Friday, April 11, 2014

:: The Heirs Trip 3 – Nami Island

Next agenda, Nami Island.

Daripada rail park, kami jalan kaki ke Gangcheon Station sebab taxi takder lalu. Aku pujuk-pujuk betis bunting padi ni untuk kuat semangat berjalan 20 menet. Rasa macam carry bola hoki kat betis masa berjalan. 
Muka gembira menapak dalam cuaca yang hot dengan angin sepoi-sepoi. Tapi dalam hati.....

Dari Gangcheon, kami ambik subway untuk ke Gapyeong, dan terus ke Nami.

Eh frankly, aku merasakan bahawasanya Nami adalah tidak chantek pada hari ini. Bunga tidak ada. Salji tidak ada. Burung tidak nampak. Daun luruh tiada. Yang ada?

Manusia.

Ye, manusia selautan. 

Orang Malaysia?

Very the ramai. Aku siap boleh reunion dengan x-classmate uni dulu kat sini. Sebesar Nami, boley dia cam aku. Tetiba aku berasa sekarang aku bukan berada kat Pulau Nami, tapi di Pulau Langkawi.

Tapi aku cuba elakkan ambil gambar manusia selautan tu, sebab dah biasa tengok.

Jadi selain manusia, aku mampu ambil gambar pokok je lah
View ni aku suka tengok. Kosong.
First kiss pun syahdu je nampak. Customer kurang kot hari ni
Pokok trademark Nami ohsem sentiasa.
Kosong laluan ni. Masa sampai sebelum tu macam ramai. Tau-tau dah lesap
Luper aku nak beli mende ni. Saper nak pegi, kirim!
Nampak ramai beratur beli aiskrim. Aku sajer join the crowd. Kasik nampak meriah.

Nami seakan kering kontang je. Aku rasa feeling Winter Sonata hilang sama sekali. Maybe sebab keletihan dek penangan subway Korea dah terasa kot. Baru 2nd day, dah kalah dengan subway sini. Apedaaa... Nampak sangat tak fit.

Aperpun, aku pasrah, bila sedar yang team travel aku selalu travel pada musim yang ke-5. Yakni musim peralihan. Selalu!

Sebenarnya niat asal ke Nami antaranya untuk ber'bungee jumping'. Tapi bila dah sampai, tempat tu under renovation. 
Sayu je tengok mende ni. Rezeki untuk try kat Macau Tower kot. Aminn!
Makan nasik goncang. Sebab tengah lapo belaka, semuanya jadi sedap.
Masa 1st time masuk kedai nampak mende ni atas meja. Mati-mati aku ingat HOT DOG. Rupanya sarung tangan untuk goncang nasik
Surau di Pulau Nami terletak dalam bangunan yang sama dengan children's library, dibelakang restoran nasi goncang tadi.  Library ni cute, comfirm akan mendorong perasaan untuk membaca. Tapi tu orang lain laa. Aku tak kot. Sebab Aku tengok buku dengan bantal, tak jauh beza pun..

Buku yang disusun, jadi tiang
So, kitorang meraikan Nami dengan hanya tawaf jalan kaki tak sampai sejam dan terus sambung makan nasik goncang. Ahli jemaah geng Pak Mail yang 1st time datang, ambik peluang merasa naik basikal pusing Nami. 
Aku bajet asalnya nak join Pak Mail tawaf nak naik basikal letrik ni. Tapi orang lain tak mau sebab takder bajet. So, Pak Mail pi gohek beskal berempat je.

Aku?

Selepas bosan ambik gambar seadanya, aku gi tido kat bangku, sambil berlunjur kaki, kat tepi gigi air sebelah tempat tunggu Fery Nami.
Port aku tido mengadap ke sini. Mau tak bermimpi indah..
Eh taukah anda, yang sekeliling Nami ni adalah danau? Macam danau Toba tu. Walaupun aku bosan datang sini this time, tapi aku tetap kagum dengan ciptaan Nami ni. Sambung tido.

Lena kot, tido tengah-tengah laluan orang lalu lalang, di bawah angin sepoi bahasa sejuk sampai tulang sum-sum. Tak taulaa kot ada photographer ambil gambar kitorang, pastu masuk dalam National Geographic.

