Thursday, April 26, 2012

:: Mission To China Part 1 - Hong Kong

Ni Hao? Wo Hen Hao. Ni jiao shenme min zi? Yao mei yao? Zai jian! 

Eh masa aku kat Uitm dulu memang ada ambik subject Mandarin nih. Semua student course aku wajib ambik untuk 3 sem siap ada test berlakon lagi. Aku lulus cemerlang (ada sedikit riak disitu). Tapi actually aku takder niat pun nak amik Mandarin ni, tapi aku harus terima kenyataan yang aku masuk kelas lewat seminggu dan masa tu hanya subject Mandarin je yang still available untuk bahasa asing. Bahasa Korea pun belum ada lagi, sebab Kpop belum bawak dia punya wave lagi. Aku pulak baru je berniat nak belajar 'Arigatogozaimas' disebabkan kegilaan tengok citer Jepun tapi takder rezeki nampaknya.

Tapi aku terpaksa terima dengan redha bahawasanya ayat kat atas tadi je yang aku tau dan masih ingat sekarang ni. Dan juga aku harus terima hakikat even ayat di atas aku tau dan boleh sebut, tapi belum tentu orang Cina kat negara China paham apa aku cakap. That's why aku rasa belajar bahasa Korea adalah 10 kali ganda lagi senang dari Mandarin nih. Asalkan sebut -yo- kat belakang, orang Korea dah boleh paham.

Pada awal bulan baru ni, aku dan beberapa orang yang tak sedar diri yang cerita Guilin masih panas lagi, telah pergi sambung merayap ke sebuah bandaraya yang dikatakan antara yang termahal di dunia.

Aku sebenarnya tak ingat pun bila tiket AA ni berada dalam genggaman, yang pasti rasa sangat tersekat perasaan ketika pergi sebab kami tak fully prepared. Dengan kerja yang menimbun belum dicampur dengan kerja lagho lagi, rasa macam tak cukup masa betul nak buat dan sediakan macam-macam. Lagipun, trip Guilin yang serba-serbi ditanggung beres dan dilayan seperti raja tu masih terasa-rasa lagi membuatkan kami rasa sangat malas untuk mengguna akal melebih-lebih. 

- Abaikan mana-mana ejaan yang silap. Ini cover express namanya -
Flight dari KL jam 6.30 pagi dan kami sampai di Shenzhen International Aiport pukul 10 pagi hari Selasa. Turun dari flight terus naik transfer bas untuk ke terminal. Perasaan masa tu sangat bahagia bila tengok ada bas ni depan mata. Selamat kaki aku. Kena berkira sikit penggunaan kaki untuk trip kali ni. Banyak nak pakai. Nasib baik ada bas transfer. Kat LCCT takder pun, kena jalan semenggah turun dari tangga flight ke arrival. Bayangkan kalau orang tua. Harus bila sampai kat Kastam muka pucat lesi.

Alhamdulillah, urusan di kastam senang je, takder apa-apa masalah yang jadi. Nasiblah beg Hanan yang penuh ngan sambal bilis dicampur sekali bilis untuk dijual in case duit dah susut (aku tipu) tak diusiknya.

Keluar dari arrival..arghh..perut dah bagi hint daa. Ni yang tak best nih. Aku tak tau laa naper, perut aku ni excited beno dengan toilet airport. Mana-mana airport laa. Even jumpa toilet best kat mana-mana selain airport, takder se-excited jumpa airport punya toilet.  Masa pegi Bali dulu, 4 hari stay kat Bali..harammm takder langsung perut aku teruja. Elok je sampai airport untuk balik Malaysia, memang selamat! Nasiblah toilet di Bali still ada paip! 

Masa di Incheon airport pernah gak. Kami tidur di airport pada malam last. Dan macam biasa, disebabkan keterujaan aku dengan kebersihan toilet kat Incheon Airport..aku pun selamat gak. Tapi toiletnya canggih! Siap ada plastic cover lagi. Sempat duk main-main tukar-tukar sesaje sebelum tunaikan hajat. Ye, takyah cakap, aku memang jakun. Tapi merasa bersuci pakai mineral water sejuk gigil fresh dari seven 11 lepas tuh!

- Gambar selingan toilet Incheon -
Dan lain-lain airport lagi. Airport kat Padang, Indonesia pun sama nasibnya. Nasib kat airport Guilin je perut aku agak terdidik. Eh motip cakap pasal toilet sini. Tapi sebenarnya kan, toilet adalah antara perkara utama yang perlu dipertimbangkan kalau pergi ke mana-mana. Botol mineral kosong harus sentiasa ada dalam beg ke mana sahaja pergi di China nih. Haru biru weh hidup tanpa toilet berpaip nih!

So masa kat airport Shenzhen ni, kami berempat cubalah nak guna toilet OKU sebab comfirm ada air di sinki berdekatan. Tapi makcik cleaner tu macam tau-tau je kitorg nak guna. Haruss dia stay je depan pintu toilet OKU tu pandang kami. Aku jaki betul lah ngan makcik tu. Tersiksa jiwa raga jangan cakap la tengok dia duk jelling-jeling kitorg. Terus postpone je. Huh!

Kami jalan kuar dari entrance untuk cari bas. Destinasi kami adalah untuk terus ke Hong Kong dengan menaiki bas no 330 yang menurut blog yang kami baca terletak diluar pintu utama. Tengah-tengah kalut cari bas tetiba ada laa beberapa ulat teksi duk tanya; "Car? You need car? Hong Kong?" Then kami jawab "No. Thanks" beberapa kali. Adalah sorang mamat tu, agaknya dah fedup kot kami taknak terima offer dia, terus duk mengajuk-ajuk cakap.. "No, thanks..thanks" sambil suara sinis ngan mulut terjuih-juih dan muka tak puas hatinya. Siot laa. Awal-awal dah buat kitorg bad impression ngan diorang.. Aduhh, sabo je laa..

Kami terus jalan dan nampak banyak bas di depan main entrance bangunan sebelah..Sebenarnya di sebelah bangunan arrival ni ada lagi satu bangunan besar. Yang building ni adalah untuk penerbangan dalam China mainly macam nak g Beijing, Zhuhai, Shanghai dsb. Pelik gak aku, patut International laa yang lagi besar hall nya. Ni terbalik lak. Itu takat yang aku nampak laa.. 

Then lepas jumpa bas 330, kami pun naik. Memula confius gak sebab nampak banyak sangat bas tertulis no 330 dengan ada huruf disampingnya. Rupanya yang kami nak pergi ni adalah 330 je…takder huruf paper pun didepan atau dibelakangnya. Tu pun nasib baik orang di kaunter tu memang dah boleh agak yang muka berlagak kami ni macam nak ke Hong Kong, terus di tunjuknya pada map…"Luoho..Luoho" katanya.

Harga tiket adalah 20Y (RM10) dan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Luohu. Luohu ni adalah sempadan antara Hong Kong dan Shenzhen. Nak ke HK dari Shenzhen kenalah melalui kastam sini. Tak perlu visa. Cuma kalau daripada HK untuk masuk ke Shenzhen je kena ada. Actually ada train direct ke Luohu sebenarnya. Tak perlu tukar train, harga 9Y melalui dalam 25 station terus sampai ke Luohu. Lagi senang! Tapi memandangkan kami  memang dah decide nak merasa naik bas, so stick to the plan je lah.


Then sampai Luohu. Turun bas, rasa sedikit pening-pening lalat. Tercengang. ‘Eh ni ke Luohu?’ Tanya dalam hati. Disebabkan nampak kitorg macam mamai je tengok keliling, ada seorang pakcik tu duk tunjuk-tunjuk kat satu arah. Rupanya dia suruh kami kearah itu untuk ke kastam untuk ke HK. Kami pun respond balik. ‘Hong Kong?’ Pakcik tu angguk-angguk. Fuhh nasib baik dah betul.

Kami ikut je orang ramai yang berjalan tuju ke satu arah. Dan nampak arah untuk ke border Luohu. Tapi lama kelamaan tetiba sign board tu hilang. Tetiba je kat depan mata ada tangga tinggi. Ah sudahh..mana nak pergi ni? Kemudian aku adalah tanya pada sorang pakcik ni. Tapi sengal aku gi tanya “Customs? Customs?” Pakcik tu tercengang-cengang tak paham. Itu je yang terkeluar dari mulut tetiba. Aku lupa, sekarang dah berada kat China. Bukan Malaysia, bukan Indonesia. Tapi China, antara negara yang tutup facebook dan blogspot dan haramkan Blackberry. Hiyohhh..

