalamnya. Aduhh, kayanya manusia-manusia yang datang buang duit kat sini.

- Limo Hard Rock menyambut kedatangan kami.. :-) -
Habis buat shooting dalam City of Dream, kami terus keluar untuk cari target, The Venetian. Masa tu tengok jam ada lebih kurang 2 jam untuk kami balik ke Ferry. Rushing giler jalan. Sampai Venetian, sekali lagi ternganga. Aduhh..dasat..dasat. Sempat aku snap gambar orang berjudi dari jauh diam-diam. Nampak tak nampak je laa..Sebab dilarang mengambil gambar sebenarnya. Matilaa kalau aku kena tangkap. Huh!

- The Venetian -
- Boys Over Flowers pernah shooting kat sini tau! Huahua -
Sebenarnya pengunjung memang dibenarkan untuk masuk tengok kawasan orang yang tengah berjudi tu tapi tak boleh ambik gambar. Kecuali kanak-kanak di bawah 18 tahun memang tak dibenarkan lah. Memang tak sangka boleh tengok scene berjudi, baling-baling dadu, jeling-jeling daun lawan real, depan mata! Selama ni tengok kat tv je yang diorang duk main menipu, mata saling pandang. Ko tengok aku, aku tengok ko!

- Agak-agak tak cukup duit boleh je nak buat part time kat sini -
The Venetian ni sebenarnya adalah casino plus hotel plus shopping mall. Lepas je tengok sambil lalu, kami terus jalan cari target ke-2. The Gondola! Hajat hati ni memang laa rasa nak naik konon, nak merasa feeling berada kat Venice. Venice laa pulak! Tapi disebabkan masa sangat mencemburui kami, hanya sempat buat photoshoot je. Tapi seriyes lawa dowh, effect sky replicating ceiling tu. Memang bila tengok dalam gambar gugle sebelum ni macam langit real. Ghupa-ghupanya buatan manusia semata-mata.

- Dulu ingatkan ini langit real, rupanya imaginasi belaka -
- Memang cantik giler interior dalam Venetian ni -
Selesai buat tawaf widak, kami bergerak pulang menuju ke ferry untuk balik ke HK dengan hati yang puas walaupun ada sedikit terkilan. Itu dah rezeki kami, terima je lah kan. At least taulah camner rupa The Venetian tu yang selama ni duk bayangkan selama ni.

- Tak sempat nak merasa naik gondola di San Luca Canal -
Kami sampai ke HK dah malam. Sempat jugak laa jeling-jeling mata lalu kat kedai & outlet sepanjang jalan on the way ke Station Tsim Tsa Tsui. Perfume murah wei kat sini. Sempat laa aku sambar sebotol  perfume selepas ulang-alik duk fikir nak ke tak nak. Senyum sampai ke sudah dapat perfume yang dah lama carik.

Sebelum sampai ke hostel, macam biasa bila melalui Ladies Market sempat lagi lah singgah membuang duit yang tak berapa nak ada ni lagi sekali.  Kemudia cepat-cepat bergerak balik sebab kami kena berkemas malam ni. Esok pagi dah kena checkout untuk ke next destination.

6 comments:

  1. Tak ke Senado square... ah ruginya..

    ReplyDelete
  2. A'ah..memang tersangat lah rugi.Banyak tempat tak pergi.
    Tak tahu ler bila lagi ada kesempatan lagi..huhu

    ReplyDelete
  3. bila mengenangkan trip china ni, rasa nak nagis pun ada... byk sangat peristiwa terpilu....

    but... what to do?

    money can't an experience rite!!! ^_^

    ReplyDelete
  4. Perdana Menteri : Tu namanya kita hanya merancang, Tuhan yg tentukan..

    Hadapi dengan senyuman :-)

    ReplyDelete
  5. nanti nak datang sini!!! yeayyy!

    ReplyDelete
  6. John..nnt zoom gambar manusia2 tgh gambling tu banyak2 ye..hr tu xsempat, guard dia mcm dh jeling2 dr jauh! hehe

    ReplyDelete