Monday, January 16, 2012

:: Pengat Durian Restoran Sri TTDI

Psst, nak bagitau ni..pengat durian kat Restoran Sri TTDI ni sangat lah sedap. Cukup pekatnya, cukup manisnya, cukup juga isinya. Terbaekkk! Kami bertiga dah makan satu mangkuk lepas makan nasik. Kemudia siap tapau bawak balik lagi. Pastu letak dalam peti ais, makan tengah sejuk. Perghhhh!
Notakaki : Susah gak nak kaut banyak-banyak durian masuk dlm mangkuk nih
Lagi satu, laicikang nya pun sangat best. Susah nak jumpa laicikang yang best ni. Biasanya ade je bahan yang tak cukup. Tapi kat sini, siap ditaruh kurma cina. Uish, kurma cin mahal oke. Tapi sedapp!

Notakaki : Ni kurma cina kering. Banyak khasiat nih


Nak rasa? senang je. Lokasinya berdekatan dengan Politeknik Shah Alam. Tapi atas sikit. Terletak di area shoplot opposite Masjid TTDI (opposite jalan besar). Kat sini biasanya dihidangkan lauk pauk tengahari yang juga superb. Tapi 1 je, lauk walaupun dihidangkan awal, tetapi nasinya akan dikeluarkan pada jam 12.30 tengahari. Hehe..So, selamat menunggu nasi, dan selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment