Monday, August 15, 2011

:: Nasi Ayam Monrods ::

Hari ni berbuka puasa ngan adik beradik seibu sebapak. Dah lama nampak terliur dengan Nasi Ayam Monrods ni. Cari punya cari kat tenet akhirnya kami selamat sampai. Kat Shah Alam ada rupanya. Letih pergi redah sampai Kelana Jaya nun. Huh!

Ayam panggangnya sangat sedap. Rasa sedikit herba. Ayam panggangnya ditaruh sedikit asam lada kat atasnya. Boleh tahan sangat laa rasanya. Air Tutti Frutinya pun..dengan cream meleleh dan coklatnya. Tabur lak kat atas tu M&M...aduhh, mak mentua lalu bukan tak nampak, tapi akan diajak sekali makan nih. Setakat ni laa..ni air tersedap saya minum bulan puasa nih. Kalau tak..berbuka di rumah je...buat air sirap.. Maklum laa..on bajet cuti-cuti Malaysia..

Location :: G13, Blok 2, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam
Price :: RM10
Star :: 4.55/5
Verdict :: Saya sangat suka!!

Ayam Dot Mai with Tomato Rice (RM5.70), Nasi ayam panggang @RM6.90
Tutty fruity blended namanya, @RM6.90..Aduhh..melelehhhh!!

No comments:

Post a Comment