Sunday, January 29, 2012

:: Korea - Day 3rd

-- Sambungan dari sini --

Hari ni kami bangun awal sebab ada agenda penting yang perlu dicapai. It is Winter Sonata's Day! Hari ni kami bakal menjejak kaki ke lokasi drama yang antara punca bermulanya kekecohan k-pop merebak ke serata dunia. Nami Island, we are coming!!

Anyway, walaupun tempat ni dah basi sebab dah terlalu ramai manusia serata dunia sampai, tapi memandangkan kami yang jakun belum pernah sampai, ia tetap tak basi bagi kami. Kami nak jugak tengok sejauh mana cantiknya pokok-pokok pine kat Pulau Nami ni, walaupun bila tengok sekali lalu rupa pokok pine dengan pokok rhu yang bersepah kat Malaysia tu takder pun beza sangatnya. Eh, pine tu rhu eh? (Garu-garu kepala)

-On the way to Nami -

Pagi ni selepas semua dah siap, kami angkut beg yang dah semput dengan hasil rampasan semalam dan terus menuju ke Station Myeodong untuk ke Cheonggyanni Station (3800W). Then kami amik train terus ke Gapyeong Station (12000W). Kemudian kami amik bas menuju ke Ferry Jetty dengan beg berat nak mampus besar gabak atas belakang ni. Bayangkan dengan membawa berbelas kilo setiap seorang, kami jalan kaki berpuluh kilometer. Aduhh..Tapi disebabkan semangat punya, tak kisah langsung pasal beg tu.

Kemudian, bila turun dari bas, kena jalan kaki dalam 200 meter kemudian kami terus simpan beg di locker kat building kaunter ticket ferry ke Nami. Settle semuanya, kami terus carik Zip Wire. Sebenarnya, inilah target kami datang ke sini. Nak merasa naik Zip Wire nih. Harganya boleh tahan AGAK mahal laa. Dalam 39000W iaitu bersamaan dengan RM 117. Tapi apa salahnya merasa sekali seumur hidup.

Bila baca kat internet experience orang lain mencuba ZipWire ni, rasa berkobar-kobar plak nak cuba. Lepas bayar tiket, kami kena menunggu turn sebab ada beberapa orang lagi sebelum kami yang sama tengah menunggu.

- Zip Wire.. Daebakkk! -
Bila dah sampai turn kami, kena naik lif untuk ke atas, then..baru terasa cuaknya sengsorang. Bila pandang bawah...fuhh..seram sejuk gak. Ader salah seorang antara kami dah pucat lesi dah. Dia dari awal-awal masa kat Malaysia lagi dah cakap tanak naik, tapi disebabkan kami semua naik, dia terpaksa mengikut majoriti. Kami naik berpasangan. Maksudnya setiap trip kena berdua sebab ada 2 kabel. Kalau nak senang, biar sama berat sebab bleh sampai sama-sama kat Nami. kalau tak, nanti ada yang terkedepan, ada yang terkebelakang.

Verdict Zip Wire? Fuhh..memang hebat. Walaupun hanya selama 2 minit je terbang macam Sugar Glider, tapi perasaannya sangat best! Mula-mula rasa gak seram sejuk, tapi lepas tu rasa riak pulak bila tengok ferry lalu bawah kaki kitorg. Betapa rasa mulianya kami sekejap. Haha.. Sambil terbang sambil feeling-feeling lambai orang dalam ferry ala-ala Miss Universe. Bila sampai je kat Pulau Nami, fuhh...jelas terbayang muka puas hati semua orang. Senyum je manjang. Zip Wire memang daebakkk lar!

- Sugar Glider tengah terbang -
Sampai je kat Nami, rasa panas matahari dah terasa. Maklumlah, dah tengahari. Ramai gak orang masa tu. Tapi best. Kadang ada angin sepoi bahasa. Kami jalan-jalan tinjau-tinjau kawasan dulu sebelum sewa basikal untuk tawaf pulau. Kami berlapan, so sewa 4 buah basikal. Syokk...kayuh basikal keliling pulau. Nampak port cantik, stop ambik gambar. Tapi seriyes, pulau ni cantikkk sangat. Best nya kalau kami datang musim salji, baru boleh rasa feeling-feeling Kang Jung Sang ada depan mata.

- Winter Sonata First Kiss beserta dengan samplenya sekali :-) -
- Nami Island. Weols dah sampai! -
Bila dah habis pusing Nami, kami kembali ke jetty dengan menaiki ferry. Terpaksa bersemuka lagi dengan beg berbelas kg tu. Kadang bila difikirkan akan beg tu..mengeluh jugak laa seposen dua. Haha

Settle semua dengan beg, kami naik balik bas tadi menuju ke Gapyeong Station. Sementara menunggu train untuk ke station Chuncheon, kami sempat berkenal-kenalan dengan 2 orang budak Korea. Sweet sangat diorang. Yang sorang boleh speaking, yang sorang lagi duk malu-malu kucing. Boleh la kitorg sembang bahasa ayam itik asalkan faham..siap tanya pasal k-pop lagi kat diorang. Kemudian kami siap lepak duduk atas lantai train bersama-sama lagi! Mulanya diorang macam segan-segan. sekali kami kuarkan Maggi, biskut sume bagi kat diorang..haa amik! Terus berubah. Terus excited. Orang lain dalam train pandang je tengok kebisingan kami. Tak sedar diri buat macam duk kat Malaysia..padahal...heh!

- Sorang pandai cakap, sorang lagi control hensem. Bakal bintang k-pop nih -

Kami sampai di Chuncheon station 1 station selepas 2 orang Hakseng-iyeyo tu turun. Memang diorang very friendly laa..Then selepas bertanya jalan dengan beberapa orang yang baik hati, kami sampai ke Terminal Bas Express Chuncheon. Beli tiket bas dan tunggu sehingga bas sampai. Destinasi kami kali ni adalah ke Sokcho.

Perjalanan ke Sokcho mengambil masa dalam 4 jam. Kami sampai ke bandar Sokcho hampir malam masa tu. Terus carik lokasi guesthouse kami. The House Hostel. Waktu kami sampai sini tengah hujan. Walaupun takder laa lebat tapi memandangkan jarak dari stesen bas dengan guesthouse adalaa dalam 5 menet jalan kaki, kami agak kebasahan jugak laa. Jumpa Mr Yoo yang baik hati, kami diberi penerangan berkenaan Sokcho dengan panjang lebar. Bagus owner ni, memang ramah tamah. Tanya lah apa saja, comfirm dijawabnya.

Selesai semua, kami bersihkan diri, mandi, solat, then keluar untuk mencari apa-apa yang boleh dimakan. Jumpa banyak kedai pakcik sedara di kawasan ni. Kami beli nasi instant dan telur. So dinner kami untuk malam ni ada lah nasi berlaukkan telur dan serunding...Wahh, itu pun dah menyelerakan!! Aku sukalaa nasi korea sebab dia rasa macam nasi pulut kat negara kita. Makan takder lauk pun best!

- Our Dinner -
Lepas kekenyangan, kami mandi, siapkan diri, siapkan baju nak melawa esok, layan internet, update FB aper yang patut then....zzzzzzz!

1 comment:

  1. assalamualaikum, nak tanya sket info pasal tpt letak beg dekat jeti nami island tu. satu locker tu muat berapa beg? n harga dia ikut jam ke skali letak je?

    lagi satu bas ke sokcho dari chuncheon tu berapa harga and ada bnyk trip tak?

    Tq

    ReplyDelete