Sunday, January 29, 2012

:: Korea - Day 1st

Alhamdulillah kami selamat menjejakkan ke negera K-pop ini pada 14 September 2011. Disertai oleh peserta tetap GBS dan di add-on oleh kwn ku yah serta kupha, kami dengan selamber meredah hutan belantara, lautan yang maha luas serta gunung ganang dan diiringi awan lara (Read: dengan AA) dengan membawa sebuah harapan dan impian besar mudah-mudahan bakal terserempak dengan JYJ (that’s ME!) ditepi-tepi jalan atau terselisih atau apa-apa jua situasi yang membuatkan aku bakal hilang akal kejap.. 

-Undilah K-Pop..yeahhh!-

Sampai pada pukul 6.30 pagi waktu korea, kami terkebil-kebil macam rusa masuk kampong + mata separa bukak selepas berejam menghasilkan air liur basi semalaman. Anyway, keterkebilan kami tu hanya beberapa saat je. Thanks to Malaysia sebab berjaya membina sebuah airport yang canggih yang menyebabkan kami rasa berada di Incheon seolah-olah kami berada di Malaysia [sama laa tu maknanya derr!]. Lepas dah abes blur, kami dapatlaa idea untuk membersihkan diri sebab sedar last kami gosok gigi adalah di rumah sendiri selepas magrib semalam. 

-Notakaki : Big Bang jaga gate Subways.. :-)-
Lepas dah settle semua, dengan jujurnya kami ikut iterinery yang kami reka sendiri [mintak maaf kalau sama, aceli dlm internet pun bersepah iterinery korea, tak kemana pun lainnya]. So first thing to do : carik henpon. Al maklumlah, negara asing, orang sekeliling asing, bahasa pun asing. Kami bukanlah terer berkecek bahasa k-pop, lainlaa kalau bahasa Terengganu..mau lawan?? Tadah leher laa jawabnya..Tujuan henpon : bukan untuk dibeli hokeh!! Giler ke apa! Bwk duit cukup makan ada hati nak beli henpon KAT KOREA! Insane!! Tu untuk emergency case..kot-kot laa ada antara kitorg yang tetiba jumpa artis k-pop tengah jalan (again) hilang akal terus ikut diorg, pastu lost..so pape leh laa roger-roger sesame sendiri mintak rescue..gheti! Lepas dah survey beberapa kaunter, wat kira-kira pakai jari bagai..kami ambik 4 henpon..1 hp per 2 pax..so means, ko berkepitlaa ngan pasangan memasing! Kalau hilang gak..pepandai laa g PEJABAT KEDUTAAN mintak tolong (bak kata cik umie). Rege hp 2000W-3000W per day. 


-Tengah study camne nak rent Phone-

Settle sume urusan, kami terus amik train untuk ke Seoul Station Line 1. Well, awal-awal dah salah train…just laluan train. Nasib baek tak masuk lg…kalo tak abislaa kena tukar iterinery. So selepas 30 menet merasa naik Arex : subway laju korea (lebih kurang mcm** berharga 4300W) dan dah penat berposing tak malu dalam train tu, kami pun sampailah kat Seoul Station. Fuhh..besar gak weh. Ala-ala KL sentral darab 4 kot saiznya. Then buat beberapa saat kami lost + koya jap, sebelum sedar diri dan pergi carik loker nak taruk beg blakang yang berkilo-kilo berat nak mampos aper ke mende bawak ntah!! Sebelum tu, kami ambil keputusan bijak untuk interview kat kauter information Centre dulu sebab kami blur tak nampak station yang kami nak pegi. 

Lepas dah settle siap tukar duit kecik skali untuk bayar loker kami pegi carik loker & dengan kompiden yang tak berbelah bahaginya bile dah jumpa, kami pun mula laa acara mengodek. Haramm..sume instruction bahasa korea! Baca kat internet b4 macam senang je. Hampeh. Nasib baik ada ajusshi yang tolong. Maybe dia kesian tengok kitorg muka tak berapa senonoh + bertudung + beg berbondong-bondong + mcm bodoh sombong tanak tanya orang. Even dia tak reti cakap omputih (Melayu jauh sekali), dia tunjuk contoh camner nak bukak pintu loker tu dengan jayanya! Owh, 1st impression aku di Korea : Warga tua di Korea is superb! Very-very helpful! wonderful! And ‘kumawoyo’ to that ajusshi sebab impression itu kekal sehingga kami selamat balik ke Malaysia. Settle part luggage. 

Lepas letih nak mampus turun naik tangga then kami selamat naik subway menuju ke Hyewa Subway Station Line 4 : destinasi kami yang pertama : Sungkyunkwan University! Hehe..ilmuan sangatlaa kan kitorang ni. Susah payah pergi Korea melawat Uni. Haha..tak kire aaa..alang-alang jauh-jauh susah payah datang kena ikat perut hari-hari..nak gak tengok ghupa how location drama ‘Sungkyunkwan Skandal ‘ ni. Tak dapat jumpa Micky Yoochon takperlaa..at least boleh gak merasa hirup udara di ruang yang sama, tak kira ah udara dah campur baur ngan nafas, bau orang lain.Kwang kwang..Aceli dalam iterinery hebat kami dah terang-terang cakap jalan 5 menet je untuk sampai ke univ tu. Eh, tapi kami ni kan caj-caje k-pop,mana nak dengar cakap. Tak diva laa kan jalan kaki. Hehe..tu alasan je. 

-Subway at Korea-

Kami sebenarnya bila kuar dari Station Hyewa tu blur. Mana arah nak pegi nya? Nampak kedai je kiri kanan depan belakang. Tak Nampak ada tanda-tanda univ pungg! Dangg! Tetiba Nampak kat seberang jalan. Bus hijau tulis ‘Sungkyungkwan University’. Gaduh ok berlari-lari anak lintas jalan. Buat macam kat Malaysia, lintas jalan tak ikut peraturan. Mesti warga korea ngutuk tengok kitrong dalam hati. Pedulik!! Bukan kenal pun. Lainlaa kalau mjjeje ada. I segan you! 

Sampai depan bas..ada masalah laa plak..tanya harga tambang. Cuba teka. Ayam lawan ngan Itik. Sape menang?? Of course laa ayam sebab ayam ada taji, itik ada sudu je..mana jalan.Tapi yang pasti dalam situasi kitorg nih dua-dua parti tak menang. Sebab dua-dua parti tak gheti cakap bahasa even ayam @ itik. Last-last kitorang pakai kaedah lama sebelum bahasa tercipta. Bahasa isyarat. Kitorg tunjuk duit. Ajusshi tunjuk 3 jari..300W. Ayyok..kitorg paling keji pun ada 1000w je sorang. Hrmm nak wat camne. Masukkan je laa 1000W tu. Ish, rugi..rugi..Kami pun naik dengan riaknya sebab settle. Pastu bila dalam bas ape lagi. Kitorg lagak macam duk kg sendiri laa..Abis laa kuar bahasa ganu + Klate…’geure?? Ne..geure’ Kecoh satu bas. Nasib baik xder orang. Haha…Mesti ajusshi tu insaf amik kitorg td. 

-Sungkyunkwan University-

Then kitorg sampai kt Sungkyunkwan gate. Wah wah, weols sampai uols!! Kami turun sebelum posing macam orang tak betul, jalan-jalan sket, jumpa ajumma yang sweet. Amik gambar. Nak cakap tak gheti. Yang pasti bleh jawab if diorg tanya ..odieyo?? ‘Malaysia’ ..then ajumma senyumm..’oo…yeppo..yeppo..’ Then kitorg..Kamsahamnidaaaaa’ Wah..expert okeh part terima kasih tu. Thanks to drama korea. Kami cepat tangkap term ‘yeppo’ ituh…lalalaaa.. Abis posing tengah-tengah panas, then nak balik. Then lalu laa satu bas. Naik je..eh ni ajusshi tadi lorr! Takder duit kecik lagi. Then dengan menggunakan bahasa badan + isyarat + korea drama sket-sket kami Berjaya deals ngan ajusshi td..cakap tadi dah bayar lebih so skrg tak perlu bayar..Haha…bayangkan laa camne kitorg nak explain. Nasib ajusshi tu ingat lagi kitorg. Mana tak ingat kalo dah kecoh satu bas wat macam duk kat Malaysia… 

Next, naik train lagi menuju ke CHANGDEOKGUNG PALACE naik subway ke Exit 3 Angguk Station Line 3. Pastu jalan menuju ke palace. Jauh ok. Dah laa panas. Jumpa stall jual air, tanpa membuang masa terus beli. Nasib ada air yang packing nya macam fruitree. Takdela nak was-was. Buatnya kalo main rembat je botol mane-mane..ntah-ntah soju kang..matilaa jalan huyung hayang pastu kena langgar kete dapat balasan cash kat dunia sebab minum arak. Nauzubillah. Tapi tengah beli air tu sempat lagi tanya ajumma sambil tunjuk kat botol air brand teo ada gambar muka Hyun Bin bertempek... ’Ajumma..Teo…Micky Yoochun..issoyo??’ Ajumma senyum… ’Obsoyyo’…’Ne..kamsahamnida’..Kami blah ngan muka kechewa.. Baru nak riak wat balik botol tunjuk kat k.mel & lela botol Teo….haha..niat tak menghalalkan cara namanya. 


-Changdeokgung Palace-

Penat jalan kaki kami sampai ke Changdeokgung Palace. Terik! Muka sengsorang jangan cakap laa…dah nampak tanda-tanda kehitaman. Sebelum masuk dalam, kitorg sempat lunch kat luar palace. Makan roti ngan biskut yang dibawak bekal. Lapor jangan cakap laa..Lepas ketua GBS bayar tiket masuk, kami pun jalan-jalan dengan gembiranya sambil buat acara wajib. Berposing! Nak harap daun autumn..nan ado. 

So kami posing ngan matahari je la. Besar hokeh kawasan istana ni. Kami tak abis tawaf pun sebab kami kena sedar diri yang jadual kami adalah pack dan singkat. Perlu complete kan misi sebelum balik Malaysia! Sebelum kuar, tanya ajusshi yang jaga gate, arah ke Bukcheon. Dia tak cakap pape tapi masuk & kuar balik dengan map kat tangan. Tunjuk kt kitorg. Just cakap…’Yogi..yogi..’ Bravo laa ajusshi. Bersungguh-sungguh dia nak explain kat kitorg walaupun tak reti. 



Dari Changdeokgung, kami jalan kaki carik Bukcheon Hanok Village. Tengah jalan jumpa tourist guard yang memang ada kat tepi-tepi jalan untuk tolong mana2 tourist yang sesat (macam kami). They all sume very nice! Sangat baik. Senyum sambil berbual ngan kitorg tak lekang. Diorang bagi direction untuk ke Hanok Village. Susah okeh nak sampai situ. Bukan susah aper, sebab bila tanya orang Bukcheon..sume orang tunjuk yang betul sebab kami memang dah berada kat Bukcheon, tapi bila tanya Bukcheon Hanok Villlage..mcm tak tau je diorg ni..Eh iterinery kita salah ke?? Matilah kawe & Hanani kena keji pasnih. 

-Notakaki : Unik kan!-
Kami terus redah. Ngan panas + dahaga. Jumpa lak satu café..ada iklan kat luar café tu: AMERICANO COFFEE : 3000W….Wah, tanpa buang masa, aku, cik mie,kupha terus masuk beli. Verdict? Pahit giler!! Lebam rasa muka lepas minum. Manalaa kitorg tau yang Americano tu sebenarnya adalah pahit? Ke memang ehh?? Then sambung jalan, tanya, smbung jalan..akhirnya sampai laa. Laaaa dekat je ngan Angguk Station td..Pok pale memasing! 

Tersorok sket rupanya Hanok Village ni. Jalannya macam naik bukit. Tapi rumah-rumah kat situ lawaa. Rumah traditional Korea. Macam yang kalau kita tengok drama korea yang pagar tinggi-tinggi tuh.Naik sampai atas, then posing laa apa lagi. Siap jumpe spot-spot untuk bergambar. Ramai gak jumpa tourist kat sana. Mat Saleh, Hong Kong, Taiwan dan..ehemm..ramai gak yang nak bergambar ngan kitrong…ehemm lagik! 


-Bukcheon Hanok Village-

Destinasi seterusnya. INSADONG. Kami ke Seoul Subway Line 5, Anguk Station. Dalam train yang sendat ngan warga-warga k-pop tu, disebabkan keanihan kitorg ada mende kat kepala, tlh menyebabkan sorang ajumma tu tegur : 

Ajumma : Oneul nara?? 
Kami: Malaysia..saram.. 
Ajumma : Ooo..Malaysia…Singapore yoppe?? 
Kami : Ne… dalam hati : nape eh..bile sebut Malaysia, sket-sket akan kuar nama Singapore. Best sangat ke Singapore tu?? Huh!.. 
Ajumma : Odie ga seyo?? 
Kami : Insadong iyeyo…oo..
Ajumma : Hakseng iyeyo?? 
Kami : Aniyo….working. Old already…

Haha..aku dah luper bekerja dalam bahasa korea aper..

Ajumma : Jinjja?? You look young! (Sila kembang kempiskan idung memasing).

Then, Ajumma tersebut terus sambung sembang. Thankfull ajumma tu pandai sket2 omputih. Dia excited bile dengar kitorg cakap korea even sepatah2. Dia banyak tanya. Abis sume orang dalam train tu pandang sambil sengih-sengih perati kitorg sembang, nampak macam nak join cakap, tapi apakan daya, bahasa menjadi penghalang. Kitorg sembang takde laa lama pun..tapi sedar-sedar Angguk station terlepas okeh!! 

