Saturday, March 31, 2012

:: Berguling-guling di Guilin, China - Day 6

-- Sambungan dari sini --
 
** Last Entry of Guilin **

Hari ni last day, tapi kena bangun awal. Breakfast sendiri je dalam bilik ketua GBS. Owh diorang bawak satu beg beroda stok makanan, takutnya kot-kot kebulur kat sini. Awalnya kitorg gelakkan jugak laa bila tengok beg tu, sebab nampak beria-ia habis. Macam dah tanak balik Malaysia. Tapi at the end kitorang ni jugak dengan muka tak malunya duk melepak dalam bilik diorang, habiskan semua makanan. Hari ni breakfast roti keras yang beli kat bakery semalam (itu je yang ada) cicah sup Vono + Nescafe 3 In 1 + Meggi Tom Yam dan Kari. Superb! Esok boleh breakfast nasi lemak! Yeay! Tapi........ esok kena masuk keje. Erkk! 

Janji dengan Jah pukul 8 kat lobby. Then pergi ke airport dalam jam 8.30. Perjalanan ke aiport mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jah sibuk bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan dalam bas. Aku tertidur kepenatan disebabkan terbangun awal giler pagi tadi. Patut pelik, tengok jam di handphone sendiri macam dah 6.30, rupanya 5.30! Hantu punya kupha, dia set alarm 5.30. Merasa bangun terus mandi air batu. Macam bangun sahur je rasanya. 

Selepas selesai berpeluk sakan dengan Jah yang dah bersedih nak berpisah dengan kami, melambai-lambai tangan, kami gerak masuk ke perlepasan. Kat sini barulaa jumpa orang Malaysia. Tapi semuanya Cina. Grup kami je yang Melayu. Eh, awat orang Malaysia takder nak datang Guilin ni? Datang laa wei! Cantik woooo!



Flight kami depart pukul 11.30 pagi dan kami selamat touch down di bumi Malaysia tanah airku pada jam 3.45 petang. Perasaan masa tu adalah tak sabar giler rasa nak berjumpa dengan toilet yag ada paip! Whoaaa! Tetiba!

The End..

**************************************************************************************


"East or west, Guilin scenery is the best" 


Demikian satu pepatah kuno yang aku rasa agak tepat untuk menggambarkan Guilin keseluruhannya. Aku sebenarnya sangat tak sangka yang Guilin ni mempunyai bandar yang agak besar dan agak moden. Bangunan di sini, walaupun tidak setinggi di KL dan yang paling tinggi pun mungkin tak sampai pun 10 tingkat, tapi kepesatan bandarnya boleh dikatakan sangat menakjubkan.

Menurut Jah, yang tak habis-habis bercerita tentang tanah kelahirannya itu, Guilin lebih pesat membangun dalam tahun 1998 selepas kedatangan President Amerika, Bill Clinton ke sini. "No place in China is more evocative of the beauty of your country than Guilin", gitteww kata-kata dari Bill Clinton semasa lawatannya yang menggambarkan betapa beliau amat mengkagumi Guilin dan juga betapa juga  Guilin memang mempunyai breathtaking scenery yang menakjubkan.

Apa yang aku sendiri lihat, setiap sudut permandangan di Guilin ini seolah-olah seperti  satu lukisan. Para pelukis mungkin akan dapat idea yang mencurah-curah kot sekiranya tinggal kat Guilin nih. Kekadang nampak seolah-olah gambar permandangan kat atas poskad. Dengan gunung ganang yang kaler hijau sebagai background, tasik dan sungainya yang indah, weird cave nya yang cantik dan kadang-kadang dalam masa yang sama nampak macam scary gak. Huh!

Juga beautiful rocks yang merata-rata bersepah boleh dijumpai di sini, memang aku jamin laa Guilin takkan gagal untuk memukau pengunjungnya macam kami ni yang asyik duk pandang kiri pandang kanan, buntang mata sengsorang sambil sengih-sengih kerang busuk sebab macam tak caya dah sampai sini dan boleh tengok mende ni semua!






Tapi itulah, apa yang aku ceritakan tak sama dengan gambar dan  aku tak mampu nak ambik gambar yang serupa dengan poskad tu. Maybe lah kalau Chawanna yang datang ke sini, agaknya boleh untuk kita lihat kebenaran tu.. Mana tau kan! Hehe.. 
Walaupun  aku takderlah menerokai Guilin keseluruhannya yang entah makan berapa hari lama agaknya kalau nak cover, tapi untuk setiap apa yang  aku boleh lihat, dapat hayati, dapat rasai, aku rasa cukup berpuas hati. Terasa kebesaran yang maha Esa. 

Bila aku lihat gunung-ganang di Guilin untuk pertama kalinya selepas turun dari flight tempoh hari, aduhh aku merasakan sangat ajaib kelihatannya. Sangat-sangat. Bayangkan gambaran gunung itu yang seolah-olah berada berdekatan dengan kita dan kemudian ada berlapis-lapis lagi sambungan di kiri, kanan, juga belakangnya yang tidak putus-putus di mana-mana sahaja kami lalui. Bayangkan!
So aper lagi uols, cepat-cepat bermesra bermanja-manja dengan AA! Jangan luper register BIG card okeh. Untung dapat merasa tiket free hasil tukar point BIG card. Till then, daa!



~ Peace ! ~

14 comments:

  1. Wah puas la berguling2 kata Guilin tu ye. Boleh masuk senarai destinasi ni...

    ReplyDelete
  2. Fuhh..mmg sangat puas hati! Kalau bleh tanak balik je..Mmg wajib dimasukkan sangat-sangat dlm list nih :-)

    ReplyDelete
  3. aku nak pegi!! aku nak pegi!!! November / December ok tak yer..? Nak pi Jan/Feb thn depan, plan lain dah menunggu... huhuh...

    ReplyDelete
  4. Rasanya Nov/Dis tu dh masuk musim sejuk..rasa ok kot.view pun agaknya dah cantik..tp kena try tgk suhunya brp laa

    Dasat ko punya plan eh! berderet2 eh...Nnt sial hapdate gambo cun2 hokeh!

    ReplyDelete
  5. wpun dah nak dekat sebulan tinggalkan guilin, tp keindahan nya masih terbayang2 d pandangn mata..acewahh:))
    (ps:suka phrase ni.'East or west, guilin scenary is the best'..terbaik!)

    ReplyDelete
  6. ifaridah : Betul sesangat. rasa terbayang-bayang lagi kelawaan Guilin nih...mmg nak kena pergi balik nih..moh kite! :-)

    ReplyDelete
  7. nil,
    brp ribu point BIG yg ko tukar utk redeem flight ni? byk ke? time promo leh pakai eh?

    ReplyDelete
  8. Fatt.. masa ni aku tak tukar BIG..blum ader lagi..time aku beli ni tiket promo rege RM309 including luggage 15kg return.

    Tapi BIG tu bleh guna tak kira promo ke tak.Asalkan point ko ada je. Kalau tak cukup utk beli tiket, bleh topup dgn cash..walla!!

    ReplyDelete
  9. baru abis khatam citer guilin ko!!!!

    okesss bersemangat den nihhhh!!!

    ReplyDelete
  10. MAs Zubir..bile ko akan pergi eh??

    ReplyDelete
  11. bestnye bajet bp sorang?? semua skali?

    ReplyDelete
  12. Maya..
    Flight : Dlm 300 kot return..dh lupa
    Maya: Total pakej : RM1100
    Tapi ada add on utk ke Liu Sanjie show...Ada mmber beli kt matta fair br ni pakej dlm 700 je..tp xtau lah including bnyk tempat tak

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Sis boleh x emailkan kat saya contact utk pakej yg u amik neh ke add : noralisemyra@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. salam sis.... boleh x emelkan sy tour guide ke guilin ni.. nmaizatulain@gmail.com ... urgent need nak cari tour guide ke guilin......thank youuuu harap boleh bagi contact n pakej dye nampak menarik sangat :)

    ReplyDelete