Monday, July 25, 2011

Seoul Garden IOI

Ermmm...dah lupa ni trip ke berapa jjcm ke Seoul Bulgogi...dah bawak ramai umat manusia untuk try makan sini termasuk Pn Fatimah..terkontang-kanting beliau nak tolong kami adik beradik grill daging, ayam dan yang sewaktu dengannya. Last-last tak padan bayar mahal, nasik goreng jugak yang di habiskan..Tak pernah rasa jawabnya. Tak pernah ni laa yang di ajak untuk pernahkan. Hidup ni hanya sekali je Pn Fatimah ooii...Rasalah semua mende selagi boleh rasa, selagi tak mendatangkan mudarat..selagi tak menyalahkan agama. Walaupun belom pernah sampai ke Seoul..tapi bila makan di sini adalah feeling-feeling dah sampai ke Seoul..boleh gitu..hehe

Kali ni kami GBS, telah membawa GBS-Family satu batalion yag tak berapa besar untuk cuba kat sini. Personally, saya memang suka makan sini. Bukan cas-cas berlagak kaya atau tiru orang Korea makan..tapi saya amat suka feeling ketika makan asikrim sepuas hati laksana dunia ana yang punya. Walaupun saya mampu beli aiskrim berbondong-bondong di rumah, tapi tak sama feel nya ngan makan kat sini. Motip laa kan..mengata kat Pn Fatimah makan nasik goreng, tapi saya sendiri makan mende yang bersepah kat ada kat kedai..haha

Kitorg janji jumpa Ahad tengahari, sehari lepas saya balik berjimba-jimba dari Sarawak. Jumlah rombongan Cik Kiah kali ni adalah seramai 8 orang dewasa, 1 kanak-kanak & sorang baby...yeay!! baby Raisa..Long time no see!! nak gak tengok bukti gosip2 liar tang mana yang dikatakan murah senyum sekarang ni. Tapi bila saya jumpa....nan ado nya senyum. Dijeling nya pada saya...Aper?? Unnie ni tak cukup cun kah?? Haha


Raisa Khadija!
Well..kami belasah sungguh-sungguh makan kali ni. Yang pasti hari tu saya dapat merasa sejenis makanan Korea yang dah lama saya nak rasa...'Tteokbokki'...Ni adalah sejenis snek dari Korea yang banyak jual kat tepi-tepi jalan tu. Kalo berpeluang merasa kat sana pun saya tak tau laa nak jamin halal ke tak. Even kalo dikatakan takder najis mughallazah aka vavi sekalipun, kita still tak tau...dalam sos nya diletak apa. Pendek kata dalam makanan Korea..bahan utama yang wajib ada adalah rice wine atau nama melayunya cuka beras. So ikut pemahaman saya yang cetek ilmunya ni...rice wine itu termasuk dalam kategori memabukkan dan kesimpulannya adalah haram.So kalo rasa yakin dengan iman yang kental, sila makan..kalo takk..kita g Seoul Bulgogi sajorkk...................Sekian ceramah untuk hari ini.


Notakaki : Tteokbokki namanya
notakaki : ni kaedah cara nak makan...balut dlm daun
notakaki : ni jenis-jenis daging pelbagai perisa sebelum di grill kan..
notakaki : kimchi..
notakaki : tunggulah sampai masak..
notakaki : ni sos hasil campuran dari 5 jenis sos...my feveret...nk tnya resepi takotttt...muka cashiernya garang uolss!
notakaki : Hadif dtg sini semata-mata makan aiskrim je hokeh!!

Owh...kat atas ni diselitkan sekali gambar ketika kami terjah Seoul Bulgogi ngan adik beradik...Yang tudung merah tu gmbar 'Cikgu Syida' aka....my adik ipar....I dah ada adik ipar tawww...bakal ada anak sedara bulan 10 ni Insyaallah...Bapak sedara nya tak tau bila akan ada okeh..Mungkin bulan 9 nnt akan jumpa...oppsss...So hentikan spekulasi-spekulasi berkaitan dengan bapak sedara tu..

So bila berpeluang merasa kat Seoul Bulgogi ni..bantai je laa sepuas-puasnya..even rasanya mungkin takde lah nak sama ngan Korea..tapi boleh lahh...

Lepas kenyang, balik umah...sambung layan cite pakwe baru berlakon...City Hunter...dan zasssss!! terus tido sambil mimpikan mjjeje......bangun tido terus jadi insaf lepas naik atas timbang....uwaaaaaaaa!!!!

No comments:

Post a Comment