Tuesday, January 24, 2012

:: ICT (Ikan Celup Tepung) ::

Balik kampung, kerja saya asyik makan je! Abislah bet dengan Sue tak jalan. Abiss nak buat camne dah kalau kampung sendiri adalah 'syurga' makanan. Mana tahan kalau tengok orang keliling makan tetiba kita ni diet. Huh, nonesense!

So balik baru ni saya sempat singgah ke warung ICT yang beru lepas masuk JJCM 2 minggu lepas kalau tak silap saya. Warung Pok Nong namanya, dekat area Batu Rakit. Sampai je sana...wahh..ramai giler orang. Belum lagi tengok orang yang duk tunggu ikan, sotong semua. Penuh! Lepas dapat port, aper lagi kami adik beradik terus berkerumun join kat kauter. Lama gak laa menunggu baru dapat. Siap tangan kena minyak panas lagi! Tapi seriyes, sangat puas hati. Ikan, sorong, udang nya takder la berminyak mana berbanding warung lain. Warung Pok Nong ni memang superb laa!

Notakaki : Sotong Tepung + Jagung Parut
Notakaki : Udang Tepung + Keropok
Notakaki : Ikan Celup Tepung
Notakaki : Sempat menikmati keindahan alam sebelum pulang

Kami sempat menikmati keindahan pantai yang nasib baik cuacanya agak baik hari ini. Ramai orang tengah main layang-layang. Macam best plak tengok suasana. tetiba je rasa insaf bersyukur saya dilahirkan sebagai warganegeri negeri ini. Tempat lain ada ke ICT? Ado??

Address : Warung Pok Nong 
Jalan Pantai A1693,
Kampung Kolam Mengabang Telipot
09-6127655

Sila cuba ye!

2 comments:

  1. akak tanya ayoh..kat shah alam mana nak dapat ikan dgn sotong celup tepung maveles mcm nily makan ni..dia buat muka..huaaaaa sentap mak nyah...

    ReplyDelete
  2. Haha...kalau nak bawak balik sah2 dah tak sedap...

    Nnt datang laa ganu..tp tunggu saya balik dulu...leh kite g tawaf bersama2!

    ReplyDelete