Friday, May 18, 2012

:: Discover The Rich Cultural & Natural Heritage Part 1 - Miri

Cerita China wa sambung nanti nanti nanti dan nanti...

---------------------------------------------------------------------------

First of all, abaikan tajuk panjang kat atas. Sebenarnya trip ni adalah hasil daripada tiket frust yang mana kami sajer main klik klik AA dan terus rembat beli disebabkan frust tak dapat beli tiket nak ke Beijing.

- Cover buku haruslah bertemakan JYJ bercuti ke Miri..cute okeh! -
Ya, memang takder kaitan langsung antara Beijing dengan Miri samada hidup atau mati tapi itulah hakikatnya. Ditambah pula dengan kegeraman sakit hati tengok tiket yang murs murs, kami pun selamat ler beli tiket yang berharga lebih kurang sama je dengan harga minyak motor untuk dipakai 2 minggu iaitu RM15.50. Tiket bas aku balik kampung melalui jalan darat pun kalau takder pat ploh hengget takkan dapat, inikan pulak meredah laut china selatan.

Status tiket ni ketika dibeli sebenarnya adalah : 'Kalau kita boleh pergi, kita pergi, kalau tak bleh dan tak sempat..aci burn je!'

dan.. itu je level kekayaan aku sebenarnya..takat mampu burn tiket rege RM15 ajer..Huh!

Kami berempat (asalnya berlima) bergerak ke LCCT jam 5.30 pagi. Flight pukul 7.30 dan sampai ke Miri airport jam 10. Sampai sana terus ambil kereta sewa di kaunter kereta sewa HERTZ yang jarak kaunter nya hanya beberapa tapak je selepas keluar dari balai berlepas. Kami terus ambil kunci kereta yang kami dah book online awal-awal iaitu Hyundai Matrix dari staff yang bernama Hafiezal yang hensem yang memang dah ada kat kaunter. Cewah..ingat namanya sekali!

Book di sini : http://www.simedarbycarrental.com/

Harga sewa adalah RM115 untuk sehari. So kami sewa selama 4 hari dan total adalah sebanyak RM480 yakni satu kepala dikehendaki membayar RM115.

- Kereta kami -
Gerak dari airport, kami terus ke Lambir National Park dengan berpandukan GPS. So sesiapa yang berhajat nak tawaf Miri dengan kereta ni silalah bawa GPS sekali ye, kerana GPS tak disediakan kecuali minyak kereta je dikasik penuh tetapi harus dikembalikan dengan isian penuh juga.

Sampai di Lambir, selepas register masuk RM10 sorang dan diberi sedikit penerangan oleh pegawai di kaunter, kami pun redah masuk. Tanpa preparation lengkap, dengan pakai jeans ketat rock kapak, sandal geli-geli, beg gediks-gediks, bekal air bukan bertenaga dan juga hanya beralaskan makan Mcd breakfast sahaja pagi tadi di LCCT, kami masuk redah hutan belantara ni.

- Muka kegembiraan di awal cerita -
- Aper ke pelik nama pokok-pokok nih aaa! -
- Pokok selungsur ni cantik..kaler kekuningan -
Masa ni memang mati-mati asalnya aku ingatkan feeling-feeling tengok keindahan alam kat tepi-tepi dan kat pinggir-pinggir hutan ni je, tapi rupanya hampeh..

- Orang slim bolehlaaa.. -
Mula-mula kami trekking dalam 15 minit, sampai di air terjun Latak. Haiyohhh..lawa wehh! Marah diri sendiri tak bawak baju mandi bikini. Last-last rendam kaki je dalam air jernih sambil bergurau senda dengan anak-anak udang dan feeling-feeling buat shooting aksi air terpercik..

- Air yang tenang jangan disangka tiada anak udang okeh -
- Ni budak-budak degil tak dengar cakap belaka -
- Baru je nak prektis ilmu berenang kat port biru tu..tapi tak dapek -
- Model tak berbayar -
Puas melayan blues di Latak waterfall, kami kemudian sambung perjalanan. On the way ke Latak Waterfall ni sebenarnya ada satu jalan bertangga yang menurut pegawai tadi, akan menuju ke second waterfall. Telinga kami masa tu dengar ala tak dengar je yang pegawai tu cakap ambik masa 3 jam overall.

Selepas lap ta li lap tamplong, kami terus panjat naik. Jalan-punya jalan tak dengar langsung bunyi waterfall sampai kesudah. Penat jangan cakap lah. Dengan seluar tersepit, dengan stock air dah habis, perut lapar berkeriut bunyi, badan pun penat. Bayangkan, pakai vogue kalah K.Melah, tapi lepas turun flight terus redah hutan!  Haiyohhh..

- Sempat bergurau senda dengan semut hutan -
Tengah jalan berhenti kejap-kejap. Nak patah balik macam dah jauh. Ke depan pun tak tahu jauh mana, sebab dalam map yang diberi..jarak map kalau diukurkan dengan jari adalah lebih kurang sama je dengan jarak nak ke Latak waterfall tadi. Rupanya silap!