Korang hado datang jauh-jauh, tapi tido sesaje kat Nami?
Tengah mimpi Kim Tan!
Dah..maghi balik!!



by,

Cha Eung Sang

Sunday, April 6, 2014

:: The Heirs Trip 2 - Gangchon Rail Bike

Kitorang stay di Seoul ni, kat SP@Itaewon Guesthouse for 3 nights. Tempat ni adalah best sebab harganya agak affordable dan sangat dekat dengan Station Itaewon. Adalaa kena memanjat bukit dan tangga sikit sambil mulut menyumpah berzikir dalam hati. Cuma satu laa, guesthouse ni memang kat tengah-tengah laluan bar-bar dan adik beradiknya. Selagi ko tak heran dengan situasi ni, kira ok laa.

So, tido semalam ditemani mimpi indah jumpa Kim Tan!

Today, bangun awal everybody. Pukul LIMA! Dan hari ni kitorang nak naik Rail Bike RUNNING MAN!

Aku sajer nak cerita route ni sebab aku rasa sangat confuse dengan kisah dua jenis train melalui satu rail. Orang lain aku tak tau. Tapi aku memang tak paham.

Route: Itaewon(Line 6) --> Samgakji(Line 4) --> Ichon --> Yongsan(Line 1). Ambil ITX untuk ke Chuncheon. 

Tak perlu keluar pun dari Station tu sebenarnya. Just kena pergi beli tiket ITX kat kaunter dan terus ke subway tadi balik. Tunggu laa ITX tu sampai. Cuma jangan confuse dengan subway. Seat subway, boleh duduk di mana-mana. Tapi ITX ada nombor seat. Macam proper train untuk perjalanan yang jauh. Pintu masuk gerabak pun kena ikut nombor yang tertulis pada tiket tu.

Keluar dari Yongsan Station, kena touch T-Money kat machine ni
ITX ni runs setiap sejam dari Yongsan, Cheongnyangni, Pyeongnae-Hopyeong, Gapyeong and Namchuncheon sebelum sampai ke final destination, Chuncheon. Train ni hanya stops di Wangshimni, Gangchon, Cheongpyeong dan Maseok stations on a more limited basis jer pada waktu tertentu je.

Route ITX: 

Seoul (Yongsan Station) --> Cheongyangni --> Sangbong --> Toegyewon --> Sareung --> Pyeongnaehopyeong --> Maseok --> Cheongpyeong --> Gapyeong --> Gangcheon -->Namchuncheon --> Chuncheon

Kitorang yang tak pandai ni agak banyak lah confusenya. Patut nak turun ke Gangchon Station je, sebab Rail Park kena turun kat station tu. Tapi tersilap beli tiket terus ke Chuncheon. ITX ni pulak tak stop kat Gangchon Station. Tapi takpe, sampai kat Station Gapyeong, kitorang turun dan tunggu subway di tempat yang sama, kemudian naik subway untuk turun ke Gangchon. 

Blue : Only stops during rush hour on weekdays
Green : Only stops when departing from Cheongyangni

Nah, tak ke pilih kasih namanya..suke-suke hati nak berhenti kat tempat dia nak jer!

Sampai Gangcheon Station, kitorang ambik cab, 4000W satu cab. Kalau jalan kaki 20 menet. Owh, di Korea ni aku lagi sayangkan kaki daripada duit!


Gangcheon Station. Pening woi! But we managed to arrive dengan jayanya jugak laa! So, standing ovation untuk diri sendiri!
Gangcheon Propose Stairs, terletak di tepi station. Ketahuilah bahawasanya Korea memang dipenuhi dengan pelbagai perkara-perkara yang mengkiutkan..
Kitorang beli tiket Rail Bike 4 seat 35000W. Okay la, dalam 10000W per pax. Tapi kena tunggu sat sebab masa dalam tiket adalah pukul 10.30AM. So layan view tengok budak-budak skolah yang baru turun dari Rail Bike ni dengan persoalan; Eh diorang ni tak pergi skolah ke aaa?


Budak sekolah yang ader complete set makeup. Aku pun takder..

Tiba masa kitorang naik..


Lusuh jugak mende alah ni kalau dari dekat

Best woitt! Meh layan gambar je laa.. 


Memasing tanak kalah. Main taram je, mana-mana yang rasa nak snap
Untung team Pak Mail ni. Dah laa tak payah kayuh lebih sbb Pak Mail dah ader, kamera gabak plak semua tala kat diorang. Memang tak adil!
Aku bajet Mount Halla kat belakang tu. Nama pun bajet..

Siap ber’Gangnam Style’ dalam tunnel. Makan tobokki kat pit stop. Inspired by Running Man namanya misi nih.


Satu-satunya kedai yang ada kat sini. Glamer kedai pakcik dan makcik ni sejak Running Man datang sini.
Dalam tunnel ni, lagu gangnam berkumandang dengan lampu disco bagai. So, moh Oppa Gangnam Style!
Americano yang asalnya untuk feeling-feeling Korea la konon. Tapi tak sedap.
Toboki ni sedap sebab pedas berdesing! Rugi tak beli 3 bekas..
Bakal artis popular. Baik aku ambik gambo dulu siap-siap. Mana tau kan, kalau jumpa kat airport tak perlu dah sebok nak kejar
Kitorang dan Running Man pernah jejak sini! TAPI, sila abaikan baldi yang menjejaskan bukti penting kat belakang tuu..
View sepanjang mengayuh adalah cantik. Mulut memasing bising bersembang sambil berlanggar bike sesama sendiri. Bike kitorg siap kemek kat belakang sebab dilanggar oleh team Pak Mail kat belakang. Nasib tak kena gantirugi.


Disebabkan diorang sebok selfie ni laa, kitorang terlanggar sesama sendiri.
Aku takder lah rasa penat sangat kayuh bike ni. Maybe sebab kitorang naik berempat dan aku ada tukang kayuh yang sangat gigih! Aku sibuk ambik gambar kiri kanan depan belakang, dia akan selalu kayuh dengan jayanya. 

Kredit to Lela!


Budak ni baru lepas teran sebenarnya. Tahan je hidung memasing sebab nak bergambar dengan orang Korea.
Kreatif kan orang Korea nih.
Pose band underground sposeng!
Selfoot beramai-ramai. Ni je kitorang mampu sebab tak sempat beli monopod

At the end kitorang sampai di Gimyujeong station, dan dari situ akan ada free shuttle bus untuk return ke station Gangcheon.


by
-Cha Eung Sang

:: The Heirs Trip 1 - Kim Tan!

Assalam..

Okeh... Tuan punya blog pemalas dah masokk!

Aku baru balik dari Daehaminguk 2 hari lepas dengan bawak balik bersama 4K gambar yang disnap secara hentam keromo dan juga muka yang menggerutu. And, sampai sekarang aku still tak paham, apesal orang lain balik Korea dengan muka yang mulus tulus, tapi aku dengan muka berkerak macam bontot kuali. 

Anyway, this trip adalah unexpected trip, plus kitorang baru je balik dari Harbin tak sampai sebulan. Penuh dengan unexpected story behind. Total ahli jemaah kali ni adalah 7 orang yakni 6 mak jemah, 1 pak mail degan membawa berita dukacita bila salah seorang ahli jemaah tetap tak dapat ikut last minute disebabkan bos nya kasik pilihan ; You take it, or leave it! So dia terpaksa memilih kerjaya. Kalau tak, camne nak travel untuk masa akan datang!

Part hari kejadian di Seoul maybe tak perlu details kot. Majoriti tempat yang aku pergi ni dah ramai yang cover. Macam biasa, memandangkan ni adalah trip second time, aku just cover mana-mana tempat yang belum pernah pergi dan aku berkeinginan nak pergi je. 

Watever is, at the 1st time menjejak kaki di Incheon Airport, kitorang terus je dapat unexpected punya kejutan. Surprise ni memang kasik jantung sentap laa beberapa minit pertama, kedua dan seterusnya. 

Alkisah macam biasa, bila dah jejak kaki je di airport, terus laa aku carik toilet. Maklumlah, prinsip aku sebolehnya tanak berkawan dengan toilet dalam flight. Ai is don’t like. So lepas keluar dari toilet, tetiba ada 5 pasang mata pandang aku like aku buat salah. 

1 saat, 2 saat, 3 saat… dengar satu suara..

WEII, LEE MIN HO LALU DEPAN NI TADI!

PENIPU LAAA!

SIYESS WEHH!

DEMMM!

Tak tunggu panjang, aku blah tinggal grup dengan 2 orang fans tegar. Eh jap, aku not fanatik mane kot (tanak mengaku) tapi, lepas aku layan drama 'THE HEIRS', tetiba je terasa Kim Tan melekat dihati, so ini adalah peluang yang tak boleh dilepaskan. Anyway, kitorg takderlah berlari pecut, just lari-lari anak je (wa tipu).

Turun escalator, 

Then, aku ternampak, Si Kim Tan duk kat seat tengah tunggu train untuk ke main building Incheon!
Then, kitorang masuk train melalui pintu yang sama
Then, kitorang berdiri dalam train yang sama
Then, aku duk sedepa je dengan dia.
Then, aku sempat feeling-feeling dialog KIM TAN dengan Cha Eung Sang! (pehal!)

Haha!

