Monday, February 14, 2011

:: Umrah & Ziarah (20 Ogos 09 - 20 Sept 09)

Assalamualaikum w.b.t.




Salam semua…(dimulakan dgn ayat skimarama)…Hrmm..aku sbnrnya tak tau nk citer aper kt sini..dah lama tak mengarut..tapi tu laa..peminat-peminat asyik duk bertanyakan gambar + cerita karangan aku, so aku tak bleh laa nk menghampakan peminat nih…dah laa blog dh private, kalo peminat lari susah laa..mmg idup segan mati tamau laa nuffnang aku yg berjumlah RM1.25 sejak dibuka…hikss

Alhamdulillah, umrah aku dapat dilaksanakan sebaiknya dan harap diterima-Nya..Mula-mula aku buat umrah untuk diri sendiri 7X, baru umrah untuk orang lain + umrah kiriman. Ustaz cakap kalo 7X umrah bersamaan dengan 1 haji kecik (Insyaallah).Aku mulanya pegi Madinah dulu selama 3 hari baru naik bas ke Mekah. Kt Madinah aku sempat semayang fardhu je, balik dari semayang, period ada lagi. So tak berpeluang nak berterawih kt Masjid Nabawi...Aku juga tak berpeluang solat di Masjid Quba iaitu masjid yang pertama didirikan oleh orang Islam. Ruginya rasa, sebab Rasulullah pernah bersabda barangsiapa yang berwuduk dari rumah dan bersembahyang di Masjid Quba akan mendapat 1 umrah. Senang kan…tapi tu laa, nk buat camne..Tapi Alhamdulillah pasal aku berpeluang pergi ke Raudah, Makam Rasulullah…Kebetulan hari tu 1st day puasa. Selepas balik dari Raudah, bersiap-siap untuk keluar dari Madinah dan menuju ke Bir Ali untuk pergi miqat (niat umrah). Lepas je siap ambil niat,kuar masjid tetiba kt depan mata pemandangan bertukar jadi kaler oren macam ribut pasir tengah melanda..Bayangkan tak nampak pape dari jarak 1 kaki sehinggakan bas yang kami naik tadi pun tak nampak. Nak tutup mata elak masuk debu tak boleh, dah dlm ihram..sudahnya mata dibuka dengan tahap paling minimum sekali…cukup-cukup untuk carik bas park kt mane je. Subhanallah..seriyes aku dah gerun masa tu, sebab tak penah tengok lagi keadaan mcam tu kecuali jerebu kt Malaysia yang bukan kaler oren tu…

Pas naik bas kami gerak g Mekah tapi memandangkan jauh lagi perjalanan, aku pun selamat zzzzzz….dekat nk smpai hati rasa berdebar-debar je. Rasa macam tak percaya je nak smpai tempat umat Islam seluruh dunia berkiblat selama ni. Nampak cahaya lampu dari jauh, terang benderang itu petandanya Masjidilharam sudah hampir. Sampai kt hotel, terus mutawif kami, Ustaz Zul bawak kami pergi ke masjid untuk buat umrah…masa tu pukul 1 pagi. Sebaik-baiknya bagi org yang umrah wajib macam aku ni (1st timer adalah wajib umrahnya) kena percepatkan..Terus sampai masjid, pergi tawaf. 1st time berada di depan Kaabah..hrmm..tatau nak citer camne..Terbayang satu2 dosa yang aku pernah buat sblum ni…rasa kecik nya diri, betapa besarnya Allah…rasa ntah laaa…macam-macam..aku duk depan tu sampai laa mak aku tarik tangan suh niat tawaf…Aku pegang tangan mak aku kemas sambil mata tak lepas dari pandang Kaabah tanpa sedar ada something kat pipi keluar..


[notakaki : ponteng umrah hari ni..huhu]


Abis tawaf kami terus Saie….fuhh baru laa aku tau..camni saie rupanya...jarak dlm 5km lebih 7 kali ulang-alik..Nasib waktu malam, leh saie sambil minum air zam-zam. Bestt..Last sekali tahalull..Fuhh merasalah mak aku gunting rambut aku tanpa ada belas kasihan..sampai senget2…main ambik takde ukur dah..tapi itu lah..setiap helaian rambut yang jatuh masa tahalull itu lah yang akan menjadi saksi gugurnya dosa kita di akhirat, makin banyak rambut yang digunting maka banyaklah dosa yang gugur dan tahalull ini juga bermakna telah berakhirlah ihram aku. Legaa..

Next day & seterusnya jadual harian aku sama je..Bangun Subuh, pegi Umrah, tido,buka,terawih sehinggalah 10 malam terakhirnya ada tahajud pada pukul 1 pagi..So umrah masa tu pergi sendiri-sendiri jek, tahan coaster, niat,balik wat umrah. Tapi masa 10 terakhir tu takde plak aku jumpa ct nurhaliza..dengar kata dia pon pegi…hiks…ada ati lagi nk ngendap tuh.

Aku Balik Malaysia 19hb bertolak dari Mekah lepas tawaf Widak..tak sempat smbahyang raya kt sana..huhu…tawaf widak pun tak sempat..aku widak kat tempat saie je..sedey betul….Masa tu pandang Kaabah, sedih rasa..Ntah bila pulak aku boleh datang balik. Kalau aku kaya macam Siti Nurhaliza boleh lah datang tiap2 taun…hrmm..Siti lagik…macam takde nama lain je.


[notakaki : coaster yg membawa kami niat di miqat hari2]

Lepas tawaf, kitorg naik bas ke Jeddah..Sempat tido kat Airport sana sementara tunggu flight pukul 3ptg. Kami naik Yemenia Airlines, transit kt Sanaa’, Yaman lebih kurang 4 jam siap berbuka puasa kat sana. Then flight pukul 9 malam sebelum transit kat Dubai sejam, tapi tak turun. Kalau bleh turun best gak, nak gak aku tengok Dubai tu camne..huhu. Kemudian kami terus gerak balik Malaysia yang mengambil masa dalam 12 jam…Pukul 2ptg Malaysia baru sampai..fuhh…sakit belakang aku…Lenguh giler. Sampai Malaysia tengok staff KLIA dah pakai baju raya…erkkkk..dah raya ke? Kami tak berasa raya langsung..huhu..tak sedar dah raya.

Hrmm…rasa macam pelik je sampai kat Malaysia..Sekian lama tengok matahari, rasa nyaman je suasana..yang sebenarnya aku tak sabar nak mandi dengan air sejuk setelah lama mandi dengan air panas…hehe.

Sampai kat KLIA, settle kan pasal barang sume, then tunggu flight untuk balik ke Terengganu pada pukul 7.45 ptg. Nasib baik barang aku 1 family lebih 11 kilo je..so tak payah bayar…Makcik-makcik yang dari Kelantan tu sume barang lebih 30 kilo..Apa mende yang dibeli ntah, bawak balik pasir Mekah agaknya…

Pengalaman di Mekah adalah sesuatu yang amat takjub bagi aku sebenarnya. Banyak dugaan yang berlaku pada awalnya yang akhirnya dipermudahkan Allah..Cuma aku terkilan tak dapat nak kucup Hajarul Aswad dan hanya dapat mendengar cerita daripada sume adik beradik aku yang berjaya..rugi kann…bak kata makcik aku… “Bayar beribu-ribu, rugi lah tak boleh kucup. Nak harapkan tunggu lagi 4 tahun pun belum tentu dapat datang lagi” huh…sinis kan..tapi kesinisan itulah yang menyebabkan adik aku tak dapat tido malam dan akhirnya ditemui selepas subuh dengan senyuman tak lekang dari mulut. Kepuasan yang tak dapat digambarkan…Aku?? Tunggu laa lagi 4 tahun…huhu


[notakaki : eksen ngan topeng memasing]


[notakaki : bulatnya..anok saper lah ni wehh]

[notakaki : Yemenia Airlines][notakaki : kt Airport Jeddah]




[notakaki : kt Jabal Uhud]



[notakaki : pasar buah]



[notakaki : masjid Nabawi di waktu malam..cantikkk]


ilal liqa' maas salamah..

No comments:

Post a Comment