Sunday, January 29, 2012

:: Korea - Day 2nd

-- Sambungan dari sini --

Bangun hari ini dimulakan dengan senyuman.. Aku antara orang terawal bangun..Sila percaya!  Sejukk! Nasib ada heater + nasiblah toilet nya cantik. By the way, aku sangat suker toilet kat Namsan Guesthouse ni. Bersih, tak scary macam Promenade kat Sabah masa pegi rafting hari tu. Yang aku tau, disebabkan kesukaannya aku terhadap toilet kat sini, perut aku sangat terdidik dan dengar kata sepanjang aku ada sinih. Hrmm..tu tandanya bakal datang ziarah lagi. Insyaallah, kalau ada rezeki :-)

-View of Namsan Guesthouse-
Kami memulakan dengan aktiviti breakfast Megi & roti Gardenia. Kurang sikit beban beg lepas ni. Sambil-sambil duk menunggu geng dari Namsan 3 building Kelabu sebelah ni siap, kami berposing-posing cas-cas artis k-pop. Masa tu baru pukul 7 lebih. Untuk makluman, waktu kat Korea ni beza sejam dari Malaysia. Tapi kalau kat Malaysia masa gini dah berbondong-bondong rakyat Malaysia buzy ke hulu ke hilir atas jalan raya, tapi kat sini nan ado. Mereka-mereka semua sibuk tido nyenyak lagi.

Anyway, sejuk je cuaca pagi ni. Suker! Ni kalau still dalam selimut ni best nih. Bila dah semua turun, kami terus gerak mencari satu destinasi yang kami dah lama nak jejak. Coffee Prince location! Kami ambil Subway Line 2 menuju ke Hongik University dan keluar di Exit 4.


Tapi kann..tapi..tak tahulah kami ke yang salah tak buat research sungguh-sungguh atau ini adalah realiti, bila kami sampai je kat Cafe Coffee Prince, yang kami boleh tengok hanyalah dibawah ini :

-Coffee Prince Cafe-

Cafe ni dah tutup? Sedih! Ader lah salah seorang dari kami yang cakap, dia ada pernah terbaca rasa-rasanya Coffee Prince ni ada 2 lokasi. Tapi info tu dah terlambat, mane lah kami nak carik dalam keadaan masa yang amat mencemburui nih. It's okay. Kami teruskan perjalanan. Tapi seriously, penat dowh jalan kaki naik bukit nak sampai sini! Memang hebat la orang Korea ni suka jalan kaki, mostly jalan berbukit bukau je manjang.

Kami kemudian sambung perjalanan pergi ke Ewha Village. Tapi kami sesat! hikss..takder laa sesat mana pun, tapi kami tak jumpa jer. Sesat juge lah tu namanya kan. Ada gak tanya beberapa orang yang lalu lalang, tapi diorang tak tahu. Pelik gak kadang, diorang ni macam seolah-olah tak tahu je. Atau kami yang cakap diorang tak paham? Ntah lah.

Notakaki : Ader Roti Boy okeh kat sini!
Kami teruskan menuju ke subway balik, ambil Seoul Subway Line 4, menuju ke Hoehyeon Station dan Exit 5. Destinasi kami : Namdaemun Market! Wah.. suka lah tempat ni. Tersangat best untuk menghabiskan duit. Kami tak lama pun kat sini. Sumpah kalau datang lagi kena spent time sini sehari suntuk paling kurang. Banyak barang dijual kat sini. Baju, tudung, keronsang, aksesori. Ni kira spot baekk laa untuk para pelancong terutama yang berbajet tak berapa nak besar macam kami ni untuk bershopping. Kami sempat gak laa, beli kat sini FM, keychain, purse, tshirt. Borong siap-siap, ntah-ntah tak jumpa lagi yang murah-murah macam kat sini.

Tapi dalam murah tak murah pun, FM ajer harganya dah lebih kurang RM7-8 hengget. Murahlaa sangat. Sini pun boleh bargain. Kami ada gak beli baju kat sini. Even tak pandai cakap pun, bargain mesti. Biar laa ayam ngan itik pun. Kaki dan tangan pun sume naik time menawar. Hasilnya...memuaskan! Especially Cik Umie. Kalau orang lain dapat RM15 hengget, dia sah-sah akan dapat RM13. Kelebihan bargain dia memang dasat!

-Namdaemun Market-

Then, habis settle kat Namdaemun, kami gerak ke Myeongdong. Sini memang dah target nak datang sejak dari Malaysia lagi nih. Tapi yang frustnya, sejak dari sampai semalam tak nampak apa yang aku carik. So, disebabkan tak sure tempatnya, kitorang balik bilik dulu, makan, solat kemudian baru kuar balik. Masa rehat tu laa sempat surf Internet kat Namsan 3 cari tempat yang nak pergi tuh. Wah wah, nasib jumpa siap ngan map skali.

-Coffee Cafe Bene - Sedap!-

Lepas siap solat, perut dah berisi, kami gerak. Rupanya Myeongdong yang aku carik tu, sepelaung je dari Gueshouse kami tinggal. Tapi diseberang jalan. Manalaa nak nampak. Seberang jalannya bukannya macam jalan kat Malaysia. Kami kena lalu terowong subway baru boleh ke seberang jalan. Pendek kata, memang banyak kena pakai kaki lah kat sini. Masuk hari ke 2 kepala lutut dah rasa lain macam je terutama masa turun tangga subway. Sakit!

