Thursday, April 19, 2012

:: Do And Dont's


** Mood nak bercerita kisah jumpe Jay Chou & Bruce Lee masih ke laut.
** Nak tukarkan term 'saya' jadi 'aku' (matilaa macam ader orang kesahh)

Do : Antara latest movie yang ditengok dalam masa terdekat. Silalah tengok cerita kat bawah ni kalau takder keje :
 

1. Battleship
Baru ditengok semalam. Overall aku rasa best. Hilang kejap keserabutan otak dari masalah-masalah zaman purbakala yang jadi kat sekeliling aku ni. Ramai sebenarnya yang comparekan movie ni dengan 'Transformers'. Memang ler, dah datangnya daripada kilang yang sama. 
Dengan kata lain, sama tapi tak serupa. Tapi pada aku, ada gak la part-part yang seakan-akan transformers kekadang, tapi overall, movie ni ada kekuatannya sendiri. Visual grafiknya memang aku kagum sangat. Rasa macam nak masuk je dalam skrin nak join diorang berperang. Ada certain part aku ala-ala cover tutup mata aku ni konon macam tengok Pontianak Harum Sundal Malam. Ya, aku tau aku memang overact sikit kat situ, so jangan kutuk.

Tapi standard citer laa, ada gak yang tak logiknya, walaupun memang dari awal lagi citer ni memang dah tak logik. Even makhluk asing tu gagah dan power canggih punya kapal, macam biasa, Hero Hollywood tetap menang. Cuma sini aku nak komen 1 je. Heronya pendek! Haha..tetibalah kan. Sebenarnya hero takderlah pendek ngat, tapi disebabkan abang kepada hero tu agaklah tinggi, maka nampaklah kependekkan hero. Agak mengganggu jugak laa pandangan mata aku ni. Hehe.. Heroinnya lak bagi aku cun, takder mekap tebal-tebal. Takder la over gediks macam heroin Transformers. Nice je. Kesimpulannya kat sini, aku suka hero jepun nama Kapten Nagata tu. Peace! 





2. The Hunger Games
First of all, citer ni best. Plot cerita memang lain sket, based on best selling trilogy novels daripada Suzanne Collins. Kisah tentang sorang pempuan ni yang kena berjuang dalam 1 games maut "The Hunger Games" untuk gantikan adiknya yang terpilih. So dia ni terpilih untuk wakil districtnya dalam perlawanan kalah mati ini. Diorang kena membunuh antara satu sama lain dan saper yang menang bakal mendapat sumber makanan untuk terus hidup.


Watak utama aka hero cerita ni iaitu Katniss Everdeen ni dilakonkan oleh Jennifer Lawrence yang kalau sesaper layan X-Man : First Class, wataknya sebagai Raven Darkholme/Mystique; shape-shifting mutant yang kaler ijau yang bleh tukar-tukar menyamar jadi sesaper sahaja suka-suka hati mak bapak dia tuh. Umur dia ni baru je 21 tahun. Tapi mantap! Yang pasti, aku suka tengok minah ni berlakon. Best! Tapi rasanya citer ni bakal ada sambungannya lagi. Rasanya lah.


----------------------------------------------------------------


Don'ts : Anyway, jangan sesekali tengok cerita kat bawah nih. Tapi nak tengok pun aku takder laa larang pun. Duit masing-masing kan!

1. Mirror Mirror
Sebenarnya, expectation aku untuk citer ni agak tinggi jugak laa memandangkan aku memang suka tengok citer-citer khayal atau fantasi atau citer budak bawah umur nih. Lagi-lagi Julia Robert yang berlakon. Tapi..ntahlah. Bukanlah tak best langsung, tapi so-so lah. Bila tengah layan rasa macam annoying lah pulak tengok hero dan heroinnya yakni si Snow White dengan si Prince Charmingnya. Macam pelakon yang baru habis grad rancangan Pilih Kasih je. Tapi yang aku bleh cakap, Snow White tu terrrsangat lah cun giler. Kulit putih melepak, dengan mata hitamnya. Ish, anak saper lah tuuuu...





Eh, tetiba aku teringat aku pernah layan citer fantasi Narnia kat MidVal tanpa ada pape info langsung pasal citer tu masa tengok memula. Matlamat hari tu adalah untuk 'tengok wayang' tak kisahlah citer apa. Hasilnya..memuaskan! Kalau tak silap aku layan citer tu sekali dengan si Chawanna masa zaman muda belia remaja dulu. Rasanya lah. Tu yang aku harap-harap cerita Mirror-mirror ni at least boleh lah kasik aku senyum sampai telinga bila kuar panggung. Tapi hampeh.


2. 3 Temujanji
Aku rasa aku dah hilang akal kot masa tengok cerita nih. Padahal sebelum ni dah berkali-kali aku berikrar tanak daa tengok citer Melayu yang ending & overall citernya comfirm akan buat aku rasa nyampah. Ni kes baca review ramai yang cakap citer ni best (tetappp tanak mengaku salah sendiri). Silap aku kot baca review daripada orang yang memang kaki wayang citer melayu. Citer ni bagi aku, nampak sangat nak menunjukkan kegedikkan kaum pempuan yang ntah aku rasa pempuan in real world ni lagi-lagi Melayu Islam takder lah segedik macam tu pun. Tengah duk tunggu citer ni habis tayang, adalah dalam pat puluh lapan kali aku tengok jam, duk kira-kira bilalah cerita ni nak habis.




** Tak sabar tunggu The Avenger. harap tak menghampakan

Ok, itu je. Sekian.

18 comments:

  1. Battleship mmg best... and yes, i couldn't agree more with you.. hero nye mmg pendek... hhahahahha....

    ReplyDelete
  2. Azra : Haha..betulkan..memula ok lagi pendeknya..tapi bila duk sebelah bakal bapak mentua pun dah jelas pendeknya...aku jadi dah sikit bias kat sang hero...haha

    ReplyDelete
  3. Rse janggal sket ble 'saya' betukar kpd 'aku'. Apepon, sempoiiii~

    Saya pon enjoy tgk 'Battleship'. Besssstttt!! *sy pon t'overact gak.. ase cm kapal sy yg kne serang..hoho

    Last but not least...nice header..like it =)

    ReplyDelete
  4. mek lela : motip janggal!
    Kite bertiga mmg slalu overact aper time tgk wayang, buat2 xtau lak...haha

    ReplyDelete
  5. Sudah bertahun lama tak tengok wayang...hua...

    ReplyDelete
  6. Jom laa mama..sesekali melayan..tinggalkan laa kat SK utk jaga zuriat dier barang sejam dua.....hehe

    ReplyDelete
  7. mirror2 tu memang menghampakan. annoying betul tengok hero dia tu. ke laut!!!!

    ReplyDelete
  8. erkk...hanan, mu tgk jgk ke?? haha..nyesal aku! Memang ke lautt!

    ReplyDelete
  9. hooo... aku tengok atas permintaan cik CEO. haha. menyesal tak sudah!!!!!!

    tengok wayang skali harung dengan melatak kat seoul garden!

    terima kasih agung kasi kami cuti, jadi bolehlah kami meronggeng rokiah hari tu! hehehe

    ReplyDelete
  10. Baru pasan da reply..

    Btol la janggal...sbb da bese ngan akk yg sopannn tu - 'org' ngan 'sy' je

    Try r gna 'akk' ngan sy..hehe

    *Can't wait 4 next movie -> 2morrow

    ReplyDelete
  11. Lela : Hamboi...perli nampak!!!

    ReplyDelete
  12. mne ade perli la...ish2 x baik kate gitu taw! =(

    eh, org luper r sok ad rncngn pebret kt tv...uhu..seb bek la rncngn tu ad ulangan..hurm..

    ReplyDelete
  13. Lela : nanti kaku lidah ku kaku kalau cakap akk..huahua..

    Rancangan per? Pilih kasih kah? haha

    ReplyDelete
  14. kaku la sgt...hehe..

    pe brg pilih kasih?! versus la..uish, xdpt nk layan black & parallax ngan Hujan.

    lagu2 Alleycats plak tuh...aduhhh...

    ReplyDelete
  15. Uish..org takder laa tengok versus mnde2 gitu..
    Orang tengok Bersama Ustaz Don je.. :-)

    ReplyDelete
  16. arghhh!! trasa sprti tertusuk lembing si awang...uhuhuhu... T_T

    *trima kasih mnyedarkan

    ...

    ReplyDelete
  17. Hak hak...motipppp!!
    Moh malam esok berjimba-jimba!

    ~tetiba Ust Don kena letak tepi

    ReplyDelete
  18. yeay yeay!!!

    ~The Avengers~

    *boleh plak nk main letak ske2 ati..hehe

    ReplyDelete