Saturday, March 3, 2012

:: Berguling-guling di Guilin, China - Part 1 ::

Petikan daripada Ssang Yong; 

'Benarlah kata orang, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri'

Sebahagian dari kata-katanya aku sangat setuju. Tapi kalau aku;

'Aku nak stay dulu, punggah dulu emas tu semua, sumbat dalam luggage AA ambik yang paling large, bawak balik Malaysia, next time bleh pergi lagi untuk punggah banyak kali!' :-)...
Percutian guling-guling kami ke Guilin bermula daripada 25hb Feb hingga 1 Mac. For me, Guilin adalah antara salah satu tempat yang aku paling nak pergi selain ke 'Rumah Allah'. Tak tahulah bila masa dengar nama Guilin ni, tapi sejak duk tilik-tilik gambar scenery kat Guilin ni, hati rasa teringat-ingat sangat.

Thanks to AA kerana mengadakan Guilin di dalam senarai routenya. Tqvm. Pada hari kejadian, kami gerak dari rumah pada jam 3.30 pagi. Flight depart pukul 6.45 pagi. Lepas rushing masuk ke balai berlepas sempat la kami cilok kuar balik untuk solat subuh. Pegawai (Melayu) tu pandang ngan muka tak puas hati je bila kitorg mintak kuar. Motip la kan, mintak kuar nak solat kejap je takkan tak boleh. Kami dah tengok jam ada masa lagi. Sempat laa. Dah la flight insurance tak amik, aku tanaklaa mati katak nanti.

- Guilin Liangjiang International Airport -
Kami selamat sampai di Guilin International Aiport pada jam 11.30 pagi. Kuar dari departure hall, terus ternampak sign board tertulis nama 'Dayah' dipegang oleh seorang amoi yang dah tersengih-sengih dari jauh bila pandang kami. Jumpalah kami for the 1st time dengan Ling binti Yin. Hehe. Tu bukan nama sebenarnya. Tapi nama Cina dia memang Yin dan nama ayahnya adalah Ling. Nama omputih lak Lisa. Berapa banyak nama daaa.. Dia ni non-muslim. Kami ni semua main hentam je duk panggil Ling. Kadang ada gak yang panggil dia Yin. Kira halal je asalkan sebutannya ada 'ing' kat belakang. Kami jugak ada bagi nama special untuknya iaitu, 'Jah'.. in case kalau nak sok sek ngumpat tanak bagi dia tau. Dan dalam loghat ganunya adalah 'Joh'.

Memang ternganga lah si Jah ni kalau kami cakap Melayu depan dia. Dia ni selalu kena buli je ngan kami manjang. Bukan takat bahasa Melayu, loghat ganu pun kami ajar skali. Ajar dia bila amik gambar kena sebut..satuu..dua..tigaa! Kelakar kalau diingatkan balik camner bersungguhnya dia nak sebut word 'something' dengan betul. Asyik-asyik.. "If you have somesing" Masa awal tu nganga gak kami, aper ke mende 'somesing' tuh? Somersault kah? Sian plak dia asyik duk kena buli jek. Tapi dia memang sporting habis laa. Kitorg geng macam dah kenal lama!

- Kami bersembilan -
Actually rombongan berguling-guling kami ini adalah seramai 9 orang. Asalnya 13 orang sebenarnya tapi takder rezeki untuk GBS family join kami. Kami bakal dapat 'adik baru' dan dijangka due dalam 2 weeks lagi. So kami pun tanak lah amik risiko untuk menyambut kelahiran baby pulak kat sini. Kot dibuatnya kalau-kalau 'adik baru' ni keluar kat Guilin, ada je yang dapat nama Muhammad 'Lin Dan' karang.

Anyway, aku sendiri personally memang suka pergi jalan-jalan macam ni, iaitu jalan beramai-ramai macam rombongan Cik Kiah. Bak kata Tom Cruise, 'The more the merrier'. Terasa sangat kemeriahan itu dengan gelagat dan aksi masing-masing yang buatkan percutian ini memang happening! Dan bukan takat flight je yang tak diambil insurans, mulut kami pun sama. Dah alang-alang org Cina duk pandang kami sambil sok sek dalam bahasa diorang, apa lagi, kami pun sama naik laa hentam sound betul-betul depan diorang dalam loghat kami yang paling pekat sekali. Diorang terkebil-kebil je pandang. Lucu kalau pikir balik. Haha

Lepas kuar dari aiport kami terus dibawa oleh Yin ke satu store kedai seperti kem askar gituh. Kat sini kami ditunjukkan dengan pelbagai barangan yang dijual dan diperbuat daripada buluh, bermula daripada pisau yang tajam tak hengat sehingga lah kepada panties wanita. Motip kann, jauh giler kaitan pisau dengan panties tu. Dan adalaa scene kelakar terjadi di sini. Lucu bila teringat.

Then kami terus gerak untuk lunch di sebuah restoran Cina Muslim nama 'Endian Halal Restaurant'. Restoran ni terletak di Chongshang Road dekat dengan hotel kami, Ah Hua Hotel. Mula-mula cuak gak. Tapi okeyla. Lapar punya pasal kejap je pinggan licin. Style Chinese food ni, kita akan dihidangkan dengan 8 jenis lauk dan perlu terus dimakan panas-panas. Setiap lauk yang baru siap akan diletakkan satu persatu di atas meja sehinggalah cukup 8 hidangan. Sampai je sepinggan, terus kami bedal. Sebelum tu sempatla amik gambo 2-3 snap. Lepas beberapa hari nan ado excitednya nak amik gambo hidangan lagi. Sampai je sepinggan, terus licin.

- Sup adalah menu wajib..loya gak lama-lama makan mnde sama je -
Kami menunaikan solat jamak di masjid yang terletak betul-betul belakang restoran tadi. Dari luar tak nampak rupa masjid pun. Bila masuk ader beberapa lelaki sedang berkumpul di meja dan memakai kopiah. Dan yang paling menghairankan, kaum wanitanya juga memakai kopiah. Kami terus masuk sambil tingkahlaku kami tak lepas dari pandangan mereka. Cuak gak sebenarnya. Tapi yang paling tak tahan, tang amik wuduk. Giler gigil wuduk pakai air sejuk. Nak sapu muka 1 kali pun tak tahan, inikan nak sudahkan sampai ke kaki. Biru bibir sengsorang. Tak habis fikir kami semua camner penduduk sini amik wuduk. Kental nya kulit. Tapi rupa-rupanya kami yang sengal. Bila kali ke-3 solat kat sini baru laa tau, rupanya ada paip air panas, tapi kami yang tak berapa nak cerdik g amik wuduk kat air sejuk. Adehh! Pok pale sorang-sorang!
- Masjid Air Sejuk, tak nampak rupa masjid kan! -
- Pose tiup asap tapi asapnya tak nampak keluar -
- kanak-kanak di sini semuanya gemuks2! - 
Selesai solat kami bergerak ke Mulong Lake Park dengan menaiki kenderaan yang memang disediakan untuk kami selama berada di Guilin ni. Di sini kami dapat menikmati permandangan sekitar taman yang sangat cantik. Besar sungguh kekuasaan yang Maha Pencipta. Dengan udara sepoi-sepoi yang sampai ke tulang sum sum ni, rasa sejuk giler! Kami terus berjalan sehinggalah ke hujung taman dan kemudian, kami menaiki bot untuk menyusuri Sungai Mulong. Di tengah jalan, kami boleh nampak one of Guilin landmark yang popular iaitu Elephant Trunk Hills. Sempat la kami pose-pose model fridge 'Samsung' depan trunk tu walaupun sampai sekarang still ada antara kami yang masih tak dapat membayangkan figura Elephant Trunk tuh.


- Mulong Lake Park, sempat prektis jadi penternak burung -
- Her Glove .... -
- View Dari atas bot menyelusuri Mulong River -



Selepas puas mengelilingi kawasan Mulong Lake River, kami pulang dan dinner di sebuah restoran yang betul-betul terletak di hadapan hotel penginapan kami. Kedai tu kami dah kasik satu nama iaitu Kedai Makcik Kerinting sebab rambut tokeinya memang kerinting. Lauk yang dihidangkan pun lebih kurang sama dengan Muslim Chinese Restoran yang kami lunch tadi. Ada ayam, ubi, ikar goreng tepung, sup sayur (wajib), nasi putih dan sebagainya.

Tapi ada laa seorang daripada kami yang gatal tangan pergi selak-selak, kuis-kuis lauk ayam masak kicap tu. Sekali terjumpa kepala ayam yang digoreng bersama. Hah, amik! terus jadi mati selera. Hampeh. Kat sini memang semua bahagian ayam tu dimasakkan sekali dalam satu kuali. Giloss! Nasib aku dah sempat kenyang dulu dan nasib gak aku sentuh sekali je ayam tu sebab awal-awal tadi dah nampak kaki ayam tu. Aku dah la tak makan kaki ayam!

* Nampak tak..kaki ayam yang boleh buat menggaru belakang badan! Yekk! * 
Habis dinner kami terus check in hotel. Cantik bilik kami Jah bagi. Macam 5 star hotel lak rasanya. Harga bilik semalaman adalah 580 yuen as 290 in RM. Mahal gak tuh! Tapi tak tahulah kot Jah dapat murah as a agent. Dalam bilik siap disediakan kondom tau! Al maklumlah, China ni kan kapasiti penduduknya terlampau padat. Tak boleh lah proses penghasilan bayi dilakukan sesuka hati. Jah cerita kat kitorg, limit 1 family kena ada 2 anak je. Macam Jah tu, dia anak ke-3. Parent dia kena bayar kat gomen dalam lebih kurang 100000 yuen. Giler mahal. Terbeliak mata Jah bila kami bagitau ada antara kami ni adalah anak yang ke 10. Haha..nganga dier!

