Thursday, March 8, 2012

:: Berguling-guling di Guilin, China - Part 4 ::

-- Sambungan dari sini --

Hari ni Restoran Endian Muslim aka Restoran Tibet yang biasa kami kunjungi tu tutup. So, pagi ni kami kena breakfast di restoran muslim yang sebelah dengan restoran muslim Tibet tu.

Kedai ni kami selalu je lalu, dan mati-mati selama ni aku ingat ia adalah kedai makan cina! Kedainya sedikit berbau. Bau macam orang tengah memasak perut lembu tu. Perut lembu kan bau busuk kalau tengah direbus! Kami order mi ramen dan nasik goreng. Agak sedap juga lah nasi gorengnya, cuma portionnya sedikit besar. Rasa sayu lak bila tengok nasi yang tak berhabisan. Seriously full already!


Then kami teruskan iterinery kami iaitu naik cable car ke Yao Mountain! Yao Mountain adalah gunung yang tertinggi di Guilin. Yin/Jah dah warning kami suruh pakai baju setebal mungkin sebab kemungkinan suhu sangat rendah. Memang betul pun bila sampai di sana, ramai penjaja duk lelong coat besar for rental. Katanya kat atas sana dah 0 darjah celcius ke bawah. Antara nak dan tanak, beberapa orang dari kami menyewa coat tersebut dengan harga 10 yuen iaitu bersamaan dengan RM5.

Cable car nya adalah yang pesen lama yang bleh naik 2 orang sambil duduk kaki terjuntai ke bawah. Bila dah makin nak sampai ke atas, kami dah boleh merasai kedinginan suasana. Kaki kami yang duk terjuntai tu pun seolah-olah takder. Kebas! Dari jauh kami dah nampak pokok-pokok dan persekitaran di atas Yao Mountain tu yang dieselaputi warna putih. Rupanya kat atas tu memang 0 darjah celcius. Ais dah beku. Punyalah excited kitorg rasa tanpa disedari yang satu badan sudah menggigil kesejukan.

- Kecikk je nampak kepala Yin dalam coat besar gabak tuh -
- Pokok dah bertukar warna -
- Buat kopi ais ni pun sodapp! -
- Aku tak malu mengaku yg aku mmg teruja bleh tengok ais pada pokok. :-) -


Sampai je kat atas, kami terus sibuk berposing dengan excited. Lawa wehhh! Kalau ada bawak milo 3 in 1 ni bleh laa buat milo ais kat atas tu. Tadah je ais kat mana-mana pokok. Huhu.. Scenery kat atas tu pun sangatttt cantik. Ramai gak para pelancong yang kelihatan excited sama seperti kami, tengah meraba-raba pokok yang dah keras ngan ais. Kami  ada terserempak dengan pelancong dari Korea yang dikenali dengan sikap 'friendly' diorang. Memang ramah tamah, tak kira berada di mana walaupun bukan kat negara diorang sendiri. They are soo warm!

- Giler besar baju tu kan! Gagah perkasa je nampak -

Lama gak kami berada kat atas Yao Mountain tu. Bila rasa dah tak tahan sangat dengan sejuk barulah ajak Yin turun. Yin pun muka nampak excited gak. Agaknya selama ni dia bawak orang belum pernah time musim sejuk kot.

- Bawah kiri, geng taliban berbaju askar -
- Kungfu Panda -
Then lepas turun kami gerak melawat ke Silk Store. Bleh tengok camner daripada ulat sutera dihasilkan sutera bermutu tinggi untuk dibuat cadar, comferter dsb. Harganya perghh..tak tahan. Tak dapat la kami nak feeling-feeling beli memandangkan kami ada lah percutian bajet sahaja.

- Mantan PM pun pernah datang melawat sini -
Kami kemudian sambung lawatan sambil belajar ke next building untuk buat Foot Massage. Instructor di sini kebetulan IndoChina. Dia menggelarkan dirinya sebagai doc dan fasih berbahasa Indonesia walaupun ada kalanya aku memang tak paham langsung aper dia cakap disebabkan pekatnya bahasa Indonesia nya.

Selepas bermassage macam tak berapa massage je, kami balik ke Guilin, dinner di restoran Muslim Tibet again. Sebelum tu, Yin ada pernah tanya kami kot ada nak complaint pape pasal food or nak tambah paper. Awal-awal lagi kami dah pesan, so far food is okey but yang kami highlight adalah "please give us chicken without head and legs!" Haiyohhh geli kalau diingatkan. Siap kami reorder lagi menu favourite kami, iaitu jagung tepung yang sedap selain decide nak menu aper untuk esok hari. Berlagak betullah!

23 comments:

  1. Oo ni blog ko ye Nily..hehehe aritu private kan?

    Guilin ni nampak menarik ni, leh aku letak dlm list aku juga nih hehehehe

    ReplyDelete
  2. Hari tu blog lain. Aku dah close, bukak baru...hehe

    Aku g ngan travel agent sbb kali ni mls nk pk banyak..tp nnt ko g backpack ye, nnt nak tiru ko. Aku rasa nak pergi lagi! yeay! hehe

    ReplyDelete
  3. kecik kepala geng taliban pakai baju tebal. hahaha

    ReplyDelete
  4. Yang pasti kepala Joh paling kecik! tenggelam terus! Haha

    ReplyDelete
  5. omg bestnye tengo icicle tuh..... sangat2 lawa....

    ReplyDelete
  6. huhu..best, mmg best...terubat sikit rasa hati pergi korea tak dapat rasa sejuk!

    ReplyDelete
  7. korang tak terasa nak terkencing ke dah sejuk sgt.
    aku yang baca ni pun terasa mau terkencing 10 kali sekejap sebab sejuk walaupun lemak banyak.

    ReplyDelete
  8. Acik, kitorg minum air tak sampai segelas pun sehari...sebab tak gheti nak membasuh pakai wet tissue.
    So merasa laa..balik Malaysia dalam keadaan sembelit...hak hak

    ReplyDelete
  9. korang amik package ngan tour guide mane..? sila bagi pencerahan... hati aku meronta2 nak pegi jugak....

    ReplyDelete
  10. Azra : Aku amik pakej ngan company melayu, jumpa masa matta fair taun lepas..Nnt aku email ko details. Yang penting skrg, book ticket + decide musim dulu!

    Tapi, aku suggest ko pergi sama time ngan aku pergi ni laa..baru feel tengok gunung ganang berkabus! Err, agak2 aku nak join ko nak pergi nnt..nk g lagi skali bleh tak aaa? Hehe

    ReplyDelete
  11. nil, ko email aku ehh... azradiza at yahoo dot com ....

    musim tu harus la musim sejuk... takat nak pi time summer, baik dok dlm mesia jer kan... tak gitu? hahahaha...
    aaaa?? nak gi lagik skali? jom repeat ... aku dah lame target Guilin ...

    ReplyDelete
  12. Azraa : Aku mmg plan nak pergi lagi skali, tak puas rasanya pergi yg baru nih.. Tapi tu laa..ada lagi projek besar lain yg tengah menunggu..kena postponed dulu Guilin Part 2 tu..

    Aku dah email..harap menjawab laa persoalan ko tu ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email pd akak tak contact number package awak tu

      aziraa at tnb.com.my

      Delete
  13. Bestnya...daun pokok disalut ice..miracle

    ReplyDelete
  14. Huuu..mmg best! Meroyan kami-kami ni semua tengok, sebab mmg tak pernah tengok. Subhanallah, Amazing!

    ReplyDelete
  15. saya nak tanya BYK psl guilin. dah byk gak info kt blog awak ni. tp sbb konon2 xnak amik agent, nak email boleh tak? xpon ni email saya farzilla@gmail.com

    thanks.

    ReplyDelete
  16. Hebatlah percutian awak ke Guilin.. suka sangat baca... selamba aje stylenya...terima kasih kerana berkongsi. kebetulan dua minggu lagi saya nak ke Guilin. Saya tak ambik agent sebab saya rasa orang Islam banyak kat situ... Bila baca cerita awak, baru saya rasa suspen pulak sebab takut susah nak berkomunikasi-masalah bahasa... Boleh tolong emelkan saya nombor phone Jah tak atau sapa2 kat Guilin yang boleh jd tourist gd ke: iwati1122@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Iwati : xdelah hebat mana pun..tp disebabkan bercuti beramai2 tanpa sibuk fikrkan iterinery tu yg jadi bercuti tu best...nnt sy email kt awk psl Jah tu ye

    ReplyDelete
  18. Hi Nil

    Nk jugak details psl guide kat guilin ni bole tak? Tgk gambo2 dlm blog u ni ttiba rase nk g sana since AA ade wat free seat on 15th ni mcm nk beli tiket tp still xtau nk g mana masa gugel2 jumpe blog u ni terus bkenan nk g guilin hehehe.
    Lagi better lau u leh share total cost u spend masa kat sana. Thanks ek, my email> annesue46@gmail.com

    SueAnna

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum. masa cik pergi ke guilin tu bulan berapa? TQ

    ReplyDelete
  20. Sawahijao

    Makcik pegi hujung bulan 1....

    ReplyDelete
  21. Hi awak.. boleh tak email saya nazrina@ymail.com utk package ni? saya nak g lagi 2 minggu.. tp saya g 4 hari 3 malam je.. hari last day tu kira dah kena balik dah so tak boleh dah nak buat program. ada 3 hari je kat sana.. so nak kena pilih2 tempat kalau nak g.. leh suggest the best places to go tak?

    -nina-

    ReplyDelete
  22. Salam,
    29/3/2013 - 3/4/2013 saya akan ke Guillin. Boleh tak knlkn kpd sy tour ejen tu? Rs kalau nk main redah takut kekurangan waktu. E-mail kn kpd sy di mjoned@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete