Tuesday, March 6, 2012

:: Berguling-guling di Guilin, China - Part 2 ::

-- Sambungan dari sini --

Kami bangun awal hari ni. Janji dengan Yin jumpa di lobby pukul 9 sebab kami akan ke Yangshuo dan stay di sana selama sehari. Di Yangshuo ini lah terletaknya Li River yang digembar gemburkan serata alam as a Guilin Landmark, must see. Kami breakfast di kedai 'Mak Cik Kerinting' siap dengan tapau sekali makanan untuk dinner kerana kami dimaklumkan oleh Yin, sukar untuk memperolehi Restoran halal di sana.

- Permandangan sepanjang perjalanan ke Yangshuo -
- Masa bas stop isi minyak, ternampak akan gelagat kanak-kanak ini yang bersungguh-sungguh tlg ayahnya membasuh bas -
- Kemeriahan tahun baru Cina masih bersisa -
Perjalanan ke Yangshuo mengambil masa selama 2 jam sambil kami dihidangkan permandangan beratus-ratus bukit bukau yang sangat cantik. Subhanallah! Sangat kagum melihat kekuasaan-Nya yang mencipta begitu banyaknya bukit dan gunung yang dapat dilihat samada jauh atau dekat, berlapis-lapis tanpa putus sepanjang perjalanan kami. Bayangkan betapa banyaknya. Tidak terkira! Sangat cantik permandangan yang dapat kami nikmati. Di depan mata kami sendiri! 

Sebelum tiba ke The Silver cave di Yangshuo kami stop di salah satu outlet premis kesihatan yang menjual batu-batu silver. Memandangkan kami bercuti secara berhemah, kami hanya mampu melihat sajork. :-). Then kami sambung perjalanan ke Silver Cave. Silver Cave ini asalnya adalah gua batu kapur yang telah dinaik taraf dan dijaga oleh pihak kerajaan China sebagai antara salah satu tarikan pelancong. Ianya adalah gua yang terbesar di yangshuo. Ditambah dengan lampu warna-warni yang dipasang, menambahkan lagi keindahan dan kekaguman kami melihatnya.

- Our Ticket -


- One of the best scenic caves in China -
Kami kemudian menyambung ke acara yang ditunggu-tunggu. Li River Cruise! Alhamdulillah, nasib menyebelahi kami. Cuaca ketika kami di sini agak baik, tiada hujan walaupun kekadang terasa rintik halus terkena pipi. Kami dapat menikmati sepenuhnya keindahan Li River yang sangat tenang dan biru airnya dilatari oleh bukit bukau yang...aduhhh. Lawa wehh! Rasa sangat kecil diri kami bila memandang akan keagungan-Nya. Sangat cantik!

Walaupun angin sepoi bahasa dengan gigilnya yang jangan cakap laaa.. kami gagahkan juga diri untuk berada di luar bot, merasai kenikmatan yang tidak tahu entah bila kami berpeluang lagi. Terdetik dalam hati..alangkah bestnya kalau tempat sebegini wujud di negara sendiri!


- Selamber je diorang lepak tepi sungai ni. Agaknya pakai long john 5 lapis kot -
- Lawa kan -
- Cruise jiran sebelah -
- Rilek je burung dia berakit-rakit ke hulu berenang ke tepian -
- Kesejukan, tapi maintain -
- Hrmmm...nak pergi lagiii!!! -
- seriously macam lukisan! -


Selepas selesai tour menyusuri Li River, kami check in di hotel dan makan makanan yang kami tapau dari kedai Mak cik kerinting tadi di bilik tukang masak kami, Ssang Yong and the gang. Habis makan, kami dibawa balik ke Li River untuk menonton Liu Sanjie Light Show di Li River. Nasib kami baik, dapat seat yang best, paling atas di depan VIP seat. Dapatlah kami melihat keseluruhan show yang di persembahkan di atas air ini.

Kesimpulannya show ini memang daebak! Kagum bagaimana ianya dipersembahkan dengan begitu kreatif sekali walaupun dibawahnya adalah air. Sangat kreatif! Hasil google-lan aku difahamkan yang show ini diarahkan oleh Zhang Yimao, pengarah genius yang telah mengarahkan open ceremony for Olympics 2008 di Beijing sebelum ini. Beliau juga telah mengarahkan Chinese movie yang popular; Raise The Red Lantern.

Lebih kurang 600 crew yang melibatkan sebahagian besarnya adalah penduduk local..iaitu pekebun, nelayan dan pemuda pemudi tempatan. Liu Sanjie show ini dipersembahkan setiap malam bermula pukul 8 malam. Memang berbaloi untuk dilihat. Aku tak bawak kamera malam ni sebab awalnya sedikit rintik-rintik. Lagipun Yin dah menghasut bila tengok show ni nanti supaya fokus je. Amik feel, baru best katanya. Katanya laaaaa!

- Masa sportlight memula fokus kt bukit belakang tu pun mulut kami dah takleh tutup dah, nganga je manjang -
- Dasat yang do the task utk gerak-gerakkan kain merah ni. Seriyes Dasatt -
Liu sanjie ni mengisahkan tentang seorang wanita bernama Liu Sanjie, yang mempunyai suara yang sangat merdu. Lagendanya bermula apabila seorang warlord jatuh cinta padanya tetapi pada masa yang sama Liu Sanjie telah jatuh cinta pada seorang pemuda biasa di kampungnya. Warlord tidak dapat terima dan menculiknya sebelum diselamatkan oleh kekasihnya dan penduduk kampung.

 Impression Show, Sanjie Liu, Yangshuo, China
- Gambar daripada TravelPod page. Gini lah keadaan kami masa tengok show nih (sambil pakai baju hujan) -
- source -
Walaupun kami ni tak paham sepatah haram pun dialog para pelakon, tapi persembahan light show ni membuatkan kami sampai feelnya. Dalam keadaan tak faham tuh! Kalau faham nii, ada yang menangis teresak-esak agaknya. Siap segala dengan sportlight yang direct ke arah bukit-bukau as a backdropnya juga nyanyian yang mendayu-dayu oleh para pelakon. Belum part lampu kaler-kaler pada badan para crew yang duk lip lap lip lap anak mami! Lawa gilerr! dan... sooo touching!

Untuk gambar lain daripada kameramang lain, view sini. Kameranya superb..bleh zoom sampai ke lubang idung para crew. :-)

- Bilik kami yang kecik sikit dari gajah, best! -
Habis show, kami terus balik ke hotel. Sempat lagi sebelum tu singgah shopping di Yangshuo Street. Ader lah sikit beli cenderamata kat sini. Banyak gak nite club kat tengah-tengah kawasan ni. Tapi cam pelik lak bila kami ngendap ke dalam club tu sambil jalan-jalan, tengok takder pun yang pakai seksi-meksi. Clubbing sambil pakai winter coat. Haha..macam klakar! Tak bernafsu langsung kalau tengok. Then, kami jalan kaki menapak balik ke hotel. Merasa malam tu tido hotel yang lagi best dari Guilin. Tapi still... nan ado paipnya. Terpaksalah kami pujuk-pujuk sang perut biar sabar untuk sebarang xtvt berat. Haha!

8 comments:

  1. wow guilin, nak sangat pergi tempat ni suatu hari nanti..since ada terjumpe dgn orang kt CHina dia kata kene pergi tempat ni, no 1 most beautiful..

    yang spotlight tuh cam scary pun ade memalam..

    ReplyDelete
  2. Yep, sila pergi. View dia mmg superb!

    Yang sportlight tu sbb kamera xberapa nk sharp..malam kan..amik gmbar pun xberapa pandai...tapi mmg terpegun tengok.

    Sambil tengok sambil duk terfikir-fikir camner lah diorang boleh buat show sebegitu cantik. Atas air pulak tuh!

    ReplyDelete
  3. Cantik gila gua kat situ! Ok must visit!!

    ReplyDelete
  4. Tapi aku tgk mcm sama je ngan gua tempurung yang ko pergi hari tu. Cuma yang jadi cantiknya kat sini lampu kaler2 dia yang lagi menyerlahkan gua nih

    ReplyDelete
  5. oh,nampaknya Yao Mountain sgt best.siap ada ais lg kat pokok2 tu. hari tu kitorg x pegi pun :(( Yao mountain kat guilin atau young shuo?
    (ps:awak punya gambar sgt cantik!! suke! pakai kemra apa.hehehe)

    ReplyDelete
  6. Naper tak pergi Yao Mountain? Rugi lor! Ia terletak kat Guilin

    Ni pakai Nikon D90. Tapi adik punya. Dan ketahuilah yg sy hanya tau snap aje..tak reti langsung psl teknikal lain...haha

    ReplyDelete
  7. naik cruise tu yg bamboo raft ke atau yg bot besar tu?

    ReplyDelete
  8. Anoy: Kitorg naik bot yg mcm dlm gmbar no 11 tu..tapi ada bertutup semuanya. Kalau yg tak bertutup mcm gmbar tu xtau laa...beku habis satu badan kot

    ReplyDelete