Monday, March 19, 2012

:: Berguling-guling di Guilin, China - Part 5

--Sambungan dari sini --
 
Okay, sambung cerita! Sebelum datang ke Guilin ni, bila duk Google kat Internet, taip Guilin, yang biasa dipaparkan adalah pasal Guilin scenery. Taiplah apa saja keyword pasal Guilin kat Pakcik Google tu, for sure lah memang banyak gambar gunung ganang, sungai dan juga tasik yang lawa-lawa maveless tuh. Mostly lah. So, aku memang duk bayangkan yang kitorg nanti bakal berada di kawasan yang ala-ala kampung, yang dekat tepi sungai macam semua tu lah. Kolot kan! Tu laa, buat research tak abis! 

Sebenarnya memang konsep cuti kali ni kami berserah je. Yang kami tahu ialah, Guilin yang bakal kami sampai ini adalah antara tempat yang tercantik di dunia dan yang paling diingati adalah; 'JANGAN LUPA BAWAK KAMERA!' Itu je! 

So, kami memang tak buat persediaan apa-apa pun sehinggalah seminggu sebelum berangkat, baru comfirmkan keadaan weather di sini dengan pihak ejen, En Shawal. Yang pasti diorang duk ulangkali ingatkan kami supaya bawak payung, baju hujan! Bosan dengar perkataan payung tu. Duk terpikir, camner nak berjalannya kalau asyik hujan je!

Kat Guilin ni kitorg stay di downtown area ni lah, iaitu di bandar Guilin yang terletak di dalam Daerah Xiangshang. Untuk pengetahuan, Guilin ni ada 17 daerah kesemuanya termasuk Yangshuo yang kitorang dah pergi hari ke-2 lepas. Jadi ada 15 daerah lagi belum di cover. Matilah, kalau nak khatamkan tak tau lah bile. Dan matilah juga, lain-lain tempat di 15 daerah lain tu sah-sah banyak lagi view-view yang superb! 

Tapi memandangkan kitorang ni semua belum ada company sendiri dan hanyalah kuli je, maka terpaksa lah berkunjung ke spot-spot utama je. So, hari ni kami teruskan our last activity iaitu City Tour. Kami bakal tawaf bandar Guilin! 


Sebelum tu, breakfast macam biasa di Restoran Tibet feveret tu. Feveret lah sangat ye. Maklumlah, duduk kat negara orang, macam ni lah. Takleh nak memilih sangat kalau dah pilihannya memang takder. Yang pasti walaupun dah rasa sedikit muak sebab menu yang sama je, tapi disebabkan pilihan yang tak banyak, redha je lah. Tu pun bila depan makanan, melantak tak hengat kiri kanan. Dah namanya sejuk, rasa lapar je manjang. Tapi buangnya tak..



Memandang kan ini adalah city tour, kami just jalan kaki je menuju ke Banyan & Fir Lake Scenery yang terletak di dalam kawasan Guilin City ni. Tasik ni duduknya tidak jauh dari hotel kitorg. Dekat-dekat je setiap tempat ni. Tapi Alhamdulillah, nasib kami baik hari ni baik. Cuaca hari ini sangat memuaskan lah. Tak hujan dan angin sepoi-sepoi jek. 


Banyan lake ini adalah antara tasik yang tercantik di Guilin. Banyan Lake terletak di West side dan Fir Lake terletak di east side. Lawa tasiknya. Juga dikenali dengan nama Round Lake. Keduanya dihubungkan dengan jambatan dan dikelilingi oleh bangunan-bangunan ukiran lama dan juga beberapa astaka. Yang penting air tasiknya sangat bersih dan biru! 


Fir lake menghadap Li River di timur dan Elephant Hill di bahagian selatan. Di tengah-tengah nya terdapat satu binaan iaitu Menara Tradisional Buddha yang mempunyai 2 warna berbeza; 'Sun Tower' berwarna gold dan silver one adalah Moon Tower.


Kat bahagian utara tasik ni, terdapat satu pintu gerbang iaitu Gu Nanmen. Ia juga dikenali sebagai Ancient South Gate iaitu merupakan pintu masuk ke tinggalan kota lama Guilin. Pintu ni dipisahkan oleh tembok yang dibina semula sepanjang jalan ketika pemerintahan Dinasti Tang. Menurut Jah, ia adalah kota lama dan kita boleh menyaksikan hasil tinggalan kisah lama purba zaman dolu-dolu.  Kami tak masuk pun kat dalam. Lagipun siap bermangga lagi. Just snap gambar kat sekeliling je laa.

- Jah sibuk duk explain, tapi ada makhluk2 ni dengar?? Nan Ado!! -
Dekat beberapa jam kitorang duk menikmati keindahan tasik ni, kemudian sambung terus berjalan ke Zhengyang Pedestrian Street. Kat sini pun ada berderet-deret kedai yang terpampang tanda sale tengah berlangsung. Aku ada gak lah membeli sehelai kain lapik meja makan, buat penyejuk hati Pn. Fatimah. Lawa! 

Mulanya harga yang diletakkan mahal jugak laa. Lebih kurang 380 yuen. Tak mampu den. Tapi dengan kebijaksanaan kami-kami ni semua menawar, dapat lah dalam 140 yuen. Jauh giler beza harganya kan! Semacam je muka makcik tu ngan kami. Haha! Kitorang cuba nasib je menawar. Kalau tak bleh takper lah kan. At the end 5 orang terus beli lapik yang sama. Habislah raya taun ni style sama je setiap rumah!

- Colourfull people! -
Excited jugak lah bila tengok harga baju murah-murah belaka kat sini. Walaupun bajunya memang cantik-cantik semua, tapi kami kena pikir dua, tiga, nam ratus kali jugak la untuk beli. Kalau beli baju style coat/jacket gitu, masa bila lah nak dipakai kat Malaysia nanti. Kalau Malaysia tu ada 4 musim takper gak. So kami just window shopping je laa sambil duk memerhati keadaan dan gelagat pengunjung di kat sini. Tapi best lah kat area Pedestrian ni. KFC, McD, Watson semuanya ada. Agak besar jugak lah kawasan nya. Macam area Sogo lebih kurang kalau kat Malaysia. Syok bila tengok gaya mereka dress up berjalan di sini dengan baju lawa-lawa semua.

Aku ada gak masuk 4-5 kedai kat sini tengok-tengok baju sementara tunggu beberapa orang ahli rombongan yang masuk KFC untuk lepaskan hajat. Murah tu memang laa murah, tapi tang bila tanya harga tu yang lemah. Haram tak paham. Buatnya harga mahal salah paham ingat murah, memang kopak laa nak membayar!

- Zhengyang Pedistrian Street + terowong menuju ke Gu Nanmen -
- Yah + Jah Adik beradik yg terpisah ketika kecil, bertemu kembali di bumi Guilin -
Dari Zhengyang Street kami berjalan terus ke Jin Jiang Prince Palace & Mausoleum. Kami just pose-pose diva kat luar je, memandangkan ianya dikenakan bayaran masuk. Lagipun Palace ni lebih berkisar kepada sejarah tentang Guilin. Takperlah, kami datang jauh-jauh nak tengok permandangan je. Sejarah Malaysia pun tak habis tengok lagi. Abaikan ayat orang yang sudah kehabisan duit itu. Hehe.

Tapi nasib gak tak masuk. Sebab lepas tu aku baca ada yang cakap takder lah berbaloi mana masuk pun. Memang pasal sejarah semata-mata. Sesiapa yang berminat tentang sejarah boleh la, g melawat makam puteri sini.

- Jin Jiang Prince Palace & Mausoleum Entrance -
Kat sini suka sangat tengok gaya kanak-kanak Guilin ni yang nampak sangat bulat bergentel dengan baju tebal diorang. Berlapis-lapis dipakaikan oleh parent memasing untuk elakkan sejuk. Dengan pipi kemerah-merahannya, memang sangat cute lah. Tapi satu je, sini kalau anak diorang nak *berhadas besar*, kat mana-mana je boleh dilunaskan. Kat tepi jalan, tepi-tepi kedai, asal boleh je. Lepas tu, aku jadi sedikit **$#@#* nak sentuh atau pegang atau cuit. Ada sedikit rasa was-was. Bukan sedikit..tapi banyaklaaaa!!

- Budak-budak gemuks yang cute TETAPI..... -
Kemudian kami sambung menuju ke Little Hong Kong, underground shopping yang kami dah datang 2 malam lepas tetapi akhirnya balik dalam kebasahan bermandi hujan. Jah tinggalkan kami di sini, bagi peluang kot kalau ada antara kami yang still ada nak cari apa-apa di underground shopping ni. Banyak baju yang cantik-cantik dan murah, tapi konfius samada akan dipakai atau tidak kalau dibeli.

Kat Little Hong Kong ni lah yang banyak terserempak dengan scene-scene berhadas besar tu. Tengah jalan sambil intai-intai dalam kedai, tetiba je terbau. Dan dan tu gak kami blah. Masuk lorong lain. Sekali terbau lagi. Orang lain pulak. Memang di mana sahaja anak-anak mereka boleh berhadas besar . Tak payah susah payah cari toilet. Tapi bagaimana cara berhadas tu tak sempat dikaji. Nampak tengah cangkung je dan ada bau, terus kami lari sejauh mungkin. Haiyohhh, mood nak shopping pun hilang macam nih! Last-last keluar dari Little Hong Kong dengan tangan kosong sambil terkenang-kenang bauan yang boleh mendatangkan muntah itu. 

Kami balik ke hotel selepas penat berjalan. Sebelum tu singgah dulu di Restoran Tibet untuk early dinner. Belum sampai malam lagi masa tu tapi kami request Jah untuk dinner awal sebab nak balik berehat dan packing barang. See, senang je. Pakai je mulut Jah, untuk request pape. Dinner awal la, tukar menu la, nak jagung lebih la. Banyak songeh! Eh, dah alang-alang pakai agent, kenalah meroyan lebih kan.

- Anak tokei restoran. Nama Solehuddin. Geram tengok budak nih! -
Nasib baik tauke Tibet tu pun sporting. Ikut je apa permintaan kami dengan muka senyum. Dalam hati Allahualam laa. Nasib dia hensem! Haha! Eh tapi memang tauke tu memang suka senyum lah. Umurnya pun muda lagi. Dalam 26 gitu. Wife dia pun baru 24. Wife dia vogue tau. Macam artis Hong Kong pun ada gayanya. Pun ramah macam hasben dia. Dah ada anak sorang. Diorang kahwin awal. Kawin muda katanya.

Dia memang asal dari Tibet, bukak restoran tu pada awal 2011 rasanya. Haa..hebat tak kitorg interview wife dia. Pakai mulut Jah pulak tu. Berbuih mulut Jah kena bercakap double. Dah satu cakap cina kat tokei, pastu translate in English plak dengan kami. Saje je kami dera Jah. Suka! Tapi kami tau yang Jah tu pun suka!

-Tokei - Soleh (tengah), Wife Tokei - Maryam, dua dari kanan (Vogue kan!) & staffnya-
- Maryam & us! Mcm ada iras2 artis taiwan lah si Maryam ni! -
Staff restoran ni yang comel tu plak selalu senyum-senyum je kat kami. Nak bersembang tak pandai. Memang diorang totally out la nak cakap Inggeris. Cakap pakai bahasa Isyarat je. Kalau la kami bleh bersembang, sah-sah la kamceng. Boleh ajak diorang pergi jalan-jalan tawaf city tu free je kot. Tapi nak buat camner, disebabkan masalah komunikasi, kami hanya mampu pandang-pandang, senyum-senyum je la.

Actually kedudukan restoran tu strategic gak. Dah la sebelah tu ada masjid. Sebelah masjid tu sekolah. Sekeliling yang lain semuanya kedai. Sementara tunggu dinner siap, kami lepak luar restoran dulu, ambik gambar dan duk usha budak-budak balik sekolah. Aduh, cute-cute lah diorang nih. Dengan baju warna warni, lari beramai-ramai serbu keluar dari gate.