Pening punya pening kemudian Cikmie tanya seorang lagi pakcik kat tepi tu. “Hong Kong?” Dia terus tunjuk ke tangga tinggi depan mata tu. Fuhh, nasib baik.

- Masing-masing dengan beg tarik, kami je beg yang tak tarik -
Kami terus panjat tangga tu, dengan separuh nyawa bawak beban kat belakang 10kg dengan beban kan depan 5kg. Kemudian nampak laa berbondong-bondong manusia keluar masuk dari satu entrance dengan masing-masing bawak beg tarik sorang satu. “Wah semua yang datang sini bawak beg tarik laa, kita je backpack!“ dengar satu suara.

Kami kemudian terus berjalan sambil cari arah untuk ke kastam. Dalam hati aku “Matilaa..mana satu pintu nih. Ramai giler orang hari nih!” Dan tetiba terdengar satu suara ; “Apa khabar, apa khabar”  Dasssss! Laju kepala memasing berpusing. Sorang cina jual cover iphone tanya; “Mau pergi mana? dari Malaysia?“ “Yess, Hong Kong!” bulat mata kami jawab. “Owh, Level 2, down there..” katanya. Kami pun senyum-senyum ucapkan terima kasih sebab terkejut dengar dia cakap Melayu. Agaknya dia ramai customer orang Malaysia kot. Tapi thanks laa to him yang baik hati tolong rusa masuk kampung nih.

Kami kemudian turun melalui tangga, pastu mula rasa cuak. Sorang duk cakap.. “Eh, aku nampak kat atas ni lah signboard ke HK” Sorang lagi sampuk, “Abis cina tu cakap turun bawah ni” Then sorang lagi cakap; “Ah sudah, takkan dia saje-saje nak tipu gurau senda ngan kita kot!”


Dengan perasaan tak caya kat cina tadi, kami naik atas balik..jalan punya jalan tetiba nampak signboard.. Foreigner – Level 2. Hah, orang dah tolong tadi tak nak percaya. Merasa turun naik tangga dengan beban selambak.

Sambil kami berjalan dengan excited ke arah pintu untuk ke kastam, tetiba ternampak sebuah gerai buah kat tepi jalan tu..

“Eh, ni buah apa?” sorang tanya. “Rasberry laaa!” sorang lagi jawab. Ye, kejakunan kami terserlah lagi. Siap beli setengah kilo untuk dimakan sambil berjalan. Murah ok. Dalam 10Y je. Banyak pulak tu dapat. Excited sebab biasanya pernah rasa yogurt perisa rasberry je, kali ni dapat merasa pure rasberry. Makan dengan selamber, tak sedar habis mulut, tangan jadi merah. (Rupanya dalam 2-3 hari ni baru tahu itu adalah mulberry, bukan rasberry..huh!)

- Mulberry bukan rasberry -
Kami sampai di kastam, beratur di line ‘Foreigner’ beramai-ramai. Sedar diri ye, selama ni asyik duk panggil orang Indon, Bangla kat Malaysia sebagai foreigner, sekarang diri sendiri yang dapat status tu.

Lama jugaklah tunggu beratur nih. Macam-macam warganegara ada sekali. Masing-masing duk pandang kami berempat sambil berfikir dalam hati ; “Aper lah pompuan ni berempat berkelubung tengahari buta ni, tak panas ke weh!” Gittew..

Urusan kastam kejap je. Takder banyak hal. Cuma officer tu duk tengok muka 3,4 kali kemudian lepas. Agaknya pelik tengok gambar passport tudung kaler lain. Bila tengok tudung yang tengah dipakai sekarang nampak lain. Agaknya lah.

Kemudian kami terus keluar dari pos imigresen dan menuju ke MTR Lowu. Sebelum tu kami beli Octopus Card dengan harga HK150 dengan nilai HK100 dalamnya. HK50 adalah diposit yang dipulangkan kalau octopus card tu dipulangkan balik. Kemudian kami ambik MTR Line biru dari Lowu tukar di Line Hijau, Kowloon Tong. Dan terus ke Mongkok Station. Kami tak check harga dari Lowu ke Mong Kok, sebab konon dah pakai Octopus, best sangat main touch je. Tapi harap maklumlah, MTR Hong Kong ni bukan sedikit mahal, tapi memang mahal! So jangan touch sebarangan. Study betul-betul route MTR tu untuk berjimat.

