Sunday, January 29, 2012

:: Korea - Day 4th

-- Sambungan dari sini --

Kami bangun awal macam biasa. Semalam tido agak nyenyak. Aku tumpang tido bilik adik beradik Ira & kak, sebab malas nak panjat tido katil tingkat belah atas. Lama dowh tak tido katil double tingkat atas. Rasa macam tak biasa plak. Kat bilik adik beradik, kami tido berbentangkan toto je. Bilik diorang takder katil. Best tido!

Lepas bangun siap-siap, konon malam tadi dah plan, jumpa kat bawah ngan semua orang pukul 7.30 pagi. Tapi hareemmm...takder nampak saper-saper pun lagi. Diorang blum bangun! Aku terus kejutkan semua bilik dan tetiba...lapo! Aper lagi, buat bfast; Masak megi, sup vono, keluarkan roti, serunding. Time ni kena habiskan semua stock yang memberatkan beg. Bila semua orang dah siap, kami terus gerak. Tapi bila tengok je kat luar....hujan! Habiss! Camner plan hari ni? Baru je excited nak panjat Sorak-san..hrmmmm...

Then, kami ambik keputusan..dah alang-alang sampai..proceed je la. Gerak je dulu. Masing-masing dengan baju hujan, baju tebal, redah hujan selamber je. My camera aku dah bungkus, balut siap-siap letak dalam beg sambil peluk beg galas kat depan, takut terkena air. Kamera mahal wehh..mati kena bayar ganti rugi kang. 1k pun belum tentu ada, ni nak bayor 4k! Memang takk la.

Then terus kami gerak pergi ke bus stop seperti yang dah ditunjuk arah oleh Mr Yoo semalam. Sebelum tu sempat stop kejap di kedai 'Pakcik Sedara' untuk beli rain coat untuk yang belum ada memandangkan hujan seakan tak nak stop. Rain coat...ada laa dalam RM2 selai.. Alaa yang nipis pakai buang tu je.

- Seorak san - It's Raining! -

Then lepas semua dah ready, kami jalan kaki sampai ke bus stop..lepas tahan bas, tanya...baru laa tau dah silap arah. Rupanya kena tunggu di arah bertentangan. Tengah hujan masih tak berhenti, kami lintas lagi jalan. Macam orang tak betul je kalau tengok kitorg masa tu. Dah la sedondon semua pakai tudung, jalan kaki beramai-ramai, tengah-tengah ujan pulak tuh.

Lepas dah naik bas, dalam setengah jam gitu, kami sampai di kaki gunung Sorak. Ramai gak orang datang walaupun hujan renyai-renyai. Masing-masing semuanya pakai rain coat. Berwarna warni. Cun plak tengok. Then kami beli tiket cable car berharga 10000W sorang. Jalan kaki dalam hujan menuju ke station cable car, then lepas dah sampai turn..kami naik. Cantik bila tengok permandangan keliling on the way naik ke Sorak walaupun dalam berkabus.

Bila dah sampai ke station cable..kami dapati ramai yang menunggu je kat sana. Masing-masing tak dapat naik ke atas. Ruginyaaa rasa! Kami mulanya try jugak laa redah...tapi suku je. Just ambik gambar kat bahagian Sorak yang still ada tangga. Tak dapat nak pergi lagi jauh, takut jatuh & jalan licin. Kecewa tu memang kecewa. Jauh kami datang, tapi nak buat camner kan...Takder rezeki namanya....

Selepas dalam 2 jam kami lepak kat cable station, kami turun. Still, bila sampai bawah hujan masih blum stop. Kami balik terus, then naik bas. Plannya nak merayau kat bandar sokcho. Dalam bas masa tu penuh ngan ajumma ngan ajusshi yang juga baru balik dari Sorak. Diorang senyum-senyum tengok kami beramai-ramai yang bertudung ni. Ntah diorang pikir kami ni agak-agak sesat dari mane ntah. Diorang cuba nak bercakap. Tanya sepatah dua. Memang diorang ni ramah dan baik hati laaa.. Bila ada diantara kami yang nak bangun offer seat, bersungguh-sungguh ajusshi tu tahankan kami tak nak bagi bangun. Diorang suruh kami duduk je.