Eh please, sesapa yang tak layan drama ‘THE HEIRS’, please jangan kutuk aku lebih-lebih. Sila kasik can kat aku sesekali nak menggelupur!

Lee Min Ho sempat senyum bila one of my friend shout his name loudly. Arghh..suweeetooo!

Anyway, Lee Min Ho in reality adalah very-very the tinggi, very the slim kakinya, ngalah kaki haku and muka nya mak aiii! Malu nak compare dengan diri sendiri tahap kelicinannya. Redho, sambil berlalu lap air mata. Anyway, his bodyguard adalah sama tinggi dengan beliau dan tak lupa, very annoying too! Huh!



So, end of the story of Seoul. Misi tercapai. Moh balik Malaysia!



by,
Cha Eung Sang

Wednesday, January 1, 2014

:: 2014 - Please Be Nice to Me

As-Salam..


3 bulan blog bersawang, apedehal! 

Yang pasti, semalam tengah orang lain gigih nak tengok bunga api, aku pulak tengah gigih pulun nak hantar final test yang berduedate kan 1 Jan 2014 jam 00.00. Lect aku memang saje jer, tak nak kasik kitorang lagho tanpa batasan. Tapi tak kisah lah..yang pasti minggu depan, aku enjoy! Eh, sesaper nak ajak aku berjalan sila lah! 

Anyway, aku ada 6 jer wish list highlights untuk tahun ni. 

1. Semoga aku dapat siapkan project pada sem depan dengan jayanya & grad on time! 
2. Semoga tarikh konvo tidak terkena pada tarikh berjimbaan..Pleaseeeeee! 
3. Semoga aku dapat simpan duit untuk kawen mengulor dengan lebih berhemah. 
4. Semoga aku naik gaji Triple! Sayang boss! 
5. Semoga aku dapat menguruskan diri ini sampai selim seperti Cik Mawar Berduri
6. Semoga aku berjaya panjat bukit Puchong tanpa pancit tiap-tiap minggu.. 


Well, team GBS makin menyusut nampaknya. Adakah aku patut try travel solo?
Tapi, even aku rasa patut, aku PALING rasakan yang Pn.Fatimah menentang kepatutan itu.
Plus, aku takder keberanian tu..dan tak berminat nak ader pun. 
Dan plus lagi, aku rasa travel secara berjemaah adalah lebih meriah..tu pada pendapatan aku laa..

  

Eh orang lain buat highlight? Aku pun nak join jugak lah! 

Well, takder laa gempak pun. Just bakal mengcover Asia gak. Paper pun, China tetapp tak bleh tinggal. 
Kurang kasih sayang rasanya kalau aku tak ziarah kampung tok nenek ni.. 


Highlights! 






Eh, gambar mesti gempak! Tetapi bila dah sampai belum tentu gempak macam dalam gambar. Maklumlah, walaupun aku heret DSLR gabak, tapi pakai auto je mampu. Aku tunggu chawanna je buat kelas free untuk aku. Lagipun, perkara normal bagi aku kalau mengulor dalam keadaan silap pilih tarikh ni. Salah musim katanya. Tapi no hal lah! 

Gambar 3 hingga ke bawah adalah satu tempat je. Tapi disebabkan aku terrjumpa gambar gugel yang cantek ini, aku paste kan kesemuanya. Semoga menjadi dorongan untuk diri sendiri. 

Anyway, semoga semua perkara, wish list dan gambar-gambar di atas dipermudahkan oleh-Nya dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dan diharapkan semoga Pn.Fatimah redho atas segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya kepada anaknya ini. 


- hadrawillin-




Monday, October 21, 2013

:: Coffea Caffee - Nicotine Addiction!

Aku bukan duta kedai ni pon..
Tapi aku rasa penemuan ni sangat terbaikk lah untuk aku..
Dan juga untuk nicotine addiction sekalian..

'Coffea Caffee'

The franchise was founded in Korea by barista Timothy as a mastermind..
Dia ni antara pemenang World Barista Championship!
Ni adalah Korean-Malaysian collaboration lah kiranya..
So, akan ada feeling-feeling Korea bila minum..
Tak perlu duk teringat kat Coffee Bene kat Korea tu lagi..

Verdict :: Memang marvellous! 
Tolak Starbuck, Coffee Beans, San Francisco, Dr Caffee kat tepi jap..





Drinks are priced between RM10 and RM13 
& cakes at around RM10 to RM12..ia adalah murah dalam kategorinya!
Smoothie pisang, stroberi & green tea adalah ohsem.. 
First time aku suka green tea blended...
Juga sila rasa range of mocha kat sini... 

Me is drooling!!