- Beg saper paling gajah! -
Dalam train sempat lah bukak dictionary Mandarin, konon la nak study. Sekali ada minah sebelah yang dari tadi sibuk membaca, tetiba tegur. 'Where did you buy this book?' Aku nganga. Dalam hati, 'Aku beli kat Popular IOI, agak-agak dia tau ke Popular tu?'

Tapi mulut aku jawab; "At the bookshop in my place". "Owh, Where are you from?" tanya nya lagi. "Malaysia". Owh Malaysia. I'm Aida. This is Mandarin rite? Here we don't use this. We use Kantonis" Terus dia mintak kertas ngan pen dan suruh aku tulis apa yang dia cakap. Dia cakap, aku salin. Kira macam dia buat kelas bahasa lah dalam MTR tu. Terus lah aku tanya macam-macam. Tapi dan-dan masa tu Cikmie suruh tanya apa 'Toilet' in kantonis. See! Toilet sangat penting okeh.

Tapi itu ok lagi la sebab yang paling best lepas tu dia suruh aku sebut balik apa yang dah tulis tu, dia nak record dengan handphonenya. Motip! Nak upload youtube kah?

Tapi aku sebagai seorang foreigner di tempat orang ni hanya menurut perintah je. Habis semua orang dalam tu tengok. Siap 2x buat sebab first time tak keluar suara. Rupa-rupanya Aida ni English lecturer. Mengajar anak-anak foreigner yang stay kat Hong Kong. Student dia dari pelbagai negara; Filipina, Thailand, India. Haruslah video aku tadi nak dijadikan alat bantuan mengajar dalam kelas. Wah!

- Abaikan tulisan buruk dalam train bergerak (salahkan train) -
Kami turun di Mongkok St.  Exit ke Argyle Rd. Menurut info dari Shah_rule, jalan kaki 5 minit ke Sincere House. Tapi bila kuar je dari exit train. Perghhh... tak tahu nak start kaki tu gerak ke kiri atau ke kanan atau ke depan. Semua bangunan tinggi-tinggi depan mata. Then kami redah. Ader la tanya 2,3 orang dengan tunjukkan alamat Hostel Dragon Inn dalam bahasa Cina.

Bila dah sampai tengok takder lah ditulisnya bangunan tu nama ‘Sincere’. Even nama ‘Dragon Hostel’ lagi la tak nampak. Jalan ke hulu ke hilir, tanya orang, rupanya pintu masuk adalah sebelah tepi bangunan. Hadoii, penat ngintai. Ingatkan tangga masuk /lif dari jalan depan dah nampak rupanya tidak.

Kami terus masuk, tekan lift tingkat 7 cari opis. Pada website Dragon Hostel sudah dinyatakan Reminder : 

‘The hostel office is at Room 707, 7/F ONLY. There is a big sign marked 'DRAGON HOSTEL' at our entrance. To aviod staying in counterfeit inn, please make sure you take lift up to 7 floor only. We are NOT 'Dragon inn/ah shan Hostel'. There is absolutely no refund and will be counted for no-show while you stayed in a wrong place’

Hamekk!

Selepas check in dalam bilik cute untuk 4 orang (cutelaa sangat), kami cepat-cepat bersihkan diri, jamak dan lunch nasik beriyani Air Asia. Kitorang dah siap-siap beli 2 nasi beriyani setiap orang atas flight tadi, untuk lunch. Terpaksalah..nanti ntah bila pulak akan jumpa nasik lagi. Bilik ni ok la untuk buat tido. Tak boleh nak harap lebih sangat kat bandar yang mahal nih dah kalau feeling-feeling cuti bajet. Solat pun kat atas katil sambil goyang-goyang.

Masa solat aku dah cuak dah, kot terjatuh ke belakang, saper lah nak sambut. Masa tu kalau nak cakap khusyuk ke tak aku tak taulah. Last-last bila solat magrib malamnya, kitorang terpaksa solat separuh duduk dikatil sebab rasa memang tak boleh lah nak berdiri atas katil tu macam siang tadi. Yang pasti toilet hostel ni memuaskan. Toilet lagi!

- Keributan Hong Kong -
Kami keluar amik MTR menuju ke Hung Hom. Dari Mongkok St Line hijau tukar train di Kowloon Station Line Biru untuk ke Hung Hom St. Tujuannnya, untuk pi beli train ticket untuk ke Guangzhou 6hb pagi nanti. Untuk kemudahan, sesiapa yang nak ke HK ni, cariklah hotel/hostel area Tsim Tsa Tsui ye. Itu yang paling senang laa aku rasa. Sebab sepanjang 4 hari kami duk sini, banyak tempat yang kami pergi memerlukan untuk pit stop di Tsim Tsa Tsui. Plus Avenue of Star pun kat sini, just jalan kaki je. Jimat, tak perlu naik MTR tukar-tukar. Itu yang menyebabkan Octopus Card kitorg susut nilai laju jek!

Sampai di Hung Hom Station..kami terus ke Intercity Through Train Customer Service yang terletak di level  1. Kaunter ni senang je nak carik. Kalau exit dari MTR tu memang akan nampak laa..

Sampai je kat kaunter, kecewa giler! Tiket ke Guangzhou banyak dah sold out lah! Jangankan untuk beli hari ini, untuk 6hb tu pukul 4.30 petang baru ada. Memang kecewa. Dah laa plan larik jauh-jauh! Pastu bincang punya bincang, pikir alternatif lain kot ada..akhirnya decide untuk proceed gak sebab bila pikirkan beban atas belakang ni. Ader lah beberapa agenda di Guangzhou kena tolak tepi jauh-jauh. Huh!

Untuk info ticket dan cara nak beli sila rujuk sini :

http://www.it3.mtr.com.hk/B2C/frmCustomerService.asp?strLang=Eng&strPageName=CustomerService

Lepas dah beli tiket berharga HK190 (RM 70), tengok luar, hari dah gelap. Sini memang siang pendek. Pukul 6 dah nak gelap. Maghrib kat sini adalah pukul 6ptg. Then kitorg tinjau keluar dari station ni. Nampak ada bas bersepah kat luar. Datanglaa idea tak berapa canggih untuk naik bas.

Tanya beberapa orang kat situ, then naik bas tak ingat no berapa untuk ke Tsim Tsa Tsui. Dalam bas masing-masing cuak, agak-agak sampai ke tak ke Tsim Tsa Tsui ni. Dah bagitau dah driver tu tadi, tapi tak tau laa dia paham ke tak. Selang 2 menet, kami tanya. Masuk kali ke 4 nampak tension je muka driver tu. Last-last diam je la..kot kang ada yang kena baling kuar dari bas.


Tak lama lepas tu bas berhenti. Driver tu pun pandang kitorang dan tunjuk depan. Maka turun la kami dengan perasaan ‘ntah betul ke ntah tidak’. Tengok keliling..haaa rasa dah betul dah ni. Nampak ada terminal ferry dari jauh. Kami gerak tengok-tengok keliling, nampak bangunan besar-besar penuh ngan lampu. Yep, memang tepat! Kitorg dah kat Avenue of Star. Tengok jam, pukul 7.30 malam. Ingat plan nak tengok Symphony of Light malam esok. Tapi dah rezeki tersesat kami bleh tengok malam ni..ok gak laa kan.

- Kapal Trademark HK -
- Bangunan yang ada lampu zig zag ni lah yang kena rempuh dalam movie Battleship -

Kami carik port memasing. Ambik gambar sementara nak tunggu show mula. Memang agak ramai jugak laa orang malam ni. Dalam 8.15 show pun bermula. Hebat jugaklaa show nya walaupun kami mengharapkan lagi hebat. Sebelum ni sebenarnya aku ingatkan show ni ada main mercun sekali bagai rupanya tidak. Fully laser dan lampu bangunan dari Hong Kong Island. Tapi memang superb la bila lampu pada semua bangunan tu berkelip tutup padam ikut irama muzik yang dimainkan. Memang hebatla bila tengok diorang control lampu-lampu nih.


Sambil layan lampu, sambil makan coki-coki. Tak sedar tengah duk khusyuk gigit hisap coki-coki ada orang duk pandang. Rupanya ada sorang budak kecik sebelah ni..dari tadi duk tengok kami. Kalau mamat hensem maybe boleh lah kami perasan sikit, tapi bila dah budak bawah umur ni sah-sah dia duk pandang coki-coki tu..bukan kami! Huh!

Disebabkan budak ni hensem.. err,ayah dia yang hensem sebenarnya, kitorg kasik laa sebatang coki-coki. Dalam malu-malu, amik gak ler. Kelakar bila tengok bapaknya yang hensem duk terkial-kial duk gigit nak bukak. Eh, kat Rusia takder ke jual mende nih? Ish ingatkan maju sangat! Merasa lah orang Rusia ni jadi orang ke 5 makan coki-coki depan Symphony of Light dalam Guiness Book Record. 1st hingga 4th? Of course laa kami..

Habis Symphony of Light, kami lepak dulu..merasa udara malam Hong Kong yang entah bila dapat rasa lagi. Tengah lepak tetiba nampak Kupha bercakap dengan seseorang. Dalam Malayu okeh! Dass! Laju je kepala pusing. Rupa-rupanya ada sorang pakcik ni tegur dia. Pakcik ni dari Singapore, keje sini. Dia lah yang duk bercerita pasal HK ni, pasal Night Market kat sini. Dia mencadangkan Night Market yang patut kitorg pergi. Last-last kitorg jadi ikut dia terus, jalan kaki untuk ke Temple Street.

Fuhh, nasib baik pakcik ni ada, merasa lah kami lihat the real Hong Kong waktu malam. Perghh...butik-butik mahal..Dior, Chanel, Coach, LV bersepah kat kat tepi-tepi jalan. Cuma..duit kitorg je yang tak berapa nak bersepah.

- Tiffany SNSD -

Pakcik ni jugak baik hati bawak kami tunjukkan masjid Kowloon dan night market yang dekat dengan station Tsim Tsa Tsui yang bila kitorg sampai dah tutup rupanya. Last-last kami singgah di night market kat depan rumah di Mong Kok iaitu Ladies Market. Meriah dah murah hokeh! Rasa nak beli semua!

- Entrance Temple Street -
Kami just tengok-tengok survey-survey dulu aper yang ada, sebab konon nak g survey night market lain pulak malam esok. Konon nya lah. At the end ada jugak lah beli FM dan baju sebab dah tak tahan godaan. Habis merayau, balik ke bilik, bersihkan diri kemudian sempat lagi layan internet. Aku lupa HK ni bukan China yakni membenarkan FB. So apa lagi...layannn!

9 comments:

  1. Aku setuju la part botol air tu, memang kena ada kat tangan setiap masa. Sebenarnya bukan kat China/HK je, tapi kat OZ ngn NZ pn sama!!! haihhh memang potong!!

    Duduk kat Tsim Tsa Tsui memang berbaloi, sebab metro & train & ferry semua senang heheheh..

    Aku pun suka ladies market tu..cam nk beli je semuaaaaa..hehehe

    ReplyDelete
  2. Na; Tulaa..kitorg tak terstudy part beza Tsim Tsa Tsui & Mong Kok tu..

    Tapi ko ritu ada naik escalator terpanjang tu kan? kan? Aku tak dapet...kecewa giler kalo dikenang-kenangkan..huh!

    ReplyDelete
  3. Nil, part esculator panjang tu usah dikenang2... kang lagi sakit hati dibuatnya. huhu

    * tumpang kechewa

    ReplyDelete
  4. Motip nickname 'PM'?? Bakal pengganti Najib kah??

    ReplyDelete
  5. Escalator kat memana pun sama je, yg penting dpt gi ke tempat2 tumpuan utama.. ye dak..:D

    ReplyDelete
  6. nil, kalu mu nak merasa dpt PM perempuan, undi la aku. hahahaha

    ReplyDelete
  7. Mie : Hehe..saje je..sebab alang-alang dah sampai dari jauh. Lagipun escalator tu free!

    PM : Motip! Adakah Rosm*h akan kasik cita2 tu tercapai??

    ReplyDelete
  8. perempuan berkelubung...hehehhe...kelakar plak

    ReplyDelete
  9. salam dik,
    akak nak tanya laa..
    akak nak pi HK nanti..
    akk nak tanya kat sane kalau kta nak contact malaysia kta kena pakai roaming ye? then awk kata awk layan fb tu gune wifi sane ke?
    caner eak?

    ReplyDelete