Monday, December 26, 2011

:: Pavlova Home Made

Entry ni tiada kaitan dengan makan sambil berjalan. Ini adalah entry yang saya sengaja mahu war-warkan seantero dunia yakni dengan bahawasanya saya mengaku akhirnya saya dapat merasa sejenis kek yang dah lama saya mengidam nak makan iaitu 'Pavlova' dan yang penting ia adalah home made!! Maveless!. 


Pavlova ni kalau nak tau adalah sejenis meringue kek yang dibuat daripada putih telur & gula halus. Tekstur kulit nya selepas dibakar dalah sangat lembut, rasa macam tak sangka bahan tu adalah putih telur je. 

Pavlova 1st made
Actually ini adalah design and develop by my sister masa saya balik kampung. Abaikan piring yang berbunga-bunga itu ye! Dan seriyesly saya sangat suka. Tapi disebabkan saya nak mencadangkan tempatnya, tiada pulak kewujudan kedai atau boleh diorder, saya hanya mampu menempelkan resepinya sajer untuk sesiapa sahaja mencuba. Saya sangat suggestkan ini punya 'Pavlova' disebabkan saya sangat suka giler akan rupanya. Rasanya jugak!!


2nd pavlova ketika bercuti


Pavlova yg dah dipotong..sekali lagi abaikan piring yang berbunga2 itu .. :-)
Resepi Pavlova : diambil & dioleh drpd resepi irmadilondon . :-)


Bahan-bahan :
4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung 


Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :
1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.


Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati. Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. 

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). Atau, tuangkan dalam dulang pembakar (sapu sedikit butter) dengan agak2 saiz bulatannya


Masa membakar : 1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak
3-Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 
4-Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.




Till then...Selamat menchoba!!

No comments:

Post a Comment