- Guilin City - malam hari-
Lepas check in kami kuar balik, jalan-jalan di sekitar night market berdekatan hotel dengan ditunjukkan jalan oleh Jah. Takder lah jumpa apa-apa yang menarik pun untuk dibeli, sekadar cuci mata je sebab malam masih muda!

22 comments:

  1. sorry baru ade kesempatan nak baca entry guilin.. best gilos! ni masa winter baru2 ni ke?
    snang ke dapat makanan halal~ ke sebab ade jah tolong bawak ek?
    makan range harge camne lak?

    ReplyDelete
  2. Yep, ni masa winter. Kedai muslim tu ader, tapi kena pandai carik la. Masa kitorg pergi tu mmg jah yg carikan. So far kami ada pergi 3 kedai tapi yang Endian Restoran tu je yang kami boleh pergi. Yang lain ader rasa 'kureng' sikit. Tapi satu je. Nak order makan tu kot yg susah. Diorang langsung tak tahu cakap Inggeris. Kami semua guna Jah utk translate

    ReplyDelete
  3. i just came back from guilin last saturday. the scenary really awesome! cantik hingga x terkata ^^ kalau ikot tour guide kitorg(dia non muslim, guilin local)dia kata di guilin restoran halal xbyk, hanya ada 2 shj..wallahulam..
    1 of them is endian halal restoran, yg dekat dgn masjid tu.fud mmg best.owner restoran juga best(owner;soleh, his wife;maryam, and his little son; solehudin).x dilupakan tukang masak yg sgt cool lg kiut,ibrahim(tetiba teringat senyuman dia ^^.hehe).sronok rasa bila kita bagi salam diorg jawab.sebab itu je yg diorg faham..

    ReplyDelete
  4. Yep, cantik kan! Tourist guide kami pun guilin local...

    Kami punkat sana setia pada restoran endian muslim tu gak. Owh, yg tu Ibrahim ye. I just tau nama soleh & maryam je.Sbb Ibrahim nmpak shy dgt..tp dia mmg cute!

    ReplyDelete
  5. boleh dapatkan kontack num kat guilin x. Ini email saya zknaeim85@gmail.com:-)tq

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Boleh tak bg email/contact person untuk local tourist guide tu...email sy -- faiza_82@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Salam.. best baca entry u ttg guilin trip ni. boleh tak share dgn saya local travel agent & contact no/email address agent tu. ni email saya: adlinda@gmail.com. terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Salam..boleh x nak contact no guilin jugak? luvknewrule@yahoo.com..tq so much!!

    ReplyDelete
  9. salam dear..u pakai pakej or sendiri?

    ReplyDelete
  10. Salam maya dhira (nice name)...

    Ni pakai pakej..fully..
    Nnt next entry, baru sendiri redah.. :-)

    ReplyDelete
  11. cantik gambar boleh tahu pakai kamera apa?

    :: anna ::

    ReplyDelete
  12. Salam Anna..

    Saya pakai Nikon D7000. Tapi seriously saya tau guna auto je :-)

    ReplyDelete
  13. salam..boleh emailkan saya contact no agent tu.adawiyah97@yahoo.com
    appreciate u all sgt

    ReplyDelete
  14. salam,,boleh email details tourist guide u? nak ke guilin disember ni.thanks. melliezca@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Awk blh bg saya contact agent or guide tak.

    Mekasih ya...nadz.ramli84@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Salam, nak jugak no agent and contact person. Emel ke ainbie71@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. Salam... saya pun nak juga no contact agent or guide... ucuyana@yahoo.com.my.. pls email me.. terima kasih

    ReplyDelete
  18. Salam..blh bagi contact no agent tu x....sy hargai sgt2... dilamin03@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. Salam..sy pun nak contact no agent di guilin tu. Email sy massns2004@yahoo.com. tkasih..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum bole dapatkn contact agent yg nama "jah" tu tak, ni email saya murabbi_kamaruzaman@yahoo.com..thnks ya..wasalam

    ReplyDelete
  21. Assalam, blh bg akak contact number TA kat sana tu? email akak fahqisfahmi@yahoo.com

    ReplyDelete
  22. Salam.nk no contact tour guide 2 boleh.tis is my email:laylie84@yahoo.com n kalau boleh nk info price for package u ambil b4 tis.plan to go guiling tis raya.tq

    ReplyDelete