Monday, December 26, 2011

:: Pavlova Home Made

Entry ni tiada kaitan dengan makan sambil berjalan. Ini adalah entry yang saya sengaja mahu war-warkan seantero dunia yakni dengan bahawasanya saya mengaku akhirnya saya dapat merasa sejenis kek yang dah lama saya mengidam nak makan iaitu 'Pavlova' dan yang penting ia adalah home made!! Maveless!. 


Pavlova ni kalau nak tau adalah sejenis meringue kek yang dibuat daripada putih telur & gula halus. Tekstur kulit nya selepas dibakar dalah sangat lembut, rasa macam tak sangka bahan tu adalah putih telur je. 

Pavlova 1st made
Actually ini adalah design and develop by my sister masa saya balik kampung. Abaikan piring yang berbunga-bunga itu ye! Dan seriyesly saya sangat suka. Tapi disebabkan saya nak mencadangkan tempatnya, tiada pulak kewujudan kedai atau boleh diorder, saya hanya mampu menempelkan resepinya sajer untuk sesiapa sahaja mencuba. Saya sangat suggestkan ini punya 'Pavlova' disebabkan saya sangat suka giler akan rupanya. Rasanya jugak!!


2nd pavlova ketika bercuti


Pavlova yg dah dipotong..sekali lagi abaikan piring yang berbunga2 itu .. :-)
Resepi Pavlova : diambil & dioleh drpd resepi irmadilondon . :-)


Bahan-bahan :
4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung 


Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :
1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.


Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati. Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. 

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). Atau, tuangkan dalam dulang pembakar (sapu sedikit butter) dengan agak2 saiz bulatannya


Masa membakar : 1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak
3-Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 
4-Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.




Till then...Selamat menchoba!!

Sunday, December 25, 2011

:: Korean Food Restaurant - The Street Cafe - SS15 Subang Jaya


Ya betul! Saya memang tak betul! Semalam, within 1 day, saya pergi cafe yang sama, order makanan yang sama, tapi lokasi berbeza. Disebabkan telah berjanji dengan my sister nak try The Street Cafe ni, saya kena kotakan janji gak. Tapi disebabkan saya dah cuak either kat Sunway dah close or not sebab dah hampir pukul 10 am, tetiba saya teringat akan satu lagi outlet cafe nih ada kat SS15. Actually daripada apa yang saya tau, cafe yang ini adalah yang 1st daripada yang dekat Sunway Pyramid. So apa lagi, terus ke sana laa!Perghh..nasib baik jumpa. Nasib sangattt! DAN...betul saya cakap, kat SS15 ni lagi besar..lagi cozy..lagi marvelles! Menu pun macam lagi banyak. Dekat Sunway tadi takder pun menu minuman yang heaven. Kat sini fuhh...mashyuk! 


Name :: The Street Cafe (Sunway Pyramid) - Korean Street Style
Location :: No. 28 Jalan SS 15/8,Subang Jaya 47500,Selangor
Food :: 5/5
Environment :: 5/5
Verdict :: I'm Loving It!
Url :: http://www.thestreetcafe.com.my

Notakaki : Menunya sangat cute!!
Notakaki : Topoki Korean Street Style
So malam ni disebabkan saya masih lagi kenyang melampau sumbat banyak tak henggat dunia petang tadi, saya hanya mengorder Topoki Korean Street Style [RM7.90]. Ni pesen ajumma jual tepi jalan yag dalam citer korea tu kot..Aduss, walaupun berlainan tukang masak dan lokasi tapi rasanya tetap sama dengan Sunway Pyramid outlet....sedappp! tatau nak cakap camner. Rare lah sukakan makanan asing nih!


Notakaki : Spicy Ramen
My sister plak order Spicy Ramen. Kt sini siap ada On Fire Ramen Challenge. Kena habiskan Ramen pedas + panasa daripada large bowl dalam masa 8 minit. Kalau success, tak perlu bayar. Kalau tak kena bayar RM15. Saya, kalo pedas je boleh lah nak cuba..tapi yang panas tu tak tahan...panas wehh!! So my sister order Ramen pedas biasa je. Rasanya macam Meggi mee, tapi lain....tapi tak tau nak cakap macam mana..Sedappp!