Actually diorang ni takde uniform sekolah. Jah cakap topi kuning yang diorang pakai tu je as a uniform. Jah tanya kami, nak ambik gambar ke ngan diorang. Dah dapat offer kan, kami yes kan je la. Jah pun tahanlaa beberapa student tadi, tanya boleh ke tak kami nak bergambar. Dapat la beberapa keping pose-pose cute ngan diorang. Tapi memang comel-comel belaka!


Lepas dinner, kami ajak Jah pergi ke pasar tak jauh dari hotel. Ianya macam pasar basah la jual barang dapur semua. Kami ada beli beberapa jenis buah kat situ. Buah durian pun ada. Bapak besar durian sini! Tapi lupa nak ambik gambar durian tu sebab kami tengah excited jumpa buah cherry. Haha sengal kan. Dah tak pernah jumpa sebelum ni. Nasiblaa.. Tapi sedap jugak la rasanya. At least baru la tau camner rasa cherry sebenar.

Kami jalan-jalan kat Guilin ni sambil tutup mulut dan hidung dengan muffler je manjang. Disamping tutup sebab kesejukan, kami jugak tutup sebab nak tahan daripada bau pelik-pelik kat sini. Al maklumlah, ni kan China. Adalah perkara-perkara yang buat termometer loya kami dah sampai limit. Kalau dah tiap-tiap hari jalan kaki lalu di kawasan jual makanan especially yang ada jual 'hidung' tu, memang masak gak laa. 

Tau aper mendanya 'Hidung' tu? Ala, yang nama 'bab' tu la. Kalau dijual dagingnya ajer okeyla kan, walaupun tak berapa okey untuk kami ni. Tapi ader sekali tu aku terrrrpandang betul-betul 'hidung' yang memang hidung bahagian depan tu turut dijual. Mau rasa nak muntah. Menyesal pandang kiri kanan. Biasanya jalan straight je ke depan. Tapi hari tu sekali rasa gatal datang, nak mengusik member, akhirnya sendiri tertengok. Memang uwekkkk!

- Jumpa buah cherry uols! Matilaa jakun.. -
Sini, takat tengok orang meludah selamber depan kita tu adalah sangat normal. Itu adalah budaya diorang kata Jah. Nasib Jah tak meludah depan kami, kalau tak ader nanti Jah yang kena ludah balik. Tu pun sebab dia cakap, dia dah dimaklumkan yang majoriti tourist dari luar tidak suka budaya meludah tu. So dia pun dah termasuk golongan yang berilmu sikit la pasal budaya meludah tu. Tak ke bagus kan Jah ni. Cepat belajar. 


Jah ni dari yang kami duk perati, memang jenis yang suka belajar. Kalau kami cerita atau bagitau tentang sesuatu perkara padanya, dia akan tekun je dengar. Lepas tu dia tanya macam-macam. Dia pun tengah ambik class bahasa Perancis sekarang. Walaupun muka Jah ni blur, tapi cita-citanya besar. Nak pergi travel  ke Europe katanya. Tak main laa macam kita ni pergi yang dekat-dekat dulu, pergi Indon ke, Singapore ke. Dia terus target yang jauh. Bagus Cik Joh weh, nanti jangan lupa belikan souvenir untuk kami ye!


Balik pasar, jalan kaki je balik ke hotel. Sempat singgah jap kat bakery (motip esok nak balik baru tau ada bakery dekat hotel!). Punya lama pilih roti, siap baca ingredient. Last-last disebabkan kecuakkan, kami rembat roti panjang keras kejung yang boleh buat pukul orang tu. Sama je roti tu macam kat Malaysia. Buleh lah untuk dibuat cicah ngan sup vono. Esok breakfast dah tadak. Kenalah habiskan stock sebelum balik Malaysia.

1 comment:

  1. Salam dik.. akak ngan huubby slalu baca ur blog.. even kami pi perth pun ada refer to ur blog ni.. btw.. kami end march ni ke guilin.. boleh share nama agensi si jah tu tak? Email to zainudinjhr@yahoo.com or to me izawaliza@yahoo.com

    ReplyDelete