Saturday, April 2, 2011

:: Salam Perkenalan Wahai Makanan ::

Blog yang ditubuhkan oleh tuan blog untuk menyimpan segala data berkenaan makanan yang pernah dimakan di merata-rata tempat ikut kemampuannya untuk dijadikan rujukan di kemudian hari sekiranya teringat kembali untuk makan dan merasa balik kenikmatan makanan tersebut buat kesekian kalinya. 

Gambar makanan diambil dengan menggunakan henpon bukan smart phone sebab belum berkemampuan untuk beli baru disebabkan tuannya sibuk melabur duit untuk makan dan berjalan-jalan di luar negara like orang kaya sedangkan ptptn bayar tak cantik...:-). Gambar juga kekadang diambil dengan menggunakan kamera kawan-kawan atau orang yang turut sama makan dengan tuan punya blog.

Komen terhadap makanan juga berdasarkan anak tekak tuan blog yang pure, suci murni tanpa ada sebarang pengaruh dari luar. Harap maklum.

Sekian

2 comments:

  1. hehe hari nie baru nak mule penjelajahan kat blog nie ..... vromm vrommmm

    Mas :P

    ReplyDelete