Ini air latte Ice Blended & Banana Chocolate. Rasa banana chocolate ni sedikit weird menurut kata my sister, tapi menurut my lidah..ia adalah best!! Well..different people different view kann!




So, saya berpendapat sesiapa yang k-pop fans & masih mencari-cari Korean halal untuk dicuba..disinilah tempatnya...memang HALAL! dan dijamin SEDAP!! Tempatnya jugak cozy dan menarik. Ader separation kat level atas kalau nak mengumpat-ngumpat atau prektis lagu k-pop sesama sendiri..hehe..So apa lagi! Jjal meokgesseumnida yeorobun!!

Saturday, December 24, 2011

:: The Street Cafe, Sunway Pyramid

Lunch hari ni saya gatal pegi try kt The Street Cafe Sunway Pyramid. It is a Korean Street Style Restaurant. Actually dah plan dgn my sister nak pergi mlm ni sblm balik kg..tapi disebabkan ketidaksabaran nak menchoba, bila officemate tanya nak lunch dimana pada hari Jumaat yang panjang ni..saya terus tanpa segan silu mencadangkan pergi kat sini.

Jenuh carik parking ok. Dapat pun floor atas. Sampai je terus rushing carik. Lokasinya adalah di tingkat atas sama level dengan Asian Avenue. Selama ni tak pernah terlintas pun nak makan kat sini. Tetiba terjumpa dalam Internet pasal Korean Food Halal. Fuhh rupanya ada yang dekat je. Matilaa bila dah tau ni mau selalu pergi nih!

Tempatnya kecik je. Rezeki bila dah sampai ada meja kosong. Saya order Bi Bim Bap Chicken Blackpaper [RM14.90]. Member order Bulgogi Bi Bim Bap (Korean Blackpaper Beef) [RM14.90]. Dan sorang lagi cuba Lunchbox Set [RM11.90]. Plus kami add on Toppoki Street Style [RM7.90]. Haiyohhhh! Toppoki nya sangat marvelles!! Hot & Spicy! Terasa-rasa lagi kepedasan & kepanasan nya di lidah nih. Beda you ngan 1st time try kat Seoul Garden. Saya fully recommand this Toppoki! Terbayang-bayang lagi nih!

Location :: The Street Cafe  (Sunway Pyramid) - Korean Street Style
Address :: Lot 197, 1st Floor, Asian Avenue, Sunway Pyramid Shopping Mall, 3, Jalan PJS11/15, Bandar Sunway, 46150 PJ, Selangor
Food :: 4.5/5
Environment :: 3/5
Verdict :: I'm Loving It!
Url :: http://www.thestreetcafe.com.my

Toboki - Street Style
Actually, Topoki ni adalah Korean rice cake with chilli sauce. This was served to us piping hot, and we had to be extremely careful while taking each bite. Extremely chewy texture and was spicy. Just the right portion for us. Orang Korea makan topoki ni ala-ala kita orang Malaysia makan goreng pisang waktu petang la. Tapi kalau diingat kepanasannya, fuhh...jangan cakap. Panas tapi nikmat..hehe

Kimchi

Ni plak Korean BBQ chicken Bi Bim Bap yang saya order. By the time we finished the rice, it has still remained super hot. Lama gak kami tunggu semua makanan sejuk, tapi tak sejuk-sejuk gak. Dah tak sempat & kelaparan semua, kami redah je makan. Hah, amik! meletup bibir semua!! Disertakan sekali dengan kimchi yang saya rasa kali ni saya boleh terima ni anak tekak..Abis licin saya belasah.


Notakaki : Bulgogi Bi Bim Bap yang my friend order. Juga sedap!
Lunch Set. Rasanya menurut my friend sedap, tapi biasa-biasa ajer. Ader laa rasa nasik..
Akhirnya kami balik office dengan muka kekenyangan, rasa ngantuk. Nak wat keje pun malas.. Hehe...alasan!!


Sekian & sila pergi ye tuan puan!

Tuesday, December 13, 2011

:: Restoran Jemari - 2nd Time ::

Hari ni layan skali lagi di Jemari. Bawak Pn Fatimah merasa plak kehebatan kerabu kangkung garing nih. Sedapp nya Masya Allah...Camner laa diorg dapat idea nk modify kangkung ni like kerepek..Kali ni sume family member ada including ner member..Nuha. Budak kecik ni behave kejap je lepas beli stroller baru. Pastu bile dah boring mula laa reka cerita untuk mengganggu orang yang tak layan dia..


Location :: Restoran Jemari (Sebelah Tutti Frutti KJ) - Thai based Restaurant
Address :: Jemari-Thai Cuisine, C-G-05, Jln SS6/5B, Dataran Glomac, 46300 Kelana Jaya, PJ
Star :: 4.5/5
Verdict :: I Like!

Okeh.jom layan Jemari's Food List kat bawah!


Bandung Selasih [RM2.20]
Kerabu kangkung ni sangat garing. Tak sangka kangkung pun boleh jadi sesedap nih! Sila-silalah cuba ye!!

Monday, December 12, 2011

:: San Franciso Coffee ::

Kenaper lah San Francisco Cofee ni sedap nak mampus? Adakah disebabkan oleh buy 1 free 1 nya? Kadang rasanya lagi best Javachip Starbuck..tapi disebabkan Starbuck nan ado Buy 1 Free 1 so Starbuck jatuh pada tangga ke-2..Jangan putus asa..sila cuba lagi meng'free'kan diri anda ye En Starbuck.

So sempena jjcm bersama tourist dari kg ni..dibawa sekali merasa keenakan air percuma nih...Akibatnya perut kembung dengan caffein satu hari :-)

Location :: Mid Valley
Price :: RM17.00 for 2
Star :: 4.8/5 (Acii??)
Verdict :: Kadang rasa best sangat, kadang rasa kurang best sangat


Dolu-dolu ada bnyak choice, skrg...:-(
Feveret sepanjang zaman

:: Dol Sot Bi Bim Bap - Mid Valley ::

Hari ni berjaya mengajak Pn Fatimah tawaf Mid Valley dengan jayanya.. Ini disebabkan keinginan yang lama nak merasa Bi Bim Bap yang diwar-warkan sedap oleh para peminat k-pop. Tapi sampai je kat Mid Val, tak tahu mana nak menggagau cari. Last2 :

me : Azra sshi, bi bim bap Mid Val mana logitud latitudnya?
azra : food court level 3 sebelah GSC.
me : Ok, Roger!!

Dan settle akhirnya. Merasa Pn Fatimah jadi antara food tester bi bimbap..

Price :: RM13.90
Star :: 5/5
Verdict:: I Like very-very much! Will be going again dlm masa terdekat...anyone nk join??


Bulgogi Set gambar terbalik...hehe





Thursday, December 8, 2011

:: Jemari ::

Owh..Kerabu kangkung kat Jemari sangat sedap. Sila lah try uols! Tak rugi langsung. Other than that, ikan siakap stim asam juga sangat marvellous. Boleh untuk buat family gathering kat sana. Suasana sangat cozy. Plus air siarp selasih nya juga sangat....fuhh..sila cuba sendiri!


Location :: Restoran Jemari (Sebelah Tutti Frutti KJ) - Thai based Restaurant
Address :: Jemari-Thai Cuisine, C-G-05, Jln SS6/5B, Dataran Glomac, 46300 Kelana Jaya, PJ
Star :: 4.5/5
Verdict :: I Like!


Signature Jemari
Udang Butter
Siakap Stim Halia....Masih terbayang-bayang
Kari Ayam Hijau.....Meleleh!

Monday, December 5, 2011

:: Mee Ketam Shah Alam ::

Balik dari kenduri x-Officemate...rasa tak berapa kenyang. Terus lancar je kereta tuju ke Seky 7 Shah Alam. Ada mee ketam weh. Pelik naper si Lebo tak pernah ajak. Terus dirogerkan..bertanya samada pernah makan. PERNAH katanya?? Tapi Tak ajak???? So Hangin laa

Nasib si Usin ajak pegi sana sebab dia dah kecewa semalam kedai tu tutup awal. Hrm...okey laa dengan harga. Saya pun tak der lah suka sangat mee kaler kuning nih. Tapi okey laa

Price : RM4.00
Location :: Belakang Unisel Seky 7 Shah Alam
Star :: 3/5
Verdit :: So so laa, boleh la kalau nk merasa makan ketam seketul dlm mangkuk

Ketam nipah. Yang ni kena timbang ikut saiz. Tapi tak mahal pun
Variasi ketam