Kami stop kat bandar Sokcho yang bersebelahan laut. Bila nampak laut je terus kami stop turun. Memang konsep hari tu redah je..sebab plan Sorak kami dah spoil! Pastu lepas turun, redah jalan dalam hujan, feeling-feeling nak cari landmark 'Autumn In My Heart'. Jumpa hokeh signboard tu, tapi yang di tepi jalan besar je. Nak jalan terus ke arah jetty dalam keadaan hujan lebat...seriously tak dapat. Hujan beserta dengan angin kuat sekali. Terhuyung hayang kitorang jalan kaki sambil peluk tubuh. Kat Malaysia pun tak pernah redah dalam hujan camtuh. Tetiba je kat Korea dibuat kerja giler!

Then, kami sambung jalan macam orang tak betul...lamaa sebab ingatkan macam dah nak sampai kat guesthouse rupanya jauh lagi. Dalam setengah jam barulaa lepas tu rasa nak tahan bas. Hehe..kalau diingat balik memang betul-betul kerja giler. Kami kemudian tak lama, terus stop bila dah nampak deret kedai-kedai kat bandar sokcho. Sebab Za nak beli seluar. Seluar yang dia pakai tu dah terkena anjing dekat Sorak tadi. Nasib baik ader jumpa kedainya.

Happening hokeh kawasan bandar ni walau bandarnya kecik je. Butik Skinfood, Faceshop...banyak lagi kedai kosmetik ada di situ. Kami siap shopping bagai..beli perfume, masker, lotion...haha..padahal baru lepas redah hujan..
-The House Hostel-
Dah habis melabur duit, pakai balik rain coat..sambung jalan kaki untuk balik ke guesthouse kami. Then, bersiap-siap segala..mandi..keringkan kasut, stokin, lunch (menu habiskan stock) kemudian kami terus ke bas station yang letaknya tak jauh dari tempat kami. Tiket bas untuk balik ke Seoul kami dah siap beli awal-awal semalam. Bas pukul 5 petang ke Seoul berharga 15000W seorang.


Kami gerak ke stesen bas Sokcho jam 3.30 petang sebelum naik bas untuk ke Seoul. Sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang 4 jam, kesemua kami tak sedarkan diri...dengan erti kata lain...krohhhhhh! Tau-tau, rasa sejukk je kat luar, dan nampak gelap je susasana. Sampai je di Seoul...fuhhh...memang betul-betul sejuk! Angin kuat hampir nak terbang. Kami keluar daripada bus station then tanya beberapa orang lalu lalang...terus kami sampai ke subway station. Dari situ kami cari line untuk ke Seoul Station. Di seoul Station kami sempat singgah habiskan won di Lotte Mart. Lotte Mart ni aceli shopping complex di sebelah Seoul Station yang takder laa berapa besar sangat. Ala-ala pasaraya The Store kalau kat Malaysia nih. Kami sempat beli buah peach yang besar gabak, nasi korea dan jangan tak tahu, ada yang sempat beli bb cream lagi... :-)


Abis shopping, lebih kurang pukul 10 malam kami terus gerak ke Incheon Airport. Memandangkan time flight kami adalah tak berapa cantik iaitu pada pukul 8.25 pagi esok dan kami takut tak sempat nak kejar masa, kami terpaksa tido di airport. Merasa kami pengalaman tido di aiport yang nasib baik besar, best dan cantik ala-ala KLIA nih. Aku siap merasmikan toilet airport dengan membeli 2 botol air mineral ni mini mart yang sejukkkk giler! Menggigil nak pakai okeh tapi memandangkan aku tak reti menggunakan wet tissue, aku gagahkan diri gak. By the way, toilet airport sini sangatttt bersih. Duduk lama pun no hal! Yang paling best, toiletnya siap ada plastik lapik tempat duduk yang boleh ditukar secara automatik bila ditekan button. Memang comfirm bersih laa! Yakin bersih!