Nasib baik kawan ajumma tu which is another ajumma tolong tunjukkan sebab dia pun nak g tempat yang sama. Another ajumma ni tak bercakap pun dengan kitorg sebab dia tak reti, tapi bila dia bwk kitorg..tunjuk jalan tukar train buat kitorg syahdu. Dia tunggu kalau ada sorang yang lambat. Dia siap pegang blakang bahu lagi suruh kitorg masuk dulu dalam train baru dia masuk. Punyalaa rasa dihormati dinegara orang. Syahdu kan..negara kita adoooo?? Nan ado.

-Insadong-

Bila dah sampai, kami jalan sket ke Insadong. Otw tu kami stop jap. Rehat sambil cuci-cuci mata tepi jalan. Then ada satu grup girls…tengah sibuk duk kutip-kutip sampah kat sekitar Insadong tu. Ramai gak. Muda-muda. Musykil. Takkan muda-muda dah kena keje kutip sampah kot. Muka macam pernah operate, takkanlaa miskin? Takde rupa pun. Tapi meleset sume anggapan. Rupa-rupanya diorang volunteer grup tengah kutip sampah untuk membersihkan kawasan. Wahh…kagum hokeh! Pastu tengok diorang sembang sesame sendiri sambil pandang ke arah kami-kami ni sume. Pastu datang dekat, tunjuk kamera. Ingatkan diorang nk srh ambik gambar..rupanya nak bergambar dengan kitorg. Wahhh!! Rasa macam artis plak! Tak sangka! Kembang kempis lobang idung memasing! 

Abis posing, kami masuk Insadong. Insadong ni macam kalau kat Malaysia ala-ala kawasan Central Market laa. Ada jual barang-barang, cenderamata. Insadong ni lebih dikenali sebagai kawasan kesenian, sebab bangunan sini dihias cantek cantek. Kreatif! Kami sempat shopping cari FM. Dapat satu kedai ibu & anak ni..kitorg borong abis-abisan. Siap bargain lagi. Puji-puji ajumma sket, dapat laa. Nasib ajumma boleh laa paham sket2 ckp omputih. Tapi yang kelakar, anaknya cakap harga lain, ajumma cakap harga lain. Biasanya harga anak dia bagi lg rendah. Pastu kena marah ngan ajumma sebab silap bgtau. Walaupun kitorg kecoh kat dalam kedai dia..tp diorang still layan dengan senyumm je. 

- Hyori & UEE -

Last skali masa dah settle beli, nak kuar kedai, anak ajumma hulurkan balik 1000W yang aku bodek ngan maknya td tak dapat secara senyap2! Haha…kiyowo!! Tawaf Insadong tak lama. Kami perlu kejar masa. Ingat ada ke orang leh tawaf lebih drpd 3 tempat dalam sehari. Tak cukup okeh. Biasanya kena spent time 1 hari dua tempat je baru leh cover. Tapi nak wat camner. Kami punya time sooo limited. Sila sedar diri! So gerak dari Insadong kami menuju ke KTO Office sebab nak solat. Hasil kajian kami, tempat tu ada disediakan bilik solat. Tiba-tiba rasa macam lost je. Tanya beberapa orang siap polis semua, sampailaa kami ke CHEONGGYCHEON STREAM. 

Dari jauh dah Nampak KTO Building kena melalui CHEONGGYCHEON STREAM. Owh, ini pun ada dalam iterinery kami gak. Takpe..solat dulu. Kat KTO ni siap ada replika artis k-pop fofullar lagi uols. Ape lagi, cas-cas nak jumpa real tak dapat, dapat patung pun oklaa..Aceli cadang nak try hanbok kat sini, tapi masa meng’try’ dah tamat. Takpela,, xder rezeki. Then pas solat ngan tak sabar nya kitorg ke CHEONGGYCHEON STREAM tadi. Adusss…kalau sebelum ni asyik tengok gambar je..skrg barulaa dapat merasa. CHEONGGYCHEON STREAM ni sebenarnya laluan sungai yang dibina balik oleh kerajaan korea. 

