Wednesday, March 7, 2012

:: Berguling-guling di Guilin, China - Part 3 ::

-- Sambungan dari sini --

Hari ni bangun awal. Punyalah berat nak bangun daripada mengerekot kesejukan dalam selimut. Tapi betullah orang tua-tua cakap, bangun awal ni rezeki murah. Hari ni kami dapat merasa breaskfast paling heaven sepanjang berada di Guilin ni. Tak lain tak bukan adalah Roti dan Nasi Goreng!

Aduhh, gembira tak terkata bila pandang menu yang disediakan pihak hotel. Siap dengan telur mata, nasi bubur, roti dan jem, kopi dan teh. Baru rasa kemuakkan menghadap menu chinese food 3 kali sehari. Sambil makan sambil duk bising suruh menapau untuk lunch. Al maklumlah, nak jumpa kedai roti pun susah kat sini. So alang-alang ada melambak depan mata, tapau je la. Tapi ada problem. Waiter cute tu duk tengok kami melahap, menunggu kot-kot kami ada memerlukan sebarang request. Malu seh nak menunjukkan ketidakcukupan  depan dia.

- Rezeki kami bleh jumpa makanan di Malaysia. Alhamdulillah -
So kami buat trick. Kejap request tambah gula. Kejap marjerin. Kejap itu, kejap ini. Time si waiter menghilang tu la kami buat operasi menapau ke dalam plastik kat bawah meja. 2-3 orang tukang tapau. Sorang jaga pintu kot ada sesaper datang. Tapi takder lah kami tapau sampai licin pingggan tu. Selerakkan sikit konon kami makan dengan rakus. Lakonan kena mantop! Tapi mesti si waiter tu hairan, camner kami telan makanan yang melambak kat atas meja tu dengan sekelip mata. Haha.. dasar pelahap!

Kemudian, pukul 9.30 kami naik bas untuk ke next destination. Shangri-La. Aduhaii, kalau Sungai Mulong tu dah cukup cantik, tapi Shangri-La adalah double triple cantik! Dengan bunga ala-ala sakuranya serta dengan binaan bangunannya membuatkan kami terasa seolah-olah kami berada di negara Jepun walaupun hakikatnya hanya pernah pakai selipar Jepun. Sangat..sangat..sangat cantik! Wordless!




Kami menyusuri laluan sungai di Shangri-La, sebelum sampai di suatu perhentian. Subhanallah, permandangan disini sangat membuatkan kami terpegun. Dengan permandangan sungai dilatari gunung ganang, tidak puas rasanya untuk kami tatap. Di sini pelbagai kebudayaan mereka ditonjolkan. Dengan aktiviti tarian, menenun, mambuat arca dan sebagainya. Juga terdapat banyak kebun-kebun tanaman. Kami dapat lihat beberapa kebun limau dengan limau bertaburan dibawahnya. Eiii..geramm je nengok. Rasa nak pergi kutip je sumbat dalam beg. Haiyohhh!

Let's enjoy the pict!





- Muka excited nak makan kobis -
- Riang ria rejoice -
- Geng Taliban -
- Kanan bawah - Aksi menyambut lontaran bola hikmat. Aku tak terlibat! hehe -

- Makkk...tanak balikkk!!! -
- One of my favourite view. Syahdu je tengok gambar ni.. -


- Ada gaya Backpackerbusuk tak? Jangan marah ye Fatt kami tiru..Hehe -
- Sekali lagi glove daiso ni suka interprame -
Habis feeling-feeling jumpa Shin Chan, kami ke perkampungan tradisional dan melihat sekitar kawasan perkampungan mereka. Berkumpul dalam bulatan depan unggun api konon sambil mendengar local woman di sini duk bercerita pasal kehidupan dan budaya diorang.  Bagaimana budaya kehidupan anak lelaki dan perempuan mereka yang disediakan dibina bilik sendiri untuk setiap pengantin baru berkahwin. Disini pun ada gak scene lucu terjadi macam scene di lokasi sebelum ini. Cuma scene kali ni agak terkawal. Lucu kalau diingatkan. :-)

- Perkampungan kaum minoriti di sini -
Kami kemudian kembali ke Guilin. Dinner di restoran sebelum kami menapak dalam hujan merayau-rayau di Guilin City. Memang keje giler! dah la hujan lebat, kasut dah masuk air, baju semua dah basah. Tapi still maintain redah usha bandar.

Disebabkan ketiga-tiga helai sweater yang aku pakai dah basah, aku terpaksa beli baju lain yakni baju winter untuk dipakai hari seterusnya. Matilah kalau duk mengharapkan sweater tak berapa nak kalis air yang aku duk pakai selama ni. Nasib baik jumpa satu kedai borong yang jual murah-murah. Aku sempat gak rembat selai baju yang kalernya..mak aiii.. Tapi bila pikirkan yang semua orang di sini pakai winter coat yang bermacam-macam kaler, aku bedal je lah. Bila lagi kan.. nak merasa pakai baju yang warnanya boleh nampak sampai kampung sebelah!

Kami berjalan meredah hujan sampai lah satu tahap baru terasa pinggang dan belakang badan sudah sakit-sakit. Barulah semua beransur balik ke hotel. Maka bermula lah malam tu episod mengeringkan kasut, stokin dan baju yang habis lencun dengan hairdryer kodi cap cina. Sampai jammed hairdryer tu! Nasib ler sempat kering. Settle semua kami terus ZZzzzzzz...

- Hotel ni walaupun best tp kedekut. Kasik cawan je. Sudu takder. Disebabkan lapar, kacau je sup vono dengan berus gigi. Korang ado?? -

7 comments:

  1. aku dapat lontaran bola hikmat tu!!! hehehe

    ReplyDelete
  2. Haha. Kupha dapat gk...tp tinggalkan kat hotel. Motip sgtkan, selepas bersungguh2 wat cubaan melompat!

    ReplyDelete
  3. salam kenal,,,
    wah,,, bestnye guling2 di guilin,,, SUPERB,,,, ok nak rancang g cni gak,,,, x baca abih lagi nih,,, jap gi nak cont... mmg bes aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,,,,, gambaq x boleh blah,,,,
    1) kacau sup ngan brus gg
    2) gambaq copycat backpackerbusuk,,,

    kelassss.....

    tq for sharing,,,,,

    ReplyDelete
  4. Tq Sue,

    Sila lah pergi, blehlaa nnt kirim baju :-)
    Sy pun ingat nak pergi lagi, nk cuba backpack pula..Tapi kena pilih musim gak. Sebab ada pernah tgk gambar, kalau musim panas, tetap cantik. Tapi feel nya lain..

    ReplyDelete
  5. hi! insyaALLAH...akn ke guilin nnt next year. boleh guna as rujukan ni...

    ReplyDelete
  6. John: Next year? Jumpa di sana ye!! Hikss..

    ReplyDelete
  7. hahaha...ada ceriberi tak pas minum vono celup berus gg? sabor jelah...biasala time jalan ni bila tak cukup brg kita kena jadi kretip..aku pun ada kes guna benda tak senonoh...tapi takleh citer...malu gile. lol.

    aku rasa guilin ni byk beza jgk dgn tempat2 yg penah aku pegi di china..mgkin sbb backdrop gua2 batu kapur tu yg buatkan scenery dia extravaganza skit..rasa tak sabar jgk nak pegi ni..isk...

    part gmbr tu no hal lah...kdg2 tpksa buat gmbr begitu sbb muka bersepah2 dlm tenet. hehe..

    ReplyDelete