Kami sampai di Malaysia pada jam 2.45 petang waktu malaysia.  Muka sorang-sorang berseri-seri walaupun dalam hati menyumpah dengan beban belakang berkilo-kilo tuh. InsyaAllah, kalau diizinkan Tuhan, aku ingin datang lagi ke Korea. Bukan hanya disebabkan k-pop, tapi bagi aku Korea mempunyai keistimewaannya sendiri. K-pop hanyalah additional things. Walaupun masa kami sangat singkat berada di bumi Korea, yang pasti, kena datang baru tau rasanya!

9 comments:

  1. whoaaa!! bnyak nye pic. Rse t'dorong nk g sne da ni. Best2!!

    ReplyDelete
  2. Gambar beribu...sebab tu terpaksa crop..Nnt nak g jgn luper ajak org skali!

    ReplyDelete
  3. okay! g lagi thn depan ea..org support singgit sehari..huhu

    ReplyDelete
  4. aslmkm.
    great recaps! could u give tips, do's and dont while in korea? it's gonna be my solo trip so am kind of nervous. thanks!

    izzah.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Izzah..

    Tq for the comments. For me Korea is one of the most peaceful countries I've ever been. Rasa sgt suka ler & maybe akan ke sana lagi.

    Solo trip? Wahh..sgt awesome!!

    Do & Dont utk Korea adalah simple..
    1- Sekiranya tau just a little bit bahasa Korea akan beri sedikit kelebihan. Diorg terrrsangat excited bila dengar kita berckp bahasa mereka wpun sedikit & xberapa nak betul..tp no worries..skrg dh ramai Korean yg tau speaking. Mereka sgt willing to help tp tak semua.
    Terutama yg tak pandai, cuba menjauhkan diri..bkn sombong, tp maybe mereka segan sbb tak pandai nk ckp!
    2- Jgn buang sampah merata2. Korea adalah negara yg sgt bersih. Susah nk carik tong sampah.
    3- Masuk rumah kena bukak kasut. Sometimes, restoran pun
    4- Sila cuba makanan Korea (yg yakin halal) tap jgnlah mkn sebarangan. Study dulu tmpt/restoran yg nak pergi. Korea terkenal dgn style yg bedal makan apa shj, takder pantang larang!
    5- Exercise kaki siap2..banyak tempat di korea menggunakan kaki esp subway...fuhh
    6- Bangunan di korea xberapa tersusun. Sukar jugak laa nk carik tempat. Sila study details tempat yg nak pergi, dgn map utk memudahkan. kalau ada HP canggih lagilah sgt membantu
    7 -Jgn lupa bwk tisu/botol air ke mana2 :-)
    8 -Beware sekiranya berjln tgh mlm..Minum arak dan mabuk adalah budaya mereka. So mmg ramai yg akan jalan smbil mabuk2 pd waktu mlm.
    9 -Korea sgt updated utk part technology & gadgets. Mostly semua tempat ada wifi termasuk dalam train & subway.
    10 -Sila cuba coffee di sana. Kedai coffee boleh dijumpai dimerata2 sepanjang jalan.
    11 -Kalau rasa sesat tanya je sesiapa..Tak rugi..Silap hb akan dihantar sehingga ke depan tangga!

    Maybe itu je kot buat yg terlintas buat masa skrg.. Harap membantu. Jangan lupa utk cerita version solo trip nnt ye!!

    -niL-

    ReplyDelete
  6. slm,sori nk tya..korg bwk bckpck je ke korea kn?amek check in baggage x?

    ReplyDelete
  7. Mazura: A'ah, bawak backpack...ambik luggage sbb tiap bag tu siap ada bakal makanan sekali..so berat jadi lbh krg 10 kilos...so harus terlebih...

    ReplyDelete
  8. Been there last 2 years...seriously, mmg memorable.. next time klu awak p sane lg, try makan kt muree restaurant kt Itaewon..dia restoran halal...owner Korean, tkg masak Indonesian..serius sedap.. street food y ktorg brani try tteobokki and odeng je la..tp b4 dat kan tanye ape ingredient dia..btw, coffee prince cafe 2nd location dia dekat2 dgn hello kitty cafe..

    ReplyDelete