-Cheongycheon Stream yang bersih giler!-

Dulu ianya ala ala macam sungai kelang tu laa..yang tengah-tengah Bandar penuh ngan sampah tu. Tapi lepas dah dibina balik..hah, amik kau..tanpa ragu-ragu kitrong rendam kaki hokeh!! Stream ni sebenarnya ada orang mandi lagi. Bayangkan betapa bersihnya. Rasa best giler lepas sakit kaki seharian jalan non stop..rendam kaki kat air mengalir. Heaven! Rasa tanak bangun! Tapi terpaksa bangun gak. Hari pun dah nak gelap. Kitorg pun belum check in lagi. Buatnya check in lambat-lambat kang xder bilik, ada je yang kena tido kat subway. Then kami naik subway lagi pergi ke Seoul Station pickup luggage pastu naik Subway line 4 menuju ke MYEONGDONG. 


Sampai Myeongdong kami pening nak carik arah. Tanya beberapa orang mana Namsan Guesthouse. Tnya teksi..sebab dah tak larat nak bawak beg. Tapi teksi pun tanak hantar. Dekat katanya. Kami then redah..Caitttttt ! Sepelaung je. Cuma xsama ngan iterinery sebab kami kuar pintu exit lain. Haiyohh..pening gak nak terer baca subway ni eh. Bila sampai je..check ini, ada yang bilik ber4, ada yang bilik ber2..sebab ikut availability. 

GBS lain dah bayangkan mcm tak jadi je nak g Ittaewon mlm ni sebab penat sangat. Bila masuk ke bilik…wawawahh..lawa + bersih sangat. Paling suka toilet nya. Apa tak sukanya, perut aku amat terdidik okeh di Korea ni. Tiap-tiap hari bersih. Biasa kalo pergi satu-satu tempat..nan adonya dia nak ikut kata. Aku kongsi bilik 4 ngan kupha, dayah & amizar. Landing kejap..tetiba aku terpikir. Kalau tak pergi malam ni, mungkin sampai bila-bila takkan sampai kat Ittaewon. Rugi datang jauh-jauh, at least jejak kaki la, tengok camne rupanya Itatewon tu. Then aku Tanya kat 3 roommate. Diorang pun stuju. Dan call lg 2 grup yang stay building sebelah. Sekadar inform je yang kitrong nak pegi, biarlaa diorg tanak ikut pun. Alih2 semua yang pegi. Haha…aku tak hasut okeh! Aku provoke je! 

-Paris Baguette - Our Feveret Bakery-

Kami terus gerak naik subway Line 6. Dengan kaki yang sakitnya kami sampai jugak. Memang Happening ITTAEWON ni. Ramai foreigner. Afrika, arab sume ada. Club pun banyak. Kami terus carik kedai Pakistan area sini sebab dah alang-alang sampai. Nak cuba makanan Korea tapi memasing cuak. So moh kita makan kebab je la..Tapi wahh..kebab nya sangatlah sedap. Tak taula mmg sedap atau disebabkan kami lapo..huhu. 

Pastu cuci-cuci mata sket then buat decision nak balik naik bas. Merasa kami naik bas kat Korea even tak dapat nak feeling2 duduk ujung belakang belah kiri mcm dalam citer Winter Sonata sebab bas penuh. Hikss..Anyway, baru kami tau naik bas adalah lagi best dari subway. Kejap je dan sampai Myeongdong. Tak perlu jalan jauh-jauh tukar station. Itu yang paling meletihkan. Sampai Guesthouse, bersih diri...terus tak sedar hapa..mjjeje pun ntah ke mana, micky pun ntah ke mana, xiah pun xntah kemana. Yang pasti tido malam tu adalah sangat lena walaupun kena bangun awal sebab subuh kat sana abis pukul 6!!

7 comments:

  1. Dear

    Nk tnye, rent henpon tu katne? epot ke? I got a lot to ask you on this handphone renting la..nk pegi smggu jek lagi..would you mind to email me really appreciates that my email add btw I'm a fans of JYJ too, especially Yoochun :)

    ReplyDelete
  2. Saya rent kat aiport..luper level mana. Tapi memang akan nampak lah beberapa kaunter rental ni. Tak susah pun..

    ReplyDelete
  3. Ooo...xyah buat reservation dulu eh nak rent hp tu? Usha2 dlm tenet mcm kena buat reservation je...risau plak sy dibuatnya...huhu

    ReplyDelete
  4. Siti: Tak payah pun...kt airport tu mmg ada kaunter...tp satu je laa..kena byr ngan credit card...sbb in case esok2 ada kiraan atau penggunaan terlebih ke..akan ditolak dr cc laa..huhu

    ReplyDelete
  5. Sis, Singapore more famous than Malaysia. Tip top economy wise, cleanliness, rasuah2 macam kat Msia ni almost NIL. Hmmm org2 politics nak buat study tour pergi aje Spore, tak yah nak habis kan duit rakyat pergi overseas..

    ReplyDelete