Monday, January 30, 2012

:: Xpdc Bukit Puchong ::

Semalam adalah hari yang ke-8 join xpdc hiking kat Bukit Puchong ni sejak 3 minggu lepas. Kami start naik jam 8.15 pagi dan sampai bawah jam 9.45. Rasanya kali ni macam fit je, takder la sesemput masa hari Jumaat lepas. Masa Jumaat hari tu coach kitorang siap kena hulur batang kayu untuk tolong tarik naik sebab rasa pancit giler! Masa tu kalau diorang nak gerak dulu tinggalkan kat tepi hutan tu, akak rela! By the way, kami yang join xtvt hiking ni ada coach sebenarnya. Beliau muda belia remaja lagi, sajer tolong jadi peneman makcik-makcik yang cepat pancit nih :-)

Pagi weekend macam ni ramai orang yang naik, Chinese especially. Kalau sorang-sorang saya berani pergi rasanya, sebab jumpa ramai orang yang berselisih. Tapi tu la, bila fikir keselamatan diri rasa kecut pulak. Tapi seriously pergi weekend memang best! Takder rasa terkejar-kejar waktu sangat.

Tapi tujuan diwar-warkan cerita hiking ini bukan untuk riak ataupun highlight kan total no 8 tuh. Tapi nak bagitau, even dah masuk 8 kali.. naper lemak-lemak mahal ni belum lagi nyah daripada saya punya kg! Stress hokeh! Punyalah sekali panjat berpeluh memercik sampai ke buku lali, tapi kg nya still maintain. Agaknya disebabkan add-on makan segala jenis makanan masa balik kampung last week kot. Camner aa? Rasa macam dah kurangkan makan. Ke penimbang yang silap? Huh!

Balik hiking, kami pergi jjcm ke Pasar Tani Shah Alam. Balik pasar, lunch nasik then pergi derma darah kat Puchong Indah. Demmm! 1st time saya tak lepas untuk menderma. Reason :: Iron dalam darah tak cukup. Apekebende Iron tuh?? Baru google tadi, iron tu rupanya yang tolong bawak aliran darah dalam badan. Kalau tak cukup camner nak derma. Nanti kita akan pitam, anemia, rasa loya semua tuh. Patut laa rasa semacam je sekarang. Rasa pening-pening, sebu perut. Nak tambah iron :: makan pisang, epal, daging, ayam, ikan yang berminyak seperti sardin..WHAT? DAGING? AYAM? PISANG????

Nyah jauh-jauh weighing scale!!!



By the way, kat atas ni adalah saya punya kasut hiking yang dah lama tapi baru 1st time digunapakai. Feeling-feeling sebelum ni nak carik kasut mahal biar best sket hiking tapi ongkosnya nan ado. Kasut ni adalah kasut menoreh getah dan biasanya memang digunakan oleh para pendaki untuk hiking. Tak perlu kasut mahal-mahal, masuk dalam air basah gak. Tapi yang ni memang superb! Rugi tak pakai lama dulu. Rege hanya RM7 boleh dibeli dikedai-kedai hardware yang berhampiran. Harap maklum.

6 comments:

  1. semoga kita sama2 kurus...amin...
    Ish! x kabor awal2, skit jemari kaki sy pkai kasut baru yg harap je lawo...tp nyeeeeee....merana.. T_T

    ReplyDelete
  2. ala..boleh je beli lg satu... 7 hengget je..nnt org tlg topupkan singgit

    ReplyDelete
  3. yeahhh....ad org nk top upkn singgit...ble nk carinyee?? hehe

    ReplyDelete
  4. biler2 pun bleh nak p carik. Kedai hardware blakang opis ni bersepah ler!

    ReplyDelete
  5. jom la carik t...akk, huhuhu...kete org da carek ag...T_T jom tman g polish lunch ni..

    ReplyDelete
  6. baru baca komen..hehe..hr ni bz..nk g carik bleh je..nnt leh g hiking weekend nih!

    ReplyDelete