Sunday, April 11, 2010

:: Introduce to Baliness Member's

Aku sebenarnya memang nak cerita panjang pasal Bali's Trip ni. Tapi memandangkan aku punya short term memory umurnya tak berapa nak panjang so aku mengambil jalan terbaik buat link je ke beberapa blog yang memang dasat dan superb kalo bercerita siap ngan gambar canggihnya..Bukan apa, kalau aku cerita nanti takut salah fakta, lagi pun ceritanya akan jadi sama je..cuma aku akan tokok tambah sikit-sikit je..

Apapun kami dah selamat sampai di KLIA pada 9 April 2010 jam 3.30 ptg..selamat je perjalanan pergi dan balik kami, Alhamdulillah. Trip ni adalah satu percutian yang give us full of experience yang menarik dan baru bagi kami. Banyak menda yang kami dapat tengok, dapat rasa, dapat bau dan semua deria rasa yang ada kami telah gunakan di sini termasuk deria teran sebab tanak teran dalam flight nanti. Semua ni tak boleh dapat kat mana-mana. Kalau nak tau kena datang sendiri okeh.

By the way, setelah penat 4 hari 3 malam, sampai sekarang aku still terpikir lagi..Tang mana yang orang Malaysia suka sangat datang Honeymoon kat Bali nih? sikit-sikit Bali, sikit-sikit Bali..Selepas aku datang sini, saranan aku adalah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..baik lahh korang honeymoon kat Pulau Perhentian jek..lagi marvellous..

Well, let me introduce to Baliness Member's !!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ckucin

Photographer yang pemalu rasanya. Dikenali dengan banyak nama, fatimah zahrah laa, ckucin laa...sedangkan nama sebenarnya sikit punya ayu lagik..ala-ala Ibu Halimah pengasas Jamu Mak Dara..hikkss..Dia takder pernah nak enterprame skali pun dlm gambar. Asyik lari je..Agaknya dia punyer motto..'judge a book by its cover' kot..tengok hasil gambar je..tak perlu kenal tuan tangkapnya. Kalau nak kenal gak, kena ada gadget sama macam dia..SLR okeh, tu pon kena muncung panjang sedepa, takat kamera henpon macam aku dia bo layan.



dayah

budak kecik yang fotogenik. Pilihan utama ckucin utk jadi model sbb dia mmg tak malu nak posing bermacam pose selagi masih berpakaian. Orang lain shy-shy cat utk pose dengan gaya tak henggat dunia, including me! Well aku bukan aper, sedar diri muka tak fotogenik, so daripada nampak aku fotogedik dalam gambar, baik aku pose ala kadar je, lagi-lagi muka aku yang tak camera friendly nih, sentiasa berkerut ditambah plak panas matahari. Yang pasti budak ni still tak bagitau abang dia yang dia pegi Bali adalah untuk berpoya-poya..bukan company trip!!



watie

bakal bini org ni kalau diikutkan mmg tak sedar diri gak sebenarnya yg dia bakal menamatkan zaman daranya tak lama lagi. Aku pun musykil camne laa dia bleh nak join sedangkan dia punyer majlis 2 minggu lepas balik Bali. Maybe dia nak menghabiskan zaman daranya bergumbira sebelum terikat lepas ni. Anyway, masa pergi tengok monyet she's really like 'orang buta hilang tongkat', macam oku gitu. sian aku tengok. Tapi rilek lagi, still bleh berposing gaya lompat2 kt atas tu, tak takut jatuh langsung. Kalo tak, aperlah kitorg nk menjawab ngan incik tunang



nani

bendahari grup yang boleh dipercayai. Rilek je ape-ape situasi, kadang jadi penyelesai masalah, kadang dia wat muka selamba jalan lenggang kangkung balik bilik sedangkan aku masa tu berkerut muka tahan perut nk membuang..(last-last cancel), kadang dia juga bagi tazkirah dlm van yang mana masa part tu berlaku kami ahli rombongan still tgh berkecamuk dgn bermacam2 rasa sepeninggalan dari spa..hahaa..Anyway dia lah yang memperkenalkan Umie yang eksotik tu kepada kitorg taww..



umie

yepp, team member baru yg 1st time kenal masa cuti2 ni..terkenal dengan gelaran eksotiknya, yakni bernafsu lebih kepada binatang 2 alam like katak (yakss!). By the way, aku rasa bali is the perfect place utk dia sebenarnya coz sini memang banyak mende eksotik gitu. tapi memandangkan dia jalan-jalan dengan para wanita muslimah yang majoriti suka bende normal macam kucing je so dia tak berpeluang meluaskan pengaruh eksotiknya ketika percutian ini..Anyway, aku mmg salute lah ngan minah ni..cuma aku still terpikir-pikir, manalah nani jumpe dia nih..haha

ct

ketua gbs yang akhirnya setelah dipaksa rela dan dipujuk dgn janji2 manis oleh nani (yg maybe akan jadi manis soon, who knows kann?), akhirnya turun padang join cuti2 kali ni. Tapi dia tak kesorangan, dengan bawak bala tenteranya sekali..tapi ok lah, ingat senang ke ketua gbs ni nak join..kot lepas ni nak g cuti2 mana2 aku lak kot yg kena reka janji2 manis baru stlh dia x percaya ngan janji2 manis dr nani..hikks..juga hampir-hampir terpikat dengan orang bali..(tukang ketuk gendang & pak Isme??) agaknya kalo stay seminggu ada je agaknya orang yg dah tanak balik malaysia dek terpujuk dengan kata-kata manis orang2 Bali...haha



k.ta

kakak ke dua ct yg pendiam. kelihatan amat dijaga oleh k.tie dan ct..sooo sweet okeh...ke hulu kehilir bersama. Jarang-jarang (bukan kadang-kadang okeh ckucin) aku tengok adik beradik macam nih..jalan pegang tangan. Nak lintas jalan pimpin tangan. Diorang 3 beradik stay satu bilik bersebelahan bilik kamerawoman & the gang. Grup diorg ni, pergi Bali bawak 3 beg je, tapi bila balik...mak aiii..penuh satu bonet kapal terbang..Diorang cakap untuk family, anak buah...ye ke tuhh..ke untuk diri sendiri je aaa..? haha...ni unsur-unsur fitnah semata-mata. Matila aku kena tendang kuar grup pasnih oleh tuk ketua


k.tie

dalam aku punyer henpon tak berapa canggih ni tak berapa nak ada gamba k.tie nih. Lagi pon hp aku bukan nya cun sangat ambik gambar..aku takat berlagak je tekan snap..haha..Anyway, k.tie adalah penjaga ct juga merangkap ketua kepada 3 beradik yang join cuti2 nih..tak boleh berenggang dengan adiknya k.taa, g mana2 pon akan berkepit bersama dengan ct sekali..baik je aku tengok diorg bertiga..nk lintas jalan pon pimpin..seingat2 aku laaa seumur idup aku tak pernah pimpin tangan kakak aku..agaknya kalo aku pimpin, mesti kena sound 'buang tebiat' ...hahaha






No comments:

Post a Comment