Dan memang betul pegawai tadi cakap overall ambik masa 3 jam. Pukul 2.45 kami baru keluar dari trek tadi. Dengan hujan kat tengah-tengah jalan dalam hutan. Aku dah terbayang muka masuk paper esok, 4 orang dara comfirm sunti masuk hutan tak kuar-kuar sampai ke sudah! Arghhh..ni agaknya Pn Fatimah bagi izin tak ikhlas kot! Eh, tapi dia memang ikhlas ke pun bagi izin selama ni? Wahh..saper nak jawab tuuu!

- Gigih ikut papan tanda takut terlepas -
Tapi memang aku rasa bersyukur sangat-sangat! Tersangat-sangat bersyukur..akhirnya aku boleh jugak balik ke semenanjung dan duk menaip cerita ni. Memang masa tu sengsorang muka pucat lesi. Hanan ngan mulut tak henti-henti duk berzikir. Dengan badan sengsorang yang dah lembiknya. Ntah lah. Umur kami masih panjang lagi.

Keluar hutan, terus gerak balik ke Bandar Miri dengan badan yang letih giler dan check in di Minda Guesthouse yang terletak di North Yu Seng Road (Saper nak coordinate, sila roger). Kami book bilik 4 orang dengan harga RM20 satu kepala. Murah sangat. Biliknya pun selesa walaupun tandas kena kongsi di luar.

- Minda Guesthouse -
Nasib baik laa Hanan dah book awal-awal kat Minda Guesthouse ni sebab masa kami sampai, di luar pintu sudah tertulis full. Rupanya setiap weekend biasanya kaum-kaum guru yang berasal dari semenanjung yang mengajar di pedalaman Sarawak akan turun ke Bandar Miri dan stay di sini, untuk membeli barang keperluan dan jugak release tension. Akhirnya kami sendiri ni pun dah banyak kali disangka guru oleh staff dan penduduk di sekitar Guesthoust ni. Ada rupa guru ke kami ni? Hancur laa anak murid…

Siap mandi dan solat kami ke pasar malam yang terletak berhampiran Bulatan Park dengan menaiki kereta. Tapau nasik makan di tepi pantai di Luak Esplanade sambil tunggu sunset.

- Our dinner -
Fuhh.. syokk! Memang lawa lah sunset kat sini. Sayang rasanya nak tinggalkan. Kawasan pantainya ni pun sangat cantik dan bersih. Tapi cuma satu je laa. Kat sini banyak anjing. Gerun gak la bila teringatkan kes yang warga tua digigit anjing sampai mati tu.. Ngeri!

- At evening at Luak Esplanade -
- Sesi shooting free, habis pose-pose model terus blah tak bayar! -
- Ciptaan Tuhan -
- Aku suka. Tapi naper bukan aku yg dalam nih! -
- Diorang ni skandel..kat Luak ni baru terbocor rahsia -
- Keriangan kanak-kanak rebina I -
- Keriangan kanak-kanak rebina II -
- Zoom In -
- Oren -
- Yepputa! Cheongmal yepputa!!-
Habis piknik, kami gerak balik. Siap-siap nak tido dan tengok jam..baru pukul 8. Cehh.. Awal giler! Tapi bila difikirkan pasal separuh sesat kat hutan tadi, terus semua jadi lembik. Semua nya nak tido awal. Terus Zzzzzz...

12 comments:

  1. Miri mmg sentiasa dihati aku... the 4 years aku spend kat sane, mmg aku akan ingat sampai bile2... the best 4 years of my working life :>

    ReplyDelete
  2. pergh!!!! segar dari ladang nih!!!!

    ReplyDelete
  3. Azra: Blajar sana eh? Mesti dah expert semua tempat tu kan!

    Perdana Menteri: Segar dari peti ais laaa!!

    ReplyDelete
  4. Sewa kete tu murah sangat kan... Dulu saya pun berurusan dg En Hafiezal...

    Saya tak cover banyak tempat, rasa mcm nak meripit ke sana lagi...

    ReplyDelete
  5. Nil, aku keje kat Miri dulu...dulu umah aku kat area Luak Esplanade tu la.. hari2 layan sunset kat balcony... view yg sangat2 heaven.. i miss those moments...

    ReplyDelete
  6. Mie: Kereta sewa tu berbaloi la..laju je kami merempit..
    Memang banyak lagi tempat boleh pergi sebenarnya..Kitorg pun rushing gak utk completekan iterinary..huhu

    ReplyDelete
  7. Azra: Wahh..lama nya keje sana..ko dh bleh jadi tourist guide la nih kan!
    Btw, mmg sunset situ lawa..dalam setengah jam duk situ boleh nampak sunset tu berubah macam-macam kaler dan view...lawa giler!!

    ReplyDelete
  8. jap, gua konfius, sewa kete 15 hengget sehari ke 150??

    oh jeles dengan ikan bakar.

    ReplyDelete
  9. Sory Acik..RM115 sehari..typo error..

    ReplyDelete
  10. walaupon sekadar tiket frust tp ttp meninggalkan kenangan indah kan...haha..

    i'm waiting 4 part 2.. ;)

    ReplyDelete
  11. terpanjat boboi mula2 baca kete sewa RM15 ko....kalau betul bukan main murahlah trip ke miri ni yek..hihihihi

    ReplyDelete
  12. Lela : part 2 kan dh citer LIVE!!

    Mama Raisa : Saje bg gempak ckp RM15..nk provoke suruh pergi gak! Lalalaaaa!!

    ReplyDelete