Saturday, December 24, 2011

:: The Street Cafe, Sunway Pyramid

Lunch hari ni saya gatal pegi try kt The Street Cafe Sunway Pyramid. It is a Korean Street Style Restaurant. Actually dah plan dgn my sister nak pergi mlm ni sblm balik kg..tapi disebabkan ketidaksabaran nak menchoba, bila officemate tanya nak lunch dimana pada hari Jumaat yang panjang ni..saya terus tanpa segan silu mencadangkan pergi kat sini.

Jenuh carik parking ok. Dapat pun floor atas. Sampai je terus rushing carik. Lokasinya adalah di tingkat atas sama level dengan Asian Avenue. Selama ni tak pernah terlintas pun nak makan kat sini. Tetiba terjumpa dalam Internet pasal Korean Food Halal. Fuhh rupanya ada yang dekat je. Matilaa bila dah tau ni mau selalu pergi nih!

Tempatnya kecik je. Rezeki bila dah sampai ada meja kosong. Saya order Bi Bim Bap Chicken Blackpaper [RM14.90]. Member order Bulgogi Bi Bim Bap (Korean Blackpaper Beef) [RM14.90]. Dan sorang lagi cuba Lunchbox Set [RM11.90]. Plus kami add on Toppoki Street Style [RM7.90]. Haiyohhhh! Toppoki nya sangat marvelles!! Hot & Spicy! Terasa-rasa lagi kepedasan & kepanasan nya di lidah nih. Beda you ngan 1st time try kat Seoul Garden. Saya fully recommand this Toppoki! Terbayang-bayang lagi nih!

Location :: The Street Cafe  (Sunway Pyramid) - Korean Street Style
Address :: Lot 197, 1st Floor, Asian Avenue, Sunway Pyramid Shopping Mall, 3, Jalan PJS11/15, Bandar Sunway, 46150 PJ, Selangor
Food :: 4.5/5
Environment :: 3/5
Verdict :: I'm Loving It!
Url :: http://www.thestreetcafe.com.my

Toboki - Street Style
Actually, Topoki ni adalah Korean rice cake with chilli sauce. This was served to us piping hot, and we had to be extremely careful while taking each bite. Extremely chewy texture and was spicy. Just the right portion for us. Orang Korea makan topoki ni ala-ala kita orang Malaysia makan goreng pisang waktu petang la. Tapi kalau diingat kepanasannya, fuhh...jangan cakap. Panas tapi nikmat..hehe

Kimchi

Ni plak Korean BBQ chicken Bi Bim Bap yang saya order. By the time we finished the rice, it has still remained super hot. Lama gak kami tunggu semua makanan sejuk, tapi tak sejuk-sejuk gak. Dah tak sempat & kelaparan semua, kami redah je makan. Hah, amik! meletup bibir semua!! Disertakan sekali dengan kimchi yang saya rasa kali ni saya boleh terima ni anak tekak..Abis licin saya belasah.


Notakaki : Bulgogi Bi Bim Bap yang my friend order. Juga sedap!
Lunch Set. Rasanya menurut my friend sedap, tapi biasa-biasa ajer. Ader laa rasa nasik..
Akhirnya kami balik office dengan muka kekenyangan, rasa ngantuk. Nak wat keje pun malas.. Hehe...alasan!!


Sekian & sila pergi ye tuan puan!

No comments:

Post a Comment