Wednesday, January 25, 2012

:: Pavlova + Apple Crumble ::

Pavlova lagi! Dah nak wat camner, tukang buat kek kat umah ni masa buat tengah falling in love dengan pavlova. Jadi kami yang suka ambik kesempatan ni, kena laa puji lebih-lebih sket..last-last dapat makan free. Terer tak! Tapi kali memandangkan konsep raya cina bakal menjelang, Pavlova dihiasi dengan limau mandarin dan dikawankan dengan buah-buahan lain termasuk, anggur dan kiwi. Verdict? tetap menten rasa marbelles!

Tapi kali ni saya plak yang dipaksa masuk dapur untuk buat Apple Crumble. Dah lama tak buat tu. Belek-belek resepi dalam internet jap, then paksa bapaknya si Nuha carik Apple kat 'Hock Kee Seng' (Ader korang tau Hock Kee Seng tu apah?). Sejam kemudian...taraaa!




Siap my apple crumble. Makan lak ngan aiskrim Walls Selection Double Dutch yang maha....aduss...nikmat giler! Kalau gini laa..cuma cakap..Camne saya boleh diet kalau duk kampung haa!!!

By the way, ini resepi Apple Crumble. Simple je..

Bahagian crumble: 
Mentega sejuk – potong kecil
Tepung (kuantiti agak-agak saja)
Satukan mentega bersama tepung, ramas/picit/gosok-gosok (saya tak tahu perkataan yang paling sesuai) dengan hujung jari hingga ada rupa crumble/ketulan halus.

Masak di atas api sederhana:
Epal yang sudah didadu
Kismis / sultana
Serbuk kayu manis
Gula perang

Bila epal lembut, tuang ke dalam bekas pyrex dan ‘tutup’ dengan crumble.
Tabur sedikir gula perang dan bakar.
Sedap dimakan dengan aiskrim atau begitu saja.

2 comments:

  1. mu masak sndr ke? aku nak order...haha

    ReplyDelete
  2. Apple crumble tu aku wat laa..pavlova aku tukang makan je..

    Eh apple crumble tu senang je..Mu bleh wat sambil tengok tv aper!

    ReplyDelete