Dari jauh aku dah senyum excited. Haha..akhinya...

- Natural Republic -

Masuk je kedai, kami terus menyebokkan diri macam orang tak betul. Itu baru jumpa barang yang dipromotekan je. Bukan jumpa orang nya. Agaknya kalau jumpa orangnya...pengsan! Kami ngan excitednya beli macam-macam barang yang tak diketahui akan pakai ke tidak. Siap dapat poster bagai. Tapi seriyes, produknya bau best! Takderlah ada pewangi banyak sangat diletaknya. Heh, kalau dah minat...kentut pun wangi kan..

Tapi agak murah la harga bila beli kat sini. Cthnya lotion hijau kat atas tu, kat Korea dalam RM9.90, tapi tengok kat Malaysia bila balik. Perghhh! RM32 okeh! Tak mampu den!

Abis shopping, kami balik bilik, simpan barang dan terus jalan kaki menuju ke Namsan Tower. Ianya terletak kat belakang guesthouse kami. Kena jalan kaki dalam 8 minit. Tapi, sedikit berbukit macam biasa. Sempat gak la pancit semenet dua. Kat atas tu barulah ada kereta kabel untuk naik ke atas dan tiketnya berharga 15000W. 

-Namsan Tower-

Kat sini sangat cantik. Kalau digooglekan pasal Namsan Tower ni memang banyak laa info pasal key lock yang glemer kat sini. Tanda konon kekasih mengikat janji setia. Motip laa kan, siap ada yang tanda kunci cintanya pakai lock basikal yang bapak gajah tu. Haha..yang tu kelakar. Tapi bila tengok mangga & kunci banyak kat sini, very nice. Orang Korea ni best. Diorang suka perkara-perkara yang simbolik ni. Especially orang-orang muda yang kapel-kapel bercinta ni. Diorang memang excited dengan sambutan-sambutan cinta macam celebrate valentine, white day laa..black day laa. Nasib tak semua kaler dalam pensil warna luna disambutnya :-)


My songsaengnim pernah laa cerita dalam kelas. Pada hari valentine ni biasanya perempuan yang akan bagi pada lelaki coklat. Lelaki tak perlu. Lelaki akan kena bagi hadiah / atau balas balik hadiah kepada girl tu bila hari White Day dengan bagi hadiah Candy. So sesiapa yang tak dapat pape tu nampak sangat belum ada yang steady a.k.a boyprend. Lagi satu, sambut Black Day. Pada hari tu saper-saper yang single akan keluar sesama mereka untuk makan sejenis makanan Korea iaitu Jajangmyeon (noodles with black bean sauce). Ni tujuannya untuk meraikan kesinglelah mereka. Haha..sadiss kan!


Notakaki : Sweetkan pict nih!
Masa kami kat sini kebetulan ada show, diorang pakai Hanbuk dan ada muzik, gendang ngan siap lakonan skali. Tengok tu tengok laa..walaupun tak paham sepatah haremmmm aper diorang cakap.


Lebih kurang dalam pukul 4 petang, kami gerak turun untuk pergi next destinasion. Kami betul-betul gunakan waktu yang ada ni untuk memenuhi Iterinery kami yang tak pikir panjang tu. So dari station Myeongdong Line 4, kami menuju ke Seoul Station Line 1 ke station Daebang Exit 5. Kemudian kami ambil Free Shuttle untuk pergi ke Hangang River. Plannya nak naik Cruise. Punyalah jauh jalan kaki, bila sampai diorang cakap, last cruise yang kami nak naik tu dah berlepas untuk hari tu. Kecewa kami-kami sekalian.

Kami asalnya plan nk naik Cruise satu hala terus ke Jamsil. Penat study map wat researh. Tapi  nak wat camne kan, dah takder rezeki. Kun Fayakun namanya. Dah penat sampai jauh-jauh, kami pun lepak-lepak dulu lah kat tepi Han River tu. Cantik sangat viewnya. Nampak bridge yang merentasi Han River tu. Ramai warga-warga korea ngan family diorang duk bersantai kat sini. Dari situ gak kami leh nampak 63 building yang gak dan glamer dalam citer 'My Girl'. Hajat di hati nak pergi la naik 63 building tu...tapi kepenatan melanda. Tak larat laa den! Cuci mata dari jauh je.

-Han River-


Penat lepak, kami gerak balik naik bas ke Myeongdong. Dah tak larat nak jalan kaki naik train. Sampai umah sekali lagi kami singgah ke Ittaewon untuk penuhkan perut. Aceli kami kami ni semua tak berapa nak berani makan makanan sini. Hajat di hati tu ada, tapi ilmu masih kurang. So kami stick to the plan, makan je ada yang kami dah bawak dan sanggup redah pergi ke Ittaewon malam hari makan kebab. Balik bilik, sempat adakan sesi photoshot ngan JYJ jap, pastu krohhhhhhhh dengan selamatnya!


Notakaki : Hasil rampasan hari